Assalamualaikum, thank u in advance ..kalai admin approve confession ni.
Aku si yatim piatu yg kehilangan ibu ketika berusia 4tahun dan kehilangan ayah ketika berusia 22 thun. Sekarang umur 29 dan alhamdulillah dah 4 tahun kawin.
4tahun kawin tapi belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata. Mungkin ni ujian bagi aku tapi tidak bagi mak mertua aku. setiap kali dia sebut pasal zuriat dia akan ungkit pasal aku. Katanya susah kawin dengan anak yatim yang xjelas keturunan. Dia paksa suami aku kawin lain, kawin dengan pilihan dia. Dah setahun aku hidup bermadu, dan selama setahun jgk aku ibarat digantung tak bertali . Selepas kawindgn pilihan mak mertua aku suami jarang balik.
Bila call,whatsapp tanya bila balik ,dia hanya jawab dia busy. Yela orang dah nak dapat anak mesti sibuk buat persiapan. Mungkin dia lupe aku juga punya perasaan. Aku redha aku dimadukan demi untuk zuriat keturunan suami, tapi tolong hargai aku sebagai isteri.
Adakah si yatim piatu macam aku ni tak layak hidup bahagia??
– si yatim piatu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sedihnya……tabah dik…ada sinar bahagia buatmu…doakan suami berubah dan adil..bg masa..jika tak adil adik buat istikharah ok…jgn.lupa pergi jumpa doktor….usha ok…
mak mentua celaka.. penaya anak yatim lg.. ada gambaq pasal mentua celaka dalam tv masa posa hari tu.. x mau anak janda nak anak sendiri..
Sedihnya….
huhuhu tu somi tak sedar tanggungjawab tu… jgn sedih2 tabahkan diri. sibukkan diri ngan keja. pastu terpulang awak nak corakkan idup mcm mana. semoga dipermudahkan dan berjaya dunia akhirat
Sebelum tu saya betulkan dulu tentang istilah anak yatim tu. Anak yatim tu gelaran bagi anak-anak yang belum akil baligh dan kehilangan bapa. Kalau kehilangan ibu tidak dikira anak yatim. Jika anak yatim itu sudah mencapa usia dewasa, dia tak dikira anak yatim lagi. Saya pun sudah tak ada ibu dan bapa lagi. Tapi, statement ibu mertua tentang kahwin dengan anak-anak yang tak ada ibu bapa tu sedikit mengguris hati saya juga la. Bertabahlah.
betul. ramai sangat salah faham term yatim piatu. umur 30an pun dia nak claim yatim piatu.adoi
Tak kisah rasanya isu brape tahun. Tu cuma definasi. Yg dia nk ckpkan dia takda siapa nk mngadu. Just ada suami dia ja. Berat ujian dia. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan bg rezeki kat dia yg melimpah2.
Daripada dia terus-terusan memanggap diri masih yatim piatu, baik dia fikirkan tentang bagaimana dia nak mempertahankan rumahtangganya & memperjuangkan nasib anak-anak yang masih kecil. Saya perempuan, dia perempuan. Dia tak ada parents & saya pun tak ada parents. Saya faham apa yang dia rasa. Wanita dewasa kalau terus terusan mahu menggaggap dirinya masih yatim piatu, dia akan terus berasa lemah & hilang punca.
orang dah tak sudi, tarik diri je la. jangan siksa diri sendiri,nangis dan meratapi nasib pun tak guna gak. take action.
Jangan mengharap pada org yg x sudi…. bina lah hidup baru… majukan diri kamu…
Minta fasakh atau cerai. Tadi ada confessor lelaki yang rajin jaga mak bapak tapi tak mahu kahwin tu, sesuai dah tu, awak sendirian
Jd klu la dr kecil lg ditinggal ayah dan ibu,, apa ianya tak blh berkawin, apa hina sangat ke…? Anak yatim piatu ni…. Mudah2 cek diberi kesabaran, dan tabah menjlni dugaan hidup ni
Imaan Syaqiereen
Bertabah la…in sya ALLAH ade rezeki awk..jgn putus asa…jgn stress2..kalau rase2 dh xsanggop..tlg la move on…jgn hidup dlm kesedihan…
Kurg ajar btol org tua…
sy sebagai suami pn,sedih dgr kisah awak…awak sgt kuat
Sis, pegila travel, sibukkan diri sendiri dgn perkara yg sis nak buat sebelum sis kahwin. Doa banyak2. Saya doakan sis dapat orang yg soleh dan menerima sis seadanya. Manalah tahu sepanjang perjalanan sis menerokai dunia luar sis berjumpa dgn orang yg baik dan menghargai. Allah kan ada. Dia maha mengetahui setiap sesuatu perkara.