Menabur Budi

Sekadar nukilan jiwa penghias kata, tiada kelembutan bicara, penutup mahupun pendahuluan. Andai disiar biarlah menjadi pengajaran, andai terbiar itulah demi kebaikan.

Emak Ayah..

Ketika aku dilahirkan apakah hajatmu terhadap diri ini? Adakah jika hidup dijaga, jika mati ditanam?

Sedarkah engkau, telah kambus hati ini hingga ke dasar mendapan yang paling dalam.

Entah… Dimana kurangnya, Apa tujuannya Aku dibesarkan. Kenapa Kami anak-anak dianggap tempat Penghasilan Uang.

Adakah sejak kami lahir telah dicop sebagai Aset jangka panjang kalian. Dimana keikhlasan dalam membesarkan kami? Adakah pada timbal baliknya.

Tiada pekerjaan di cop tidak berguna. Tidak mendapat tempat di Universiti dicop tidak berguna. Sehingga Aku hilang matlamat diri, semua yang dilakukan untuk memuaskan dirimu semata-mata.

Entah…. Adakah kalian cuba berada di tempat kami? Memahami situasi kami? Kalian sedar akan situasi kami, sayangnya tidak memahami.

Asal kami menjadi objek penghasilan uang jangka panjang. Kenapa? Katanya untuk masa depan kami.

Entah…. masa depan itu dalam gengaman Allah. Setiap anak Adam itu belum tentu mempunyai gaji tapi sudah tentu mempunyai rezeki.

Sedarlah, buka matamu melihat, merenung situasi kami. Bukan niatku untuk bermalasan atau menghabiskan waktu. Jika engkau tau saratan di dalam dadaku, nafasku Adakah engkau cuba memahami.

Sejak dari kecil diajar berdikari, tidak pernah meminta-minta. Penah lelah kehidupanku tidak pernah dicerita kerana Aku bukan sesiapa. Sehingga Kamu jua tidak pernah cuba memahami.

Terima Kasih atas Kehidupan ini. Perjalananku biasa-biasa tidak indah dicerita orang. Tetapi Aku tetap seorang anak yang mengharapkan

Penghargaan dari seorang Ibu, juga dari seorang Ayah.

Aku tetap seorang anak yang mengharapkan sedikit Kefahaman dari seorang Ibu mahupun seorang Ayah.

Aku mungkin tidak Indah seperti yang kamu inginkan, aku cuba menjadi yang Terindah disisimu.

Berilah Aku ruang serta Doa dan Ingatan agar diri sentiasa berada dibawah lembayung kasih sayang Sang Pencipta Alam yang Maha Agung.

Berserta tempat dan kedudukan disisi para solihin dan para kekasihnya. Mendapat cinta dan anugerah teragung di sisi Rasullulah S.A.W.

Sekian.

– Budi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *