maki hamun, sepak terajang jadi makanan.

Assalamualaikum thanks sudi siar aku punya story.

Aku seorang ibu tunggal umur 29 tahun. Anak satu. Muda kan untuk seorang ibu tunggal.

Ceritanya bermula begini… zaman anak dara dulu aku ni dalam kategori cantik la. Tinggi 167cm, berat 55kg. Kulit putih. Sejak skolah menengah (form6) dah ada boyfriend. Tapi mak aku xsuka. Jadi masa aku masuk kolej, aku putuskan hubungan dengan dia sebab mak aku betul2 tak suka. Bukan sebab dia jahat, tapi sebab keluarga dia berlainan pilihan politik dengan keluarga aku.

Masa kat kolej aku kapel lagi dengan budak sarawak. Lepas tu bgtau lagi mak aku. Mak aku tak bagi jugak sebab jauh dan sebab budak tu amik sijil je, aku amik diploma. Aduhai….. ( masa ni jiwa muda aku yang gatal dan gedik macam korang rasa bila tengok budak muda bercinta) uwekkk…

Lepastu ada sorang mamat ni memang duk suka aku since form6 lagi. Aku cuba jugak nak terima dia…. yang ni mak aku suka. Orangnya baik, tapi aku pulak yang tak boleh nak terima. Dalam masa yang sama aku tersalah langkah….. aku berkawan dengan kaum sejenis. ALLAH hancurnya hati keluarga bila diorang dapat tahu …. masa tu aku dendam pun ada sebab pilihan hati aku semua mak tolak…. so kapel ngn pompuan lebih baik pada aku masa tu. Bila family dapat tahu aku putuskan hubungan jugak.

Sejak dari tu aku pon single la sampai habis belajar, kerja pada 2009…. walaupun aku single dan tak buat dosa kapel2 ni, aku buas hala ke lain plak…. aku mula blajar pegi clubbing dan sebagainya yg jahat jahat belaka….kecuali jantan….yang ni memang aku tak main..semua geng aku masa tu single belaka dan buas belaka…. pada tahun 2011 aku slowdown semua kegiatan maksiat dan buas2 dan hidup macam pompuan biasa…. dalam pertengahan 2011 datang rasa nak kawin, tapi masatu manada bf….kawan lelaki pon sorang pon xde.

jadinya aku pilih rakan setempat kerja yang mengurat aku. Masa tu dia tunangan orang.. nak ke aku punya pasal dia putus tunang. Tapi aku bukan bercinta pon ngan dia masa dia decide putus tunang tu.. lepas dia single baru kami kapel. Kapel 3bulan terus tunang, 2 bulan lepas tu terus nikah.

Dan disinilah permulaan yang sebenar…..

Allah menduga aku dengan suami yang xmolek perangai. Selama berkahwin aku stress manjang dengan sikap suami yg penipu, pengikis, kaki pukul, tak solat, dan tak bertanggungjawab tak bagi nafkah, duit aku habis kepada dia.. paksa aku buat loan segala bagi kat dia…..

Kalau tak penuhi apa yg dia nak mula lah gaduh, akhirnya aku dipukul… lepas aku buat loan bagi dia, dia janji nak buat bisnes dan akan bayar loan tu kat aku bulan2…

Bulan pertama je dia bayar…selebihnya duit tu dia joli, dia bermegah dengan pompuan lain kononnya dia kaya…. masa tu kantoi dia duk main whatsapp ngn pompuan lain…sudahnya bisnes ke mana, apa pon xde…. habis duit tu melarat jugakla hidup kami sbb gaji aku dh sikit… gaji dia lagi la sikit sebab sblm kawen dia dh buat loan joli ngn bekas tunang dia….

Aku makinla menderita tersiksa…..pernah ditendang, dihantuk kepala di lantai sampai benjol dahi …pegi keje terpaksa tipu kwn2 cakap terantuk gate rumah.

Masa ni aku muhasabah diri betul2… inilah kifarah atas dosa silamku….. ni baru sikit…. neraka Allah lebih dahsyat…. Allah…aku takut….

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Setelah dua tahun berkahwin, masih jugak tak berjaya dapat zuriat, aku jumpa pakar sakit puan. Doktor tu bagi aku makan pil hormon….

Masihku ingat masa tu ramadhan 2013, aku selalu menangis..
1- sebab suami
2- nak anak
3- nak keluar dari hidup aku yang mcm hape time tu.

Dalam bulan puasa yang mulia Allah balas doaku…. aku diberi kekuatan yang entah mana datang, aku minta izin suami utk balik kampung, tapi dia tak nak ikut. So dia suh aku balik sorang …. drive memalam dari KL ke kedah. Dia tak suka sangat balik kampung aku sebab dia kena berlakon solat padahal fatihah pon baca xkena…

Sampai je kampung, aku cerita semua pada family aku. Mak ayah kakak abang terkejut amat dengan berita dan cerita aku sampaikan…. menggunung simpati dan pertolongan aku dapat masa tu.

Dua hari kemudian aku balik semula ke KL. Aku sampai lepas berbuka. Malam tu dia mengamuk sakan habis dapur dia hambur barang telur sepapan jatuh berderai, semua barang atas meja makan dia tolak jatuh. Air masak, pinggan mangkuk menyembah lantai…Aku dahla penat baru sampai kena cuci semua tu.

Esoknya aku pakai baju kerja dan curi2 masukkan baju kurung dalam beg. Aku drive ke mahkamah syariah, balai polis dan semua settle aku buat dalam masa sehari. Petangnya dh habis ofis hour aku msg suami and cakap aku takkan balik rumah, barang barang aku nanti aku ambik bila family aku free boleh teman aku g ambik.

Malamnya abang aku dr ipoh sampai, anak saudara, abg ipar dua tiga orang teman aku pegi rumah ambik barang….ramai betul excort aku time tu sampai 3 kereta….takut punya pasal semua bawak parang….. kalau la malam tu ade roadblock….. hahaha

Akhirnya seminggu lepastu dia lafazkan cerai dalam whatsapp. Aku lepastu tinggal dengan kakak aku. Masatu aku slalu penat, asik ngantuk dan malas ya amat. Kakak aku syak aku pregnant, tp aku deny sbb macam tak logik je. Tp kakak aku paksa aku check upt. Macam nak pengsan bila keputusan tu positif. ALLAH…. aku menangis sebab at first rasa mcm taknak.

Lepas tu kakak2 aku bagi nasihat semua aku cool down and muhasabah diri, aku terima rezeki Allah bagi ni…. bukan ke Allah dah jawab permintaan aku? Allah, kita hanya tahu meminta, tapi Allah maha tahu bila dan dimana Dia nak bagi. Pegi check kat klinik aku pregnant 7minggu… alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

Sekarang anak aku dah umur dua tahun 3 bulan. Kes cerai pon dah selesai. Bekas suami aku tak pernah tengok anak dan tak pernah bagi nafkah walau sepuluh sen.

Aku redha, tu bahagian dia lah menjawab depan Allah nanti. Yang penting sekarang aku dh berikan yang terbaik yg aku mampu untuk anak aku.

Sampai sekarang aku masih rasa letih dan peritnya jadi isteri kepada lelaki tak guna …. sampai rasa serik nak kawin…. ramai tanya kenapa aku xcarikan ayah untuk anak aku….sebab dia asyikla duk panggil ayah saudara dia ayah…. kesian jugak aku pada anak aku ni…. tapi ingat nak cari lelaki yang baik mcm cari rambutan kat pasar malam ke…sementara nak beli 5biji ko bedal dulu…kalau xsedap ko blah….

Zaman sekarang susah weh nak jumpa lelaki yg baik….yang boleh terima ibu tunggal macam aku ni lagi la payah…. tapi tu bukan matlamat besar aku pon…. matlamat aku sekarang nak besarkan anak aku bebaik je, hidup bebas hutang, jaga mak ayah bebaik…..

Kepada wanita adik2 yang belum kawen, cari dan selidik betul2 lelaki di hati korang….

Kepada lelaki di luar sana, ingat tanggungjawab korang, hormat pasangan korang. Jangan sebab korang lelaki korang pijak2 maruah wanita disisi korang…..

Terima kasih kerana sudi membaca.

– wanita tabah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

143 Comments

  1. Semoga awk diberikan kekuatan.. Setiap dugaan awk trima.. Allah taw awk kuat tuk tempuhi… Xpe.. Dahulukan anak awk… Doa doa dan trus berdoa.. Sy doakan awk jmpe suami yg mmpu trima awk n anak awk.. Banyak kan bersabar yer..

  2. ada hikmah allah tak.bg pregnant masa belum cerai..silap hari bulan anak tu pown kena sepak.terajang..kuat kan semangat..teruskan hidup..kalau boleh cari la pasangan baru..mulakan hidup baru..banyakkan doa..in sya allah allah tolong..

  3. Realiti kehidupan , mmg menakutkan tapi aku berpegang kepada kita sedaya upaya jadi yg terbaik dan biarlah Allah bagi jodoh yg terbaik , inshaAllah Allah permudahkan urusan akak

  4. speechless baca.. akak seorang wanita yang kuat :) just focus on your child,kak.. anak saham akhirat. ada wonderful blessing disebalik bad marriage tersebut. :)

  5. Yang aku tak faham kenapa kau boleh suka kat laki tunangan orang? Kalau dia laki baik dia takkan putuskan tunangan dia semata mata untuk perempuan lain. So girl kat luar sana berhati hatilah pilih pasangan.

  6. Ak pon baran gak,tp paling kuat pon cubit pipi bini jela kalo da geram sgt haha…x boleyh bayang mcm mane la laki tu boleyh sanggup nk pukul bini die…

  7. Yg baca ni takyahla nak judge kisah silam dia. Jadikan iktibar dan panduan untuk kita di masa hadapan. Nak persoalkan pilihan dia dulu kalau boleh patah balik mesti dia dah patah balik.

  8. Manusia ni masing2 Allah dah tentukan jalan cerita hidupnya. Baguslah sis, teruskan pandang ke hadapan..yang dah berlalu biarkan dalam lipatan sejarah. Belajar daripada kesilapan lalu supaya hidup akan datang lebih tenang dan bahagia inshaAllah

  9. gais x yah la marah dia , benda dah jadi Allah dah bagi kifarah.sy tumpang simpati , kesian anak akak harap tabah , sebenarnya ramai yang nak hidup bebas single macam akak , ye la takde komitmen ke suami ,masa bebas untuk diri sendiri , boleh berbakti pada ibu bapa.masa untuk musahabah , ubah diri menjadi wanita solehah insyaallah nanti Allah kurniakan lelaki yang baik2 untuk akak ye.bersangka baik selalu :)

  10. Rupanya ada yg snasib dgn akk..jgn risau dik bahagiakn diri sndiri Dan anak itu lbh baik.. Mmg ssh jd single mom tp Allah bg kita akal utk trus survive. Keep fighting!

  11. Jangan mengharap yang baik. Tapi jadi yang terbaik dulu. InsyaAllah, bila kita jadi baik Allah hantar orang yang baik baik untuk kita. Tak perlu cari, ia dtg sendiri bila kita sedia menerima :)

  12. Taubat atas dosa2 lalu…setiap manusia buat salah dan dosa…teruskan kehidupan sekarang….pompuan zaman skarang boleh hidup tanpa lelaki…tambah2 laki x guna, dayus gitu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *