Salam semua. Hari ni (isnin), masing2 di antara kita ada yg dah masuk kerja semula. Termasuk la, saya. Saya bukannya warga uia tapi kakak ada yg jadi staff uia.
Memandangkan, saya tengah struggle nak bayar balik ptptn guna gaji yang ada & instead baca confession berkisarkan keluarga, etc. Saya nak bagi tip, mana tahu dapat membantu mana yg boleh. Mungkin untuk perancangan saya masa hadapan.
Untuk parents yg baru berkahwin & baru je dapat anak. Anak baru sorang ke. Apa kata, pergi la beraya rumah saudara mara yg dekat atau jauh, beraya rumah rakan sekerja atau kawan-kawan bila tibanya hari raya. Mudah2an si anak dapat duit raya daripada tuan rumah. Jangan meminta tapi kalau tuan rumah memberi, ambil…untuk anak. Bukan apa, duit raya yang si anak dapat nanti, asingkan & kumpulkan jadi simpanan dalam bank/tabung haji supaya nanti bila dah masuk sekolah/universiti, duit yang dikumpulkan itu boleh digunakan pada anak. Jika ada rezeki dapat anak no. 2 atau yg seterusnya, repeat tindakan yg sama. Tak pun, masa anak masih bayi baru beberapa bulan, mesti akan ada yg datang melawat nak tengok baby & ada sesetengah orang akan beri sejumlah wang untuk si baby. Duit tu la, perlu dikumpul untuk anak. Parents jangan gunakan duit yg dikumpulkan untuk perkara yg lain yg bukan untuk pendidikan anak, contohnya guna duit tu untuk beli stroller anak, baju anak, kasut anak, etc. Yang tu, guna duit parents ye.
Jangan risau, dah kahwin, ada anak, Allah tu akan beri rezeki pada kita. Baru-baru ni, bersembang dengan mak & along pasal ni. Memang betul pun. Terfikir juga bila perkara tu betul-betul berlaku depan mata kita sendiri.
Walaupun saya baru kerja tak sampai setahun & raya tahun ni, alhamdulillah ada portion untuk bagi duit raya pada budak-budak & anak buah sendiri. Ntah, rasa seronok je bila prepre-kan duit nak bagi pada budak-budak. Ada duit tukar, masukkan duit dalam sampul & bagi duit pada budak-budak. Even, budak-budak tak minta, tapi kalau mak ayah diorang ada, bagi pada mak ayah, tanya anak kecik2 ada berapa & bagi duit raya pada mak ayah diorang supaya mak ayah diorang boleh sampaikan pada anak-anak.
P/s: Anak yg saya maksudkan, dalam lingkungan umur 8 atau 7 tahun ke bawah mcm tu sebabnya, diorang msh belum tahu gunakan duit untuk beli apa. Lain la kalau budak-budak yg dah masuk sekolah rendah, mesti ada je yg nak belinya. Di sinilah peran parents supaya anak-anak tak membazir bila dapat duit raya.
Salam syawal semua. Mudah2an, saya, awak & kita semua TAKKAN tanamkan niat dalam diri, "Takpe, nanti takde duit anak-anak nak sambung belajar, pinjam je la ptptn, apa susah." Dan, pada yang meminjam ptptn tu, harap kita semua dapat bayar balik ikut kemampuan sendiri & jangan pernah skip bayar even kita mampun bayar RM50 je sebulan. Sebab saya pernah start bayar RM50 sebelum dapat kerja & bila dah dpt kerja, nilai bayar balik tu dah jadi besar. Pedulikan kata-kata yg mana, "La, kenapa bayar RM50 je, kan dalam agreement kena bayar sekian-sekian amaun. Nanti bilanya nak habis bayar balik ptptn." Dah itu yang kita mampu. Kewangan stabil, takde dah la bayar RM50 sebulan, kan?
– Usu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mak saya ckap,ayah saya daftar nama kami,terus buat skali buku bank masukkan duit yg dpt time baby tu. Smpai dah besar pun mak tiap2 tahun collect duit raya kami masuk bank terus haha rasa rugi,tp seronok bila tengok amount duit dlm bank bertambah hehe thanks mak
tak salah pun pinjam ptptn. mmg modus operandi ptptn tu utk memberi pinjaman kepada pelajar utk melanjutkan pelajaran..
Tp betullah orang cakap. Btter byr ptptn tu ikut amaun yg ditetapkan. Sbb kalau bayar ikut kmamapuan walau hnya 50 je. Nti total jd lagi makin besau. Silap2 hutang kita siap cucu tlg byrkan.
Kahkah amboi ko
Staff ptptn ke Mohammadfauzi Acho? Sorry bro. Hahaha
Dah bukak akaun tabung haji tu daftarkan la haji utk anak skali ye….