Salam semua.. Ni hanya sekadar luahan hati kecil aku, sebab aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa..
Nama aku Siti, aku baru kawen 11 bulan.. Aku kenal suami aku ni dari orang tengah, orang satu negeri. Mak aku terus suka sebab negeri sama dan rumah kami pun jarak dalam 15 minit macam tu saja..
Kenal setahun lepas tu kawen,
Suami aku aku namakan dia sebagai F. Kerja sebagai juruteknik. Kerja suami agak memenatkan, sebab kena kerja tengah panas. Dan dia kerap kali lenguh lenguh dan sakit badan.
Gaji suami aku pun tak besar mana, cukup untuk makan minum. Tambahan pula aku pun turut bekerja. Aku pulak kerja admin ofis, gaji aku lagi rendah dari suami aku.
Ok masuk pada cerita aku, dulu sebelum kawen. Aku tinggal dengan mak aku, sekali dengan dua orang adik lelaki aku. Mak aku ni ibu tunggal dan bekerja kilang..
Kebanyakkan kerja rumah aku yang settle kecuali memasak sebab aku kesiankan mak aku penat bekerja..
Masa bujang pun aku dah terasa penat sebabnya hampir semua kerja rumah aku buat, adik aku tingkatan 3 dan tingkatan 5. Lelaki pulak tu, kalau disuruh buat kerja baru buat.
Cumanya aku tak paksa sangat diri aku bila aku penat aku tak buat aku biar saja rumah bersepah, dan mak aku pun tak de bising2.. Sebab dia faham aku penat
Bila dah kawen aku berpindah duduk dengan mentua aku. Mentua aku pun ibu tunggal. Dia hanya duduk berdua dengan suami aku sebelum ni.
Suami aku ada kakak tinggal di kl dan dah kawen. Jadinya selaku anak bongsu dia lah kena jaga mak. Mak mentua aku tahun ni dah 68 tahun..
Rumah yang kami duduk ni, rumah suami aku hasil pusaka arwah ayah dia. Jadinya nak tak nak kami kena tinggal kat rumah ni.
Mesti ada yang akan kata kenapa tak tinggal rumah sewa..? Kalau tinggal rumah sewa siapa yang akan tengokkan mak mentua aku?
Dan suami aku saja satu satunya anak dia kat sini, lagipun gaji suami aku tak banyak sangat kami tak mampu nak menyewa dan yang penting rumah pusaka dah ada.. Entahlah aku dah mati akal nak menyewa
Kenapa aku cakap aku penat?
Setiap pagi aku akan bangun seawal jam 5.30 pagi, untuk siapkan breakfast sebab suami aku dari kecik dah diajar untuk breakfast di rumah, selain untuk jimatkan duit. Biasalah mak dia ibu tunggal sejak dia kecik.
So benda ni sangat memenatkan aku… Hari2 kena masak, dan suami aku jenis makan nasik atau makanan yang berat2.
Lepas tu suami aku memang bawak bekal tengah hari pergi kerja, jadi aku kena masak malam sebelum tu untuk bekal. Dah la esok tu nak bangun awal buat breakfast.
Ni tak termasuk lagi kalau malam tu atau pg lepas solat subuh tu suami aku mintak urutkan dia sebab dia sakit sakit badan. Aku faham ni tugas isteri tapi aku tak boleh nak hadap semua ni sebab aku pun penat. Penat sangat..
Setiap pagi aku memang kelam kabut, dan sekarang ni aku tengah pregnant 6 bulan.
Ada hari aku akan muntah teruk aku memang tak masak, mak mentua aku akan tolong sikit-sikit. Jadi hari aku rilek sikit bila aku muntah teruk saja..
Aku pulak ada sakit tulang belakang, yang ni dari sekolah lagi sakit tapi tak teruk sangat cuma bila aku pregnant ni perot makin besar makin kerap sakit.
Kadang aku hadap sendiri saja sambil sapu ubat sendiri, sambil menangis.. Kadang suami aku ad jugak tolong tapi lagi banyak aku la yang urutkan dia. Sebab dia selalu mengadu sakit badan sedangkan aku banyak hadap sendiri.
Mak mentua aku pulak asyik sebut dulu sebelum kawen mak la tukang urut dia Siti sekarang ni dia dah kawen tugas Siti pulak. Kadang aku pun kesian dengan suami aku tapi untuk fasa sekarang aku penat nak hadap benda sama hari hari.
Sebab aku terlalu stress dengan hari hari aku, aku dah ada darah tinggi sepanjang aku mengandung ni.
Tapi bagi mak mentua dan suami aku, darah tinggi ni aku ada sebab aku suka sangat makan makanan dekat kedai katanya.. Diorang macam tak faham aku. Aku sedih sangat
Ye sepanjang aku pregnant memang aku selalu beli makanan kedai sebab aku teringin, dan dari kecik dari duduk dengan mak aku lagi, kalau mak tak sempat masak beli saja apa susah.
Tapi bila dah kawen ni semua benda jadi salah, even aku beli tu guna duit aku sendiri. Mentua kata aku ni membazir suka beli makanan luar sedangkan boleh saja makan kat rumah.
Orang mengandung saja yang akan faham selera kita dah berubah kan. Nak makan macam macam..
Suami aku setakat ni akan layan saja aku nak makan apa tapi aku memang akan guna duit sendiri untuk bayar. Cuma tak tahu macam mana nak bagitahu mak dia yang aku tak guna pun duit anak dia.
Aku hari hari akan habis kerja pukul 6 petang dan sampai rumah jam 7. Lepas isyak biasanya baru akan makan malam, biasanya kalau penat sangat aku tak makan pun aku rela tido sebab nanti jam 10 aku akan terjaga untuk masak bekal.
Tapi mak mentua aku jenis nak makan sama sama, banyak hari even penat pun kena jugak makan.
Sebelum makan tu kena goreng ikan dulu, ayam dulu, buat sayur goreng ke. Katanya sedap makan panas panas. Aku baru saja balik tak sempat lagi nak rehat, lepas tu nak kejar solat lagi..
Mak mentua aku ni jenis pembersih so bila masak tu kena pastikan dapur semua kemas, boleh bayangkan tak penat aku macam mana.
Pernah sekali tu aku tinggal berdua saja dengan mentua aku hari cuti, dia cakap nanti dah ada anak, kalau suami aku balik kerja. Jangan terus bagi anak dekat suami aku, sebab dia penat kerja.
Bagi suami rehat dulu, lepas tu dia tambah lagi Siti tak pe la kerja dalam ofis saja bukan penat mana pun. Tak semena air mata aku tumpah masa tu…
Aku dah dapat bayangkan life aku lepas ada anak macam mana.. Nak layan suami lagi, nak handle anak lagi, nak masak lagi. Aku sampai terdetik baik aku bercerai saja macam ni.
Aku langsung tak happy dengan life aku. Baik aku hidup bujang saja. Setiap kali aku ceritakan hal ni dekat mak aku mak akan mintak aku untuk sabar. Macam mana nak sabar, bila mental fizikal aku penat sangat…
Aku tak pernah terbayang life lepas kawen aku macam ni…
Takdir aku kawen dengan suami kerja biasa2 saja,
Terpaksa pulak tinggal dengan ibu mentua,
Aku tahu ini semua ladang pahala…
Tapi aku dah tak mampu kutip pahala melainkan hanya dosa sebab aku benci life aku sekarang. Harap jangan kecam aku..
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit