Salah Pilih Pasangan

Hi nama aku Diana (bukan nama sebenar). Aku dah berkahwin selama empat bulan tapi mak bapak aku yang kat kampung tak tau yang aku dah kahwin. Aku berumur 23 tahun dan suami aku berumur 35 tahun.

Aku kenal suami aku ni melalui aplikasi dating. Kami kenal masa umur aku 19 tahun. Sebelum kahwin kami bercinta selama tiga tahun dan decide untuk kahwin di sempadan thailand disebabkan mak bapak aku tak restu hubungan aku dengan lelaki tua.

Mula-mula kenal, suami aku ni baik sangat. Nampak seorang yang penyayang dan lembut. Masuk tahun kedua kenal dia mula tunjuk perangai kat aku.

Dia mula nak kongkong aku. Tak bagi aku keluar dengan kawan, kadang2 aku nak pergi class pun kena mintak izin dia. Kalau dia tak izin memang aku terpaksa ambik mc. Bila aku marah pasal benda ni, dia marah aku balik.

Mula2 memang aku ikut cakap suami aku, lama kelamaan aku rasa terkongkong sampai satu hari tu aku tipu yang aku duduk asrama je tak keluar ke mana2 padahal aku keluar dengan kawan2 aku ke mall.

Entah macam mana dia dapat tau, dia datang ke mall dan bawak aku balik. Sebelum dia datang tu dia dah siap chat aku suruh aku tunggu dekat main entrance mall tu. Masa tu aku dah takut, sebab memang dia marah sangat kat aku sebab tipu dia.

Masuk je kereta dia tinggi suara kat aku dan untuk pertama kalinya dia tampar aku dan hentak kepala aku dekat dashboard. Aku menangis pun dia masih tak kesahkan aku.

Bukan setakat hentak kepala je, dia tumbuk perut aku. Aku takut gila masa dia buat macam tu. Perut aku pun senak gila.

Hampir 20 minit dia tak berhenti tengking dan marah2 aku. Lepas pada tu dia mintak maaf sebab dah pukul dan tengking aku. Aku pun maafkan dia. Dalam masa yang sama aku pun mintak maaf sebab tipu dia.

Aku ingatkan itu lah kali terakhir dia marah dan naik tangan pada aku rupanya perangai dia makin teruk. Dia suruh aku block dan padam semua nombor lelaki dalam henfon aku termasuk lah keluarga aku. Asalkan jantina lelaki semua dia suruh aku block dan padam.

Aku pun ikut je. Aku semakin terkongkong dengan sikap dia. Masa aku intern pun dia tak bagi aku dekat dengan lelaki.

Pernah sekali masa nak balik dari tempat intern dia ternampak ada staff lelaki tegur aku. Masuk2 je dalam kereta dia tuduh aku macam2 dan pukul aku. Paling aku tak tahan dia siap tuduh aku buat benda tak senonoh dengan lelaki tu.

Dia siap panggil aku sundal dan perempuan murah. Sakit hati aku masa tu bila kena pukul dan kena tuduh macam2. Semenjak dari tu aku dah tak berani nak bertegur sapa dengan mana2 lelaki.

Tahun ketiga bila aku dah bekerja perangai naik tangan dia dah mula berkurang tapi perangai baran dia masih ada. Dia dah jarang naik tangan dekat aku sebab aku selalu ikut cakap dia dan apa yang dia nak.

Walaupun dia selalu marah aku tapi aku cinta dan sayang dia sangat. Kadang2 tu ada lah rasa tertekan sikit tapi aku cuba untuk faham dan fikir dia buat semua tu untuk kebaikan aku.

Suami aku sepanjang kitorang bercinta ni dia tak pernah berkira bab duit, bab makan dan dia jugak lah orang yang selalu tolong aku bila aku ada masalah. Sebab tu aku sayang dia.

Aku rasa dalam dunia ni dia je yang faham aku. Mungkin disebabkan aku lahir dalam broken family dan bila wujudnya lelaki yang selalu dengar aku meluah buat aku cepat selesa dan tak kesah dia nak naik tangan kat aku sekali pun.

Masa tahun ketiga kami bercinta, aku dah sanggup bagi semua dekat suami aku ni termasuk maruah diri aku. Masa tahun kedua kitorang bercinta pun kitorang dah ringan2 macam sentuh sana sini dan cium tu aku rasa benda biasa.

Sebabnya dia anggap aku isteri dia dan dia nak aku anggap yang dia tu suami aku. Jadi bila masuk tahun ketiga ni aku serah semua benda dekat dia sebab aku dah sayang sangat dekat dia dan dia pun dah janji nak kahwin dengan aku.

Disebabkan esoknya aku tak kerja, malam tu dia ajak aku bermalam di rumah dia macam selalu. Memang tiap kali ada masa cuti aku akan tinggal dekat rumah dia dan aku lah yang jaga makan pakai dia kat rumah. Walaupun masa tu tak kahwin lagi.

Dijadikan cerita malam tu kami macam biasa akan tidur sebilik tapi entah kenapa malam tu suami aku ni mintak ‘benda’ tu dan aku pun bagi dengan rela hati.

Lepas seminggu dari kejadian tu, aku jadi dah tak tentu arah. Tiba2 aku takut dia tinggalkan aku walaupun layanan dia pada aku tak berubah cuma dia dah jarang nak reply chat aku dan dah jarang nak ajak aku keluar. Dia akan ajak aku keluar bila dia nak benda tu.

Berkali kali kami buat benda terkutuk tu sampai lah pertengahan tahun aku mengandung. Aku bagitau suami aku tu dan pada mulanya dia suruh aku gugurkan kandungan tu tapi aku tak nak. Suami aku mengamuk dan kami tak berhubung selama sebulan.

Masa sebulan tu aku dah rasa tekanan perasaan, aku takut suami aku tak bertanggungjawab sebabnya dia langsung tak contact aku lepas bergaduh tu. Aku kerja macam biasa dan aku cerita benda ni dekat housemate aku. Dia terkejut dan nasihat aku untuk tinggalkan suami aku tu.

Aku dah menangis masa tu fikirkan anak dalam kandungan aku takde bapak dan aku lagi yang tak berkahwin. Seminggu aku tak datang kerja disebabkan morning sickness tapi aku tipu aku mc sebab cirit birit dan food poisoning.

Malam tu aku text suami aku tu dan mintak untuk berpisah. Dia ajak untuk jumpa aku dan aku pun okey yalah sebulan tak jumpa kan.

Masuk kereta mula2 kami senyap tak kata apa. Aku pun sekali lagi bagitau nak berpisah. Muka dia dah merah tahan marah. “Siapa hasut kau? Ke kau ada jantan lain kat tempat kerja tu?”, dia soal aku.

Aku diam je sebab aku takut dan tak tau nak jawab apa. Bila diam dia jerkah aku suruh jawab tapi aku makin takut. Mula lah aku nak menangis. Dia soal lagi tapi aku takde jawapan. Dia tampar aku kuat. Aku just jawab takde siapa dan aku mintak maaf sebab mintak pisah.

Lepas dah tampar aku dia parking kereta kat satu tempat dan peluk aku mintak maaf. Aku pun macam biasa jadi bodoh maafkan dia.

Dia suruh aku bagitau kat parents aku pasal hubungan kami tapi aku cakap yang aku dah pernah bagitau tapi parents aku tak setuju sebab dia tua sangat untuk aku. Dia pun ajak lah aku kahwin kat Thailand.

Aku pun ikut je sebab fikirkan kandungan aku dan aku pun memang dah sayang dia sangat. Sebelum balik tu dia mintak lagi untuk buat benda terkutuk tu aku pun bagi sebab dah sayang kan. Lepas pada tu hubungan kami kembali normal macam biasa.

Aku kahwin dengan dia hujung tahun dan ingatkan lepas kahwin dan tengah mengandungkan anak dia, perangai dia berubah tapi tak. Dia makin panas baran dan control aku.

Aku banyak kali gaduh dengan dia lebih2 lagi bila aku nak pergi kerja. Lambat seminit je dia akan tuduh aku menggatal dengan jantan kat tempat kerja.

Nak dekat dengan perempuan kat tempat kerja pun dia tak bagi, alasan dia nanti aku terhasut dengan kata2 orang perempuan kat tempat kerja tu.

Lepas kahwin dia jadi makin insecure. Aku pakai losyen sikit je dia akan tuduh aku macam2 sampai aku fade up dengan perangai dia.

Sekali tu aku pernah pergi kerja luar office dengan dua orang staff sorang laki dan sorang perempuan. Dia kejar aku ke tempat meeting dan suruh aku balik. Depan orang ramai aku kena marah dan kena paksa balik.

Lepas pada tu memang hari2 gaduh sampai aku stress dan terpaksa berhenti kerja sebab tak tahan perangai panas baran dan kaki pukul dia.

Bila dah berhenti kerja, dia ambik semua kunci rumah dan kad aku. Memang tak bagi aku keluar langsung selain daripada dengan dia. Aku kena kurung dan makin tkde kebebasan. Bila aku persoalkan benda tu dia akan marah dan tuduh aku nak lari daripada dia.

Dah masuk empat bulan kahwin ni tiba2 aku rasa menyesal sebab tak fikir masak2 sebelum nak kahwin dan aku menyesal sebab membelakangkan mak bapak aku dan keluarga aku. Aku berharap yang dia akan berubah lepas anak kami lahir.

Aku terperangkap di sebabkan buta sangat dengan perhatian yang dia bagi dan rasa cinta aku pada dia dan aku harap sangat yang aku diberikan kekuatan.

Nasihat aku pada perempuan di luar sana, pilih pasangan betul2 sebabnya kahwin ni bukan benda mudah. Bila dah kahwin automatik kau akan terikat dan susah nak lepas macam aku ni. Menyesal kemudian hari dah tak guna.

Bila masa bercinta kau dah nampak banyak sangat perangai tak elok dia, baik tinggalkan je dan dengar nasihat mak bapak. Jangan belakangkan diorang dan paling penting kena pandai jaga diri.

Doakan suami aku berubah suatu masa nanti.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

21 Comments

  1. Aku benci betul dgn prempuan mcm kau, org mcm kau punca anak hidup tersiksa, kau pilih suami yg salah, suami yg jahat, suami yang x ada sabar, suami yg biadap, kau tahu & kau sedar, bukan kau pilih nak pisah & balik ke keluarga, malah dgn rela kau bagi dia anak, buat bahan maki hamun dia dimasa hadapan, orang mcm kau memang layak hidup merana, seorang anak layak dpt bapa yang baik utk hidup mereka, tapi kau, kau tengok apa kau buat, kau sediakan bapa yg tak berguna utk anak kau, atas cinta buta kau pada jantan, anak kau pula jadi mangsa kebodohan kau, dah banyak sangat kepala otak kau kena hentak, kau fikir dia tak berani hentak anak ke. Kau dah dapat balasan membelakangkan keluarga, next balasan untuk sediakan bapa tak guna pada anak. Dosa dengan mak bapak kau tak selesai, datang lagi dosa mengkhianati anak. Tahniah.

    • Sekali dah kena hentak tak mungkin tiada yang kedua, ketiga dan seterusnya… Baik tinggalkan! Nak pisah tak perlu jumpa pun jantan tuh.

    • Setuju gila dgn kata2 bunga kantan tajam menghunus dan straight to the point.

  2. Awak memang kena perlukan bantuan, awak tak boleh dipukul sewenang-wenangnya sebab awak pun manusia, ada hak sebagai isteri, hak keselamatan, hak kesihatan, klu berterusan, awak kena laporkan kt Polis sbb kaki pukul ni susah nk hentikan tabiat buruk mereka

  3. melambai2 dh redflag, tapi bodoh nak jugak.. hadap lah weh

    pastu nnt anak kau teruskan cycle kau masa kecik2 dulu.. ohhhhhhhhhhhhh bodohnya

  4. by hook or by crook ko mesti kena keluar dr dunia ko ni klo tak nanti ko jadi gila.
    nak cerai, mmg lambertt lagi la ko dapat.. takdenye dia nak cerai ko sbb dia sebenarnya mereng. serius aku cakap. ko nak cerai, dia ugut ko memacam. tu belum sampai tahap ugut bunuh.. huhh.. disaster weh..

    Aku pnh ada kat tempat ko. aku faham sangat2 apa ko rasa. aku blakangkan mak ayah aku. aku pilih nak jugak dia.. sampai hati aku buat mak ayah aku sedih padahalnya mak ayah aku sayang sangat kat aku. bodoh tahap gaban betul.

    tapi Alhamdulillah Allah izinkan aku selamat dr jadi bini dia.

    aku dah tak tahan sgt kne psyko. aku curik2 cite kat kawan aku pasal kegilaan lelaki tu.
    kawan aku paksa aku cite kat pak aku.
    aku malu sgt kat pak aku.
    aku nyesal gila.
    bengap2 pun, akhirnya pak aku kutip gak aku balik.
    pak aku tak marah pun aku. pak aku tenang je handle aku walaupun aku tau hati dia remuk.

    pak aku bawak aku g BALAI POLIS. buat report supaya lelaki tu xleh dkt ngn aku.

    kawan2 keliling tu take part bantu aku. dorang support aku. jaga aku supaya lelaki tu takleh dkt ngn aku.(sumpah aku akan hargai kawan2 aku sampai mati walaupun andaikata satu hari nanti dorang tanak kawan aku lagi)

    penutup:
    ko mmg kena keluar dr lelaki psyko tu. aku tak tau la yg ko dah sedar ke blm yg lelaki tu sbnrnya psyko. tolong cepat sedar eh. mmg bila ko dgn dia skang ni ko tak nampak dia psyko. ko cuma nampak dia sayang ko je. nanti bila ko dah kua baru ko akan sedar.

    tolong carik jalan keluar. tolong syg diri ko n anak dlm perut tu. anak tu tak salah. lantakla dia anak org gila tu pun. didik je baik2. Allah ada dgn ko sentiasa utk harungi semua ni.

    taubat sungguh2, get back on the real track!

  5. Salah memilih pasangan, belum tentu salah dalam menentukan hidup. Jalan masih panjang, sempat lagi untuk berundur. Jangan benarkan anak kita rasa apa yg kita rasa. Cuba jadi ibu yang kuat utk memberikan anak kehidupan yang lebih baik. Cinta itu tak buta, kita yang tak berakal, jadi bergerak sekarang, jangan tunggu lebih jauh takut nanti dah susah nak beranjak.

    Atau jika dah agak susah nak berubah jalan, belajarlah pertahankan diri. Jangan biarkan diri jadi tempat asah tangan kali lelaki. Perempuan tak lemah, cuma kerap mengalah sbb lelah.

  6. Ntahapapantah kau punya tulis terbelit belit..huru Hara..carca marba..haru biru lintang Pukang..Phua Chu kang.

  7. dah macam ni still nak kami doakan suami awak berubah? omg… please lah use ur brain.. u kata u dah menyesal n why still pilih jalan yg sama.. come on lah, jangan sebabkan u xde siapa yg faham u, sayang u, u x kisah semua itu.. boleh jangan bodoh sangat tak.. harini u still boleh tahan.. esok lusa camne? jangan sampai dah kena depression, anxiety, anak kena masuk rumah kebajikan, baru u betul2 menyesal..

  8. Ini ke yg org kata sengaja cari penyakit? Keburukan yg mencambahkan keburukan yg lain. Moga jadi iktibar supaya org lain
    jgn nak cuba² jadi bodoh mcm tu.

    Berhentilah zalim pd diri sendiri dik. Cari jalan keluar dan bersabarlah dgn akibatnya. Allah suka org yg kembali bertaubat dan berusaha memperbaiki amalannya. Aku doakan kau berjaya!

  9. Diana, SUAMI SAUDARI TAKKAN BERUBAH. Ini adalah kesalahan klasik perempuan, sebab perempuan selalu ingat lelaki jahat akan berubah jadi baik.

    Dia kontrol saudari, tak bagi saudari berhubung dengan orang lain, walaupun perempuan, ini adalah kerana DIA NAK MENGASINGKAN SAUDARI DARI ORANG YANG BOLEH BANTU SAUDARI. Ini supaya dia dapat kekal memperbodohkan saudari.

    Tak lama lagi, phone saudari pun dia rampas.

    Saudari, suami saudari tu adalah contoh klasik controlling husband. This will not end well.

    Lari sebelum jadi lebih teruk.

    Saya yakin dia tak daftarkan perkahwinan saudari kat malaysia. Nanti macam mana nak apply surat beranak anak, kalau ibu bapa tiada sijil kahwin?

    Saudari, rancanglah senyap2 dan lari balik ke keluarga saudari. Jangan sampai badan dah penuh lebam biru baru nak lari.

    Ingat tak kes Jahidah Nordin yang sarat mengandung, suaminya pukul dan sepak sampai dia mengalami pendarahan otak dan masih koma sampai sekarang? SUAMI SAUDARI ADALAH SEPERTI ITU.

    Selamatkan diri. Sayangi diri.

  10. Bukan drama tv3 ni ending suami berubah. Laki mcm ni baik tinggal awal2. Ni baru anak 1, kalau lepas ni mengandung lagi. Mesti kau jadi syg nk berpisah, sbb fikir anak2. Better ambik tindakan sekarang. Syg suami pun biar bertempat, ni setiap kali gaduh kena pukul. Suami jenis apa mcm tu. Mcm tu ke tanda suami syg. apo lahh

  11. Lelaki takkan pernah berubah sis, camner dia awl kenal, cmtu la jugak lepas kawen
    Baran n kaki pukul memang takkan berubah sampai bila2, jangan arapkan dia untuk berubah sebaliknya u yang kena ubah mentaliti cara u berfikir.
    Jangan sampai kerana cinta u dan anak merana
    Keraskan hati, lari dari dia buat report polis supaya dia xblh ganggu u dgn anak2 lg
    Bawak report2 polis dan juga report doktor tersebut untuk dikemukakan di thailand which kat tempat di mana u nikah dulu. Lepas tu br u akan dapat surat cerai sebab dia dah langgar taklik dengan pukul u

    Jangan jadi bodoh kerana cinta, xkan nk tggu sampai u jadi teruk kena pukul lg? Stop it cari tempat dimana u dihargai
    Banyak lagi kebahagiaan luar yang menanti u diluar sana

    Kalau u xnak dengar advise i, buat apa u confess dekat sini
    Netizen takkan sesekali mintak u stay because u love him so much..really not worth it
    Just fikir dengan waras

    Dari insan terluka yang pernah senasib dengan mu

  12. Salam..

    Dik,jangan Nak tongong nau..
    Kau Nak soh notyzen/pembaca doakan laki kau berubah?
    Kem Salam maut laa,dik..

    Buka laa Mata Hati Kau yg ditutupi bulu ketiak laki kau tu..Sampai Kau tak Tahu Nak Beza buruk baik..

    Tak Tahu Nak buat keputusan walaupun dah kena hempuk..Agak selalu kena hempuk tu yg Kau mental plus mentel,ek..

    Aku kesian..tp tu laa ..Jenis kememeh can Kau ni,lagi orang nasihat,lagi gatal anu Kau Nak stay dgn jantan siamang Camtu..

    Jenis jantan psiko + Nars + Baran ni sebenarnya bacul..dan tak perform pun..Kau je yg anggap dia hebat..

    Walhal dia Nak Kau sakit otak plus cacat sbb senang dia Nak pergunakan Kau sebagai alat utk tutup kelemahan dia ..

    Sudah² laa dik..
    Taguna Kau meroyan kt sini dgn Harapan ada 1000 doa beserta kata² nasihat dan sokongan agar Kau stay..rasanye ramai yg kecam sbb Kau bodoh!

    Walau sejuta lemon nasihat soh Kau blah dr malaun siamang tu,tetap gak Kau redha menadah anu,Asalkan Kau tak menjanda .Kan..

    Lantak laa kau Sana..
    Tadah laa Sampai barai!

  13. Cerita ni membuatkan aku teringat kisah aku sendiri, lebih kurang 17-20tahun yang lalu.

    90% perangai sama. Masa zaman sekolah aku bercinta dengan orang yang berumur 6 tahun lebih tua dari aku. Aku berusia 15 tahun, dia 21 tahun. Mula-mula semua ok-ok saja.

    Sampai aku dapat tamat sekolah dan dapat offer ke universiti yang jauh dari tempat kami menetap. Dia mula berubah jadi insecure & memujuk aku berkali-kali untuk kahwin secara diam2 tanpa pengetahuan family. Aku abaikan saja pujukan tu.

    Perangai dia semakin teruk sejak itu, dia akan call dan menuduh aku macam2. Bila aku lambat jawab sms (zaman sms), dia akan maki hamun aku. Awal-awal aku kerap pulang sebab nak jumpa dia. Tapi dengan perangai jelek dia membuatkan lama2 aku naik menyampah dan aku lebih suka duduk saja di asrama. Aku pernah cuba minta putus. Sepanjang bercinta, aku juga pernah dikasari dan macam2 lagi ugutan dikeluarkan.

    Dia adalah cinta pertama aku, jadi aku agak naif dan aku fikirkan ini adalah perkara biasa apabila bercinta.

    Akhirnya aku mula berkawan dengan seorang yang baik budinya di uni aku. Mula2 hanya kawan biasa hingga baru aku sedar wujud je lelaki yang betul2 gentleman yang pandai menghormatiku dan keluarga, juga tidak cemburu buta macam si dia tu. Jadi aku tekad meninggalkan dia.

    Sejak tu memang dia tak berhenti mengacau hidup aku, keluarga dan boyfriend baru ku yang kini dah jadi suami :)

    Pernah dia naik gila sampai dia buat kecoh di uni kami, pernah dia bergaduh besar dengan ayah aku, pernah jadi kes polis, dan panjang lagi kalau nak disenaraikan. Hinggalah one fine day dia hilang begitu saja.

    But suatu hari during pkp selepas 15 tahun sejak kami putus (banyak masa agaknya), dia mula mencari aku & suami di media sosial dan mula menggila sekali lagi. Dan ada beberapa lagi kejadian bermula sejak itu hingga kini.

    Tapi entahlah aku don’t bother anymore. Sukati kau lah nak buat apa. I have better things to do.

    Aku juga dapat tahu rupanya dia ni ‘makan ubat’ a.k.a ada masalah mental. Dan aku juga baru tahu perangai insecure dan suka maki hamun seperti ini adalah kerana dia seorang Narcissist. Dia always pemenang, kau seorang je pesalah di mata dia, dia juga lah terpaling kenal aku kononnya. Jadi buang masa saja melayan dia. Moga keluarga dia dapat bagi sokongan dan nasihat pada dia.

    Kisah aku tinggalkan dia sudah 17 tahun berlalu, dan dia masih tidak move on ya. Apa-apa pun aku bahagia dengan suami dan anak sekarang, Ahamdulillah.

    Nasihat aku, kau keluarlah dari dunia ini sebelum ko semakin menyesal dan terlambat.

    Yang dah jadi biarkan berlalu, hadap dan kuatkan semangat untuk anak kau. Kalau perlu berterus-terang dengan keluarga, lebih baik. Because at the end of the day, keluarga lah yang akan membantu kita dan anak-anak.

    InshaAllah semoga mudah urusan kau dan anak. Carilah kebahagiaan sendiri, kebahagiaan kau bukan bergantung dari dia.

    Yang ikhlas dari pengalaman sendiri,
    Hakak Shima

  14. saya terkejut bca komen2 semua. utk pengetahuan kmi bru je jmpa keluarga msing2 dn brithu psl prkhwi an dn ank kmi. pda mulanye mak bpk saya tk brpe berkenan tpi alhamdulillah dpt trima walau mula tu tk brpe nk stuju. suami saya pon dh berubh sdikit walau tk byk. dia dh jrang nk marah dn tinggi suara kt saya selama beberapa minggu ni. saya mtk doa yg baik2 je dri awk smua. trima ksih ats nsihat dn smua komen. yg baik saya ambik pengajarn yg tk baik saya maafkn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *