Menyimpan Perasaan Pada Orang Yang Salah

Assalamualaikum, Terima kasih admin sudi terima confession saya dan siarkan confession saya.

Korang semua pernah tak menyimpan perasaan korang pada orang yang salah dan tidak menghargai korang? Kalau kisah aku dah 2 kali terjadi pada diri aku.

Al kisahnya pada 2021 aku mempunyai perasaan pada junior kolej aku dan aku hampir meluahkan perasaan aku pada dia.

Kami bermesej di DM ig selama 2 bulan, dia mempunyai respon yang sangat positif sepanjang kami bermesej yang membuatkan dia mempunyai perasaan yang sama seperti aku.

Namun dalam masa yang sama di office tempat aku bekerja ada seorang kakak senior executive bagitahu saya yang ada seorang perempuan minat pada saya dari office sebelah.

Perempuan tu mula chat aku dari Whatsapp dari nombor yang diberikan oleh kakak senior tu dan kami bermesej sebab saya ingin tahu kenapa dia ada perasaan pada saya.

Kami bermesej sampai sebulan lebih sehinggakan tak sedar yang kami berdua dah jatuh hati sesama sendiri,

Hubungan kami amat mesra dan tak sedar yang aku sudah abaikan perempuan (junior kolej) aku di DM ig tu dan aku pasti dia pun sudah lupakan aku kerana anggap hubungan kami tak serius.

Sepanjang hubungan saya dan perempuan office sebelah tu dalam 2 bulan berlangsung, satu hari kami bergaduh besar kerana mempunyai kesalahfahaman antara satu sama lain,

Dia membuat keputusan untuk menamatkan hubungan dan aku merayu untuk tidak berbuat keputusan terburu-buru.

Akhirnya kami berpisah dan aku yang terkesan kerana hati aku dah hancur sehancurnya kerana aku dah berikan hati aku pada orang yang salah.

Kalau boleh diundurkan masa aku tak patut izinkan dia mengenali aku dan aku masih teruskan luahan perasaan aku pada Junior kolej aku.

Kisah yang ke 2 berlaku pada tahun 2023, aku berkenalan dengan seorang perempuan yang aku jumpa di Putrajaya atas urusan jual beli telefon.

Lebih kurang dalam 2 bulan kami tak bermesej lalu aku menegur dia kerana dia buat status di Whatsapp.

Kami bermesej dalam sebulan lebih lalu kami berdua meluahkan perasaan satu sama lain iaitu ingin berkenalan,

Sepanjang 3 bulan kami berkenalan dia sangat menghargai aku kerana dia faham perasaan aku yang bekerja dan seorang student part time di UM.

Pada satu hari, aku perasan yang dia dah 2 hari tak mesej aku dan aku mulai rasai yang aku ni tak dihargai oleh dia.

Dalam masa yang sama aku berkawan dengan perempuan di UM atas urusan assignment dan kawan-kawan dia beritahu aku yang dia mempunyai perasaan pada aku.

Pada mulanya aku memang tak layan sebab aku setia bersama girlfriend aku. Tapi sekian lama aku dapat rasa dia sangat tak hargai kesetiaan aku yang satu tahap aku rasa kenapa aku asyik dihimpit perasaan yang ragu-ragu.

Patut aku setia bersama dia yang tak menghargai aku atau membina hubungan baru bersama kawan perempuan aku di UM.

Jujur aku cakap aku bukan buaya darat yang membina hubungan bersama beribu wanita.

Tapi aku kadang sedih sebab perasaan aku tak dihargai oleh orang yang aku ikhlas sukakan dia dan perempuan lain yang lebih menghargai aku.

Pengajaran yang aku nak cerita disini ialah aku rasa pada lelaki lebih baik korang stay single sampailah korang ada duit dan persiapan yang mencukupi untuk mengahwini seorang wanita,

Kerana InshaAllah bakal isteri yang korang akan kahwini ialah orang yang tepat dan korang dah tak perlu ragu-ragu dengan perasaan korang dah lepas ni.

Sekian, Assalamualaikum.

– Dodol Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. posting ni more to ”dont fall in love just because you’re lonely”.
    so anon diatas, when you mentioned rasa tak dihargai bila your gf tak text 2days in a row etc, entah la i feel like you need to focus on yourself first. love yourself enough before you decided to jump into any relationship. personally i rasa you ni sebenarnya sunyi rather than sedia untuk bercinta. because you seems to fall for everyone yang show the slightest care for you.

    so, i think you kena enjoy your singlehood journey dulu and the right one will come to you. jgn cepat fall in love just because someone show they care, some people are just nice lepastu kita tersalah anggap dan tersakiti lagi dan lagi.
    embrace your journey on finding the true you! goodluck!

  2. Pesan saya untuk awak, binalah hidup dulu dik. Awak muda lagi, selain memikir masalah perempuan awak patut memikir masalah kehidupan ekonomi dan gaya hidup sekarang, bagaimana untuk meningkatkan tahap ilmu, agama dan ekonomi sendiri. Jika ada ibubapa, bahagiakan mereka dulu. Utamakan keperluan diri awak sendiri. Kalau diizinkan tuhan, jodoh akan datang. Jangan lah risau pada benda yang belum pasti. Bersangka baik pada takdir, Insha Allah yang baik akan tiba. Jadikan pengalaman sekarang untuk menguatkan mental awak menghadapi masa depan.

  3. haishh, geram pulak baca..sebagai seorang perempuan. aduhhh… takkan sbb tak msej 2 hari terus tawar hati, tak dihargai?? pastu dgn alasan pi cari perempuan lain. aduhh. tak setia namanya tu dikk. hang tak ready lg in relationship tu…tak matang lg.. fokus on yourself first laaa…..

    • ha ha ha ha . orang perempuan memang jarang menggunakan akal. jangan marah hahahaha

  4. Bagus dik..
    Kumpul aset dik.. Tak payah kumpul koleksi awek. Kawan-kawan je laa.. Selagi masih belajar tak payah la bercinta. Serabut je.
    Bahagiakan ibu ayah.. InshaAllah bahagia dunia dan akhirat kau dik..

  5. Sbnrnya ko ni terdesak nak ade makwe sebab tu jd mcm ni. Lepas tu letak angan2 tinggi sgt. Relationship ni bkn mcm fairy tale, sume indah blake. Dia ade turun naik dia. Ni bru 2 hri x balas ws dah rasa xdihargai. Ni klu ko kawen dik, pastu bini busy dgn anak mcm ne ko agaknya? Ko nak bercerai? Ke nak tambah bini?

  6. kau sunyi ni. perlukan seseorang setiap masa. pesanan, sayangi lah diri anda sendiri dahulu. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *