Gadis Sekadar Pinjaman

Nama aku Am. Aku sekadar nak berkongsi pengalaman hidup aku.

Kisah aku ni baru sahaja berlaku April lalu. Aku mempunyai teman wanita bernama ‘N’. Kami berkawan hampir 2 tahun. Dia pernah bertanya padaku apa status dirinya.

Aku hanya kata ‘kita hanya berkawan’ sebab waktu tu aku baru sahaja dapat kerja tak sampai 1 tahun lagi pun. Aku tak nak janjikan bulan dan bintang.

Seronok aku rasa ketika itu ada kawan perempuan. Boleh kata setiap malam kami akan telefon. Memandangkan waktu itu aku habis keja malam kami akan berhubung selepas waktu keja. Biasanya 11 malam macam tu sampai la 1-2 pagi.

Aku dan keluarga N saling mengenali sehinggakan abang dan kakaknya nak jodohkan kami berdua.

Hubungan kami semakin hari semakin rapat. Kami jarang bertemu kerana kekangan waktu. Aku masuk keja petang hingga malam dan akan cuti seminggu sekali hari bekerja. Sabtu & ahad tak boleh cuti. N pula free sabtu & ahad.

Pernah juga aku keluar dengannya tapi boleh dikira dengan jari.

N ada juga rakan-rakan lelaki yang sering menghubunginya. Ajak dia keluar, nak belanja dia makan sempena ulang tahunnya dan pelbagai lagi sebab untuk keluar bersamanya namun dia menolak semua ajakan itu.

Aku tak nafikan N cantik orngnya. Berkulit putih, ayu dan manis orangnya. Tak hairanlah jika ramai yang gila-gilakan dia.

N pernah cerita padaku ada seorang lelaki yang sukakannya. Katanya lelaki itu ‘obses’ terhadapnya. N tak suka. Dia pernah block lelaki itu daripada diganggu.

Lelaki itu juga pernah menelefonku untuk mendapatkan kepastian sama ada aku ada hubungan istimewa dengan N atau pun tidak. Aku agak terkejut apabila dia menelefonku untuk menanyakan soalan seperti itu.

Suatu hari, N mengajak aku untuk berjumpa. Aku agak berbunga-bunga apabila mendapat pelawaan itu kerana N sukar untuk diajak keluar. Memandangkan hari itu aku akan tamat kerja agak awal, aku bersetuju untuk bertemunya.

Tidak sabar rasanya nak tunggu waktu tamat kerja. Aku memang ada hasrat nak jumpa dengan N memandangkan hari ini adalah ulang tahunnya. Sedang aku mengelamun, phone aku masuk satu mesej. N sent 1 gambar, dia sedang makan dengan seorang lelaki.

Aku tidak hairan kerana lelaki itu aku kenal. Aku sekadar mengusik N dengan reply “patut la datang KL rupanya ada date dengan orang”. N hanya react sticker smile.

Waktu ditunggu-tunggu telah tiba. Aku cepat-cepat kemas barang kerjaku untuk pulang. Hampir 15 minit jugalah aku delay untuk pulang kerana rakan shift malam belum tiba.

Rakanku punctual orangnya. 5 minit itu paling lambat dia sampai ke tempat kerja melainkan kalau dia berjanji dengan orang di luar.

Sedang aku selesaikan baki tugasan, aku dikejutkan dengan kehadiran N di tempat kerjaku. Lagi mengejutkan N datang dengan rakan shiftku.

Pelbagai tanda tanya bermain dalam fikiranku ini. Bagaimana mereka boleh datang bersama? Mesti korang sangka lelaki ini adalah lelaki dalam gambar yang N kirimkan padaku kan. Tidak sama sekali.

Aku tidak menegur N. Aku pura-pura tidak menyedari akan kehadirannya. Ini bukan kali pertama aku lihat mereka datang berdua ke sini. Aku cuba bersangka baik. Tak nak berburuk sangka dengan orang yang aku sudah mulai sayang.

Aku amik beg kerja dan berlalu keluar tanpa menghiraukan si N yang menyembunyikan diri di sebalik langsir. Sempat juga aku menjeling ke arah N sebagai tanda aku tahu akan kehadirannya di sini.

Aku menyangka dia akan mengekori dari belakang kerana kami telah berjanji bukan, sangkaanku meleset sama sekali.

Malam itu aku cuba menenangkan diri sebelum menefon N. Aku cuba mengawal emosi ini dan meminta penjelasan daripada N atas apa yang telah berlaku petang tadi.

N hanya mendiamkan diri dan asyik mengatakan ‘aku tengah marah’ dan tidak mahu menjawab soalan-soalanku. Sedang aku call N, rakan aku yang bersama N petang tadi call aku pula tapi aku tidak jawab.

Keesokan paginya, N wasap aku. Pelik juga rasanya tak pernah dia wasap pagi-pagi seperti itu. Aku masih ingat mesejnya bertulis “awak masih marahkan saya lagi?”

Aku tak menjawab soalannya. Aku terus menefonnya untuk sambung berbualan semalam yang terputus tiba-tiba. Panjang lebar kami berbual. Dari aku dalam lrt samapilah ke tempat kerja.

Aku hanya menanyakan apa yang berlaku semalam padanya tapi N agak keberatan untuk menjawab persoalan aku itu.

“Apa game yang awak nak main sebenarnya semalam ni? Awak keluar makan dengan orang lain, awak datang tempat kerja saya dengan lelaki lain dah tu awak nak jumpe saya pula. 1 hari awak boleh berjanji dengan 3 lelaki. Hebat. Macam playgirl pulak awak ni” aku provoke N.

“Sampai hati awak cakap saya macam tu kat saya.”

“Dah dekat sejam lebih saya call awak ni, cuba awak cerita pada saya dengan jujur apa yang awak nak buat semalam? Saya buka ruang untuk awak jelaskan pada saya, cerita je apa yang awak nak bagitau, saya dengar tanpa emosi.”

N hanya mendiamkan diri dan berkata “awak tengah marah lagi”. Siapa yang tidak marah bila ada di situasi seperti ini. Aku tak tahu kenapa N tak nak jawab semua persoalan aku ini.

“Tak apalah, saya dah lambat masuk kerja ni. Awak pun tak nak cerita dengan saya apa yang jadi semalam, saya anggap saja itu privacy awak cuma 1 benda yang saya nak pesan.

Berhati- hati bila nak main game macam ni. Jangan tersilap langkah sebab kesannya besar. Awak tu perempuan. Fikir mak ayah, keluarga. Jangan sampai tergadai maruah. Sesetengah lelaki ni nak kan baatang tubuh perempuan je.”

Hampir seharian aku memikirkan apa sebabnya N lakukan semua ini. Aku beranikan diri dan kuatkan semangat bertemu dengan rakanku itu.

“Kau bercouple ke dengan N?”

“N tak cite dengan kau? Kiteorang couple tahun lepas lagi tapi dah putus. Bulan lepas baru sambung.”

Pertama kali dalam hidupku tangan aku menggigil mendengar kata-kata itu. Perasaan aku bercampur baur. Kecewa, sedih, marah, terkilan, rasa dipergunakan menjadi satu.

Sebelum ini N pernah cerita padaku dia tidak suka lelaki ini. Kata N dia tu obses dan kuat cemburu. Lepas sekolah dulu mereka pernah couple tapi tak lama. Kenapa kali ni N boleh menjalinkan cinta dengan orang yang dibenci sebelum ni.

Hilang dunia aku buat seketika hari itu. Aku wasap N tidak berbalas. Aku call pun tak berjawab. Petang itu dia rep;y wasap-wasap aku.

“Saya minta maaf atas apa yang dah terjadi. Saya tahu saya selalu buat awak marah, sakit hati. Lepas ini saya janji tak akan ganggu awak lagi. Saya minta maaf kerana pernah paksa awak untuk mencintai saya.”

Sehingga hari ini N masih tidak menjawab semua persoalan aku terhadapnya. Aku masih menunggu jawapan dari mulut N sendiri atas apa yang elah berlaku.

Selepas dari kejadian itu aku dan N tidak berhubung lagi. Dia sedang berbahagia dengan orang baharu. Bagaimana aku boleh tahu? Pengakuan daripada teman lelaki baharunya sendiri.

Kerap kali jugalah aku terlihat mereka bergayut sewaktu bekerja.

Terima kasih atas segalanya N.

– Am emperer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Salam Bro,

    First things first, N tanya apa hubungan dia dengan bro, bro jawab dengan jelas “KITA HANYA KAWAN” dari ayat nih punca dia getback dengan ex dia, bro decides dia sebagai seorang kawan, dan dia pun bertindak, berkomunikasi dan berinteraksi sebagai kawan. Start hari bro umum dia hanya kawan. Start harituh bro patut faham.

    Bro keliru sebab bro fikir dia start main game, nope. Dia bersikap seperti mana seorang kawan, seorang kawan boleh keluar dengan siapa dia suka, nak berdua, nak bertiga, nak keluar dengan group, makan, healing ramai ramai, tak ada masalah, that what friendship is all about. Punca masalah bila bro kata dia hanya kawan, tapi bro nak dia act macam dia gf bro, nah nih salah. Dia tak boleh act gitu, sebab dia bukan gf bro.

    Benda makin problem bila bro serang dia kata dia main game, bro dah bagi mix signal kat situ, kalau bro anggap dia kawan bro tak akan sentap dia berkawan dengan siapa siapa, once bro sentap, dia rasa pelik, why bro sentap. Dia bukan milik bro, dia cuma kawan bro. Kata kata bro tak sama dengan tindakan bro, dimulut bro kata dia hanya kawan tapi dalam tindakan, bro mendesak dia macam dia gf bro. Double mix signal.

    Saya percaya dia kecewa bila dia tanya siapa kita dan bro jawab hanya kawan, of course dia tak nak lagi dengan ex dia, dia cuma nak bro pilih dia, since bro dah reject dia, dia get back ke ex dia, yer ex dia bukan yang terbaik untuk dia, tapi itu sahaja pilihan yang dia ada, dia penat nak kenal orang baru. Dia tahu bro tak akan fight untuk dia di masa hadapan, sebab bro anggap dia hanya kawan. Jadi dia give up awal dan u turn balik ke ex dia. Pada pandangan dia, eventho ex dia tak baik tapi ex dia masih pilih dia, bro mungkin lebih baik dari ex dia, tapi bro tak pilih dia, bro anggap dia hanya kawan. Jadi bro dapat apa yang bro nak, bro anggap dia hanya kawan, dan sekarang dia dah betul betul jadi kawan bro.

    Tutup salam.

    • Saya sangat setuju dgn opinion Ultraman Taro.

      Saya pernah diposisi N. Pernah jugak menanyakan soalan yang sama N tanya pada anon di atas, dan dia menjawab ”kita kan kawan”, once anon decide itu jawapan anon, percayalah mana2 perempuan pon akan tarik diri. Kalau alasan baru setahun kerja dan taknak menjanjikan bulan bintang utk N, maksudnya you dont love her enough, if you do, benda mcm ni boleh je bincang. tak semestinya awak officially in relationship dgn N, haritu jugak dia ajak awak kahwin? so sebenarnya awak yang tak yakin dengan N dan diri awak sendiri. Bila dia dah hilang dari hidup awak and stop bagi awak ”’special treatment” and treat you like ”normal friend” awak sentap? setuju dgn comment kt atas bila dia cakap awak kasi double mix signal. you dont want to be in a relationship with her but you still want the privilege to be with her? anon ingat best ke situationship apa bagai ni? so sebelum anon salahkan N, anon boleh fikir balik and reflect balik kenapa N jadi macam tu. & you accusing her of being ”playgirl” was way beyond the line. Kalau saya, saya tak pilih dah anon kt atas ni. Remember, you had the chance but you blew it.

    • Saya sangat setuju dgn opinion Ultraman Taro.

      Saya pernah diposisi N. Pernah jugak menanyakan soalan yang sama N tanya pada anon di atas, dan dia menjawab ”kita kan kawan”, once anon decide itu jawapan anon, percayalah mana2 perempuan pon akan tarik diri. Kalau alasan baru setahun kerja dan taknak menjanjikan bulan bintang utk N, maksudnya you dont love her enough, if you do, benda mcm ni boleh je bincang. tak semestinya awak officially in relationship dgn N, haritu jugak dia ajak awak kahwin? so sebenarnya awak yang tak yakin dengan N dan diri awak sendiri. Bila dia dah hilang dari hidup awak and stop bagi awak ”’special treatment” and treat you like ”normal friend” awak sentap? setuju dgn comment kt atas bila dia cakap awak kasi double mix signal. you dont want to be in a relationship with her but you still want the privilege to be with her? anon ingat best ke situationship apa bagai ni? so sebelum anon salahkan N, anon boleh fikir balik and reflect balik kenapa N jadi macam tu. & you accusing her of being ”playgirl” was way beyond the line. Kalau saya, saya tak pilih dah anon kt atas ni. Remember, you had the chance but you blew it.

  2. pengalaman sendiri.

    aku F33, aku ada kenal lelaki cukup sifat mmg idaman.. M36 (kita panggil dia JJ), kerja IT, bujang, ada degree kerja pun bagus.. bab agama, keserasian pun ngam.. tapi awal2 dia ckp xnk kawen.. tak nak

    tapi bergayut,msj sentiasa.. so aku anggap dia mungkin nak kwn2 dulu kot.. nk cari keserasian.. along the way, dia akan usik, eh byk la persamaan n favourite kita, boleh lah kita kawen.. aku pun terbuai, cukup 3 bulan kwn, aku tanya dia weh u mmg xnk kawen kan?
    he said, yup, i xnk kawen.. i nak kwn je

    aku move on, kenal dgn org baru fokus kwn dgn org lain.. then my BF (FF) mmg serius, kenal family, mmg involve me with anything, serius nk kawen and we did discuss on this and our future.. si JJ ni dtg balik, ckp psl cinta lah, kawen lah.. aku mmg buat2 xfaham, dan bolayan.. aku anggap dia ‘dugaan’ utk aku dgn FF..

    aku pernah suka dia, sbb dia cukup pakej, the fact aku ckp dia mmg mcm jelmaan ex aku yg dulu, yg aku mmg syg gila2.. siap nangis2.. tp dia insist nak kawan je..

    so bang, ko en, kalau rasa ko betul.. sebenarnya ko salah.. kau sendiri dh state kau nak kawan je.. so xsalah pun N tu nk cari lain.. korg kwn je.. i bet N pun suka kt kau, tp kau tu yg takut sgt nk move forward..

    jgn rosakkan hubungan org, nnt kalau N dh single, kau pun single kau masuk la jarum.. for now, fokus bahagiakan diri sendiri dulu.. cari duit byk2.. nnt dh sampai seru kawen lah either dgn N or org lain..

  3. Bukan N yg tipu kau, tp rupanya selama ni kau lah yg tipu diri kau sendiri. Kalau betul korang berkawan je, takde masalah pun dia nak kawin dgn sapa. Sepatutnya korang tak putus kawan pun setakat dia bercinta or kawin dgn org lain kan? Masalahnya kat mulut kata lain, dalam hati rasa lain. Tak selari. Tu yg timbul confession ni.

    Takpelah dik, kau jadikan pengalaman ni sbg iktibar. Proses nak jadi manusia yg lebih matang camtu la. Yg lebih elok, belajarlah dari pengalaman org lain supaya kita boleh elakkan kesilapan yg serupa.

    Jangan ulang kesilapan yg sama kerana kesilapan yg lain masih ada. Hahaha. Chill lah, bunga bukan sekuntum. Next time, kau sendiri mesti jelas dgn matlamat kau.

    Semoga kau berjodoh dgn gadis yg lebih baik. Lagipun respon terakhir dari N dah cukup jelas. So, kau lepaskanlah N tu seikhlasnya dan doakan dia yg baik-baik.

  4. ayat “playgirl” tu dah cukup dah nak hiriskan hati sebenarnya. sampai hati cakap macam tu..

  5. Pengecut! Kau sendiri yang tak berani nak berterus-terang, kemudian kau labelkan N sebagai playgirl? Salah cara, wahai saudara. Saya sendiri, perempuan masih bujang berumur 30 tahun, tahun ini. Bukan tiada yang mendekati, tetapi ada yang tak serasi dan tak sehaluan perancangan masa depan. Tapi itu smeua tak menyakitkan pun (kami bertaaruf matang, maka Alhamdulillah tiada yang menyakitkan) berbanding seorang calon yang dah rasa serasi & nampak sehaluan, hanya untuk dikatakan “kita kan kawan”. Maaflah. Kalau saya pun, saya angkat kaki.

  6. Am, ko declare ko & N kawan je… Padahal waktu tu N suka ko. Mesti N sedih tapi hati dia cekal so dia move on. Biar je N bahagia. Ko tu lembab sgt. Ko ingat orang perempuan blh baca fikiran ke? Mcm takde otak je cara ko ni nak expect orang faham cara ko fikir. Next time cakap la ko nak kenal2 dulu before proceed to the next stage. Be a gentleman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *