Kepada Bekas Suami, Cerita Rindu Ini Untuk Kamu

Assalamualaikum sahabat maya sekalian…

Sekarang ni kepala aku pening, banyak fikir tapi kurang tindakan, kerja bertimbun bertangguh, yang lebih tepat…

Hatiku bukan sedih, bukan kecewa, barangkali rindu.. Rindu yang mahu dipudarkan, yang asalnya pernah benci.

Rindu tu menyengat bila dia datang nak jumpa anak-anak. Aku akan suruh anak segera keluar salam ayah… Aku tak akan keluar, tak akan munculkan diri untuk dia dapat menangkap pandangan padaku.

Tapi aku akan intai dia dari tingkap, aku lihat wajahnya yang redup bagai ada rindu juga pada kami yang terbatas kebersamaan.

Aku perhati dia, aku rekod, kenapa aku? Aku rindu kan… Ya, aku masih sayangkan dia. Biarpun apa yang dia pernah buat kepadaku dahulu sangat melampau, sangat tak boleh bawa bincang, tapi kami ada anak-anak. Dari benih cinta..

Anak-anak yang masih bersekolah rendah. Pernah bertanya kenapa kami bercerai, tak boleh ke kahwin semula.

Dan aku kata, aku mahu ayah kamu kahwin dengan perempuan lain, perempuan yang lebih cantik, yang lebih baik, bukan ibu. Mereka diam, macam tak setuju.

Dulu dia dah nak sangat berkahwin dengan gadis bukan dara tu, yang ada anak tak sah taraf. Aku bukan berfikir sehari mahu dilepaskan, tapi setahun memendam rasa, yang akhirnya hancur juga.

Bila dah bercerai. Si perempuan tak tahu malu tu kahwin dengan orang lain. Tunjuk gambar di fb macam bahagia je. Eloklah, dah itu jodoh dia. Dan bekas suami aku, tak ada orang dah yang nak agaknya, tak kahwin lain lagi.

Selepas berpisah. Dia menunjukkan sikap yang lebih prihatin dan bertanggung jawab. Beri nafkah lebih pada anak. Nampak lembut je layan anak, tiada naik suara seperti sebelum ini.. inilah hikmahnya perpisahan kami.

Untuk kami baiki kekurangan dan meningkatkan taraf hidup, membuat keputusan sendiri kerana kami tak sefahaman.

Yang lebih sayu… Aku yang sering buruk sangka pada keluarganya… Pada Aidilfitri baru ni, mereka datang semuanya… Sayu yang teramat.

Sebab dah bertahun tak berjumpa dan bermesra sedangkan sewaktu dalam perkahwinan banyak kenangan indah juga.. yang memberi rezeki meluaskan silaturrahim.. kami saling bermaafan..

Jadi, rindu ini untuk kamu. Yang tak pernah hilang dalam doaku. Moga kau temui bahagia sebenar. Adakah aku bodoh merindui yang bukan milikku, bukankah dia dulu sangat menyakiti.

Syukur, aku percaya sakit itu akan hilang dengan berlalunya masa, dengan ingatan kita yang makin pelupa… Maka, inilah taqdir yang terindah juga, menjadi janda ibu tunggal.

Aku sedikit pun tak mahu berkahwin lain, jadi jangan ingat semua janda tu ancaman. Dan jagalah rumahtangga kalian jangan cepat mengalah dengan ujian.

Terima kasih…

– Janda Suami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *