Banyak Cerita Tapi Tidak Punya Rumah

Assalamualaikum semua? Saya nak berkongsi kisah hidup saya. Saya dilahirkan dalam keluarga yang alhamdulillah ibu bapa kerja baik, kehidupan serba cukup.

Tapi masa usia saya 12 tahun, hubungan ibu ayah saya mula berantakan dan bercerai. Emosi saya mula terganggu sebab setiap hari saya dengar dan lihat pergaduhan dari mereka.

Bermula dari kejadian tu, saya dah tak berminat untuk belajar. Saya jadi benci lelaki sebab depan mata saya, ibu saya teruk dipukul tanpa henti. Tapi akhirnya ibu bapa saya berbaik semula, rujuk.

Saya sekolah tak habis, sampai PMR saja. 15 tahun berhenti sekolah. Adik beradik yang lain belajar sampai universiti. Waktu kejadian ibu ayah bergaduh, abang saya tinggal di asrama penuh.

Kejadian nie adik adik tak tahu sebab diorang lahir lepas ibu ayah rujuk. Abang pulak tahu selepas dia dah berkahwin, saya meluahkan semua.

Nasib saya kurang baik, disebabkan saya sorang belajar tak habis, saya selalu dibandingkan ibu ayah.

Hati mana yang tak sedih.. Sedangkan punca semua dari mereka. Tapi saya cuba berdamai dengan takdir untuk ketenangan hati saya.

Oh ya umur saya sekarang 38 tahun dah. Alhamdulillah umur saya 21 tahun, saya dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sangkaan saya bila berkahwin, saya akan bahagia. Saya akan dapat rasa kasih sayang yang tak pernah saya dapat waktu kecik dulu. Tapi ternyata silap!

Suami saya ada narsistik. Berulang kali curang, pernah kantoi main pelacur, judi, minum ketum, tapi saya still maafkan sebab saya fikir saya dah takde sape lagi kecuali dia.

Perkara yang sama berulang ulang dan bila saya mintak penjelasan, dia akan cakap diri dia umpama mengemis bila mintak dilayan. Sedangkan dia hari hari layan video lucah. Saya period pun still layan dia..

Dalam gelap saya menangis. Urusan anak dan rumah, saya uruskan 100% tanpa bantuan dia.

Sakit jatuh bangun sedar tak sedar dah 17 tahun usia perkahwinan saya. Kali nie hati saya dah betul betul tertutup.

Betul lah kata orang kan? Manusia nie ada limit sabar. Bila sabar hilang, tengok muka pun dah tak nak.

Saya pernah mengadu pada keluarga tapi pihak keluarga cakap “Fikir anak anak sebelum buat keputusan”.

Kenapa saya yang perlu fikir tentang anak? Sepatutnya suami saya yang kena fikir tentang anak, jangan buat perkara yang bukan bukan.

Disebabkan saya fikir tentang anak lah saya buat keputusan macam nie.

Doakan saya kuat, sentiasa sihat tubuh badan untuk menguruskan anak anak. Terima kasih semua!

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. betul, puan patut fikir pasal diri sendiri. anak2 dah besar, diaorang dah boleh fikir. jaga la kesihatan mental, itu harta antara yang bernilai

    • Adik
      Kalau sampai tahap main pelacur tolong la sayang diri sendiri dulu.
      Rezeki Allah tu luas. Jgn takut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *