Adakah Aku Layak?

Assalamualaikum. Nama aku Aya (bukan nama sebenar) aku nak cerita tentang tunang aku. Aku bagi nama tunang aku ni Edi (bukan nama sebenar).

Aku kenal ngan Edi ni sebab dia CEO dekat syarikat M yang aku kerja intern, waktu mula tu aku agak terkejut sebab CEO syarikat M ni masih muda dan handsome tapi aku tak suka pun la time tu.

Sepanjang aku kerja intern ni Edi ni tak pernah pun usha aku ke tak pun tegur aku ke tapi dia cuma tegur bila perlu je

Nak dijadikan cerita minggu last aku kerja intern dia suruh one of pekerja syarikat M tu panggil aku masuk office dia. Aku pun tergesa gesa masuk takut pulak kut kut buat salah.

Last last dia kata kat aku, “kalau saya nak berkenalan dengan awak boleh”.

Aku pun macam blur tak tahu apa nak respon and then aku terus cakap boleh sebab nak tengok jugak dia ni orang macamana.

Sepanjang perkenalan kami ni aku dapat tahu both of parent dia merupakan doktor pakar,

All of adik beradik dia semua study overseas and dia pun merupakan Master holder daripada university di uk, semua maklumat tu aku tahu sebab kawan kawan aku cerita.

Time tu aku rasa macam aku tak layak dengan orang macam dia almaklumlah family aku duduk rumah felda ja. Mak ayah aku pun kerja kilang ja.

Orang kata kalau nak cari kena cari yang sama taraf, tapi Edi ni taraf dia tu tinggi mcm gunung Kinabalu daripada aku ni.

So aku pun jumpa dia dan bagitahu yang aku rasa kami tak patut melalui proses berkenalan dah, aku pun dah sedar diri taraf aku ni biasa biasa ja.

Tiba tiba Edi kata kat aku “Saya tak kisah pun pasal background awak, asalkan awak jadi hamba Allah yang baik tu pun dah sangar bagus”.

Aku pun cuba la comfort diri aku ni supaya try pikir cara dia pikir.

Long story short, aku jumpa parent dia and unexpectedly diorang welcome ja kehadiran aku.

Tapi aku selalu bandingkan kehidupan aku dengan kehidupan dia rumah family dia besar padahal rumah aku tu rumah felda but aku sangat bersyukur.

Aku pun nampak banyak perempuan cantik dan kaya juga dalam kehidupan Edi tapi kenapa suka aku?

Last kali aku diamkan diri dan tak bercakap sangat dengan dia kat pejabat. Edi cuti hari ni.

Setelah 2 hari aku diamkan diri tak cakap dengan dia kat office sebab nak bagi dia hilang feeling kat aku, mak aku telefon mengatakan ada lelaki datang merisik aku.

Aku pun terkejut bila aku dapat tahu lelaki itu Edi. So aku pun terima dahla time tu aku kat office susah nak cover diri yang senyum tak henti henti time tu…

Alhamdulillah sekarang dah bertunang and next week Insyaalah nikah soon. Doakan ya warganet.

In conclusion, kalau tak sama taraf tapi family okay dan masing masing memahami mungkin it can work.

– Aya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. wahhh.. mcm jln cerita novel ! :) moga bahagiaa. aku yg happy bila baca story korang..

  2. Alhamdulillah, syukur, mungkin ada yg menarik tentang diri awak yang Edi tertarik. moga jodoh awak hingga ke Jannah. Aamiin

  3. ingatkan cerita macam ni takwujud in real life :’)
    Alhamdulillah kalau family dia pun okay. jadi menantu dan ipar yang baik ye.
    semoga berbahagian melayari rumah tangga, Aya & Edi. barakallahufik!

  4. I just feel that u will be insecure for the rest of your life..I’m not jealous ye, just my two cent.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *