Salam. Aku nak cerita pasal adab beraya. Aku lahir dalam keluarga jawa campur melayu. Mak jawa, ayah melayu. Orang jawa ni kalau time raya, semua barang makanan kat dapur tu disajikan pada dayoh (baca: tetamu).
Mak aku sebagai jawa pun tak terkecuali. Memang masak nasi wajib kalau dayoh datang dalam waktu2 lunch hour atau petang2 kala. Masa aku kecik2 lagi lah, kitorang takde kereta. jadi duduk rumah je. rumah kitorang memang wajib sedara mara serbu. sebab diorang suka bila datang rumah aku, confirm kenyang. mak aku masak lemak pucuk ubi, ikan masin, telur dadar, sambal tumis, goreng kobis, sambal sardin. itu memang menu yang memang buat orang berulang makan. aku lah tukang tolong mak masak kat dapur. sampai tension tau. baru nak rileks..dayoh dah datang.
ok. isunya sekarang bukan pasal tak suka tetamu sebab tetamu datang bawa rezeki. itu yang mak aku ajar. tapi aku kesian kat mak aku. mak aku start puasa enam dari raya ke-2. jadi ko bayangkan mak aku kena masak untuk sedara mara yang bertandang. masa aku & adik beradik lain ada, boleh lah tolong cover mak. sekarang ni, masing2 dah naik kolej & masuk kerja. kesian mak aku.
padahal kebanyakan sedara mara aku tahu yang mak aku jenis puasa 6 start dari raya ke-2. tapi tetap juga jenis bagi hint nak makan. bukan buruk sangka. tapi kalau dah duduk lama2 sampai waktu lunch tu, memang bagi hint la tu. yang bagusnya aku rasa anak2 buah mak aku yang darah jawa, diorang biasanya datang bawa lauk atau datang tolong masak terus n tolong basuh pinggan semua. kalau sedara mara spesies ni datang, aku memang bahagia. dan bila kita datang rumah dia pun, kita buat macam tu. yang spesies…kalau kita datang rumah dia, hidang air & kuih je..tapi bila dia datang rumah kita, kita hidang nasi bagai. lepas makan, tinggal je macam tu. tak tolong kemas apa. salam2..terus balik. spesies macam ni memang kalau dia datang bertandang, sakit hati nak masak. hahaha. pandai pulak tu, datang time lunch hour. pernah dulu, kitorang datang rumah diorang time lunch hour. memang lapar sesangat. sejam duduk, dia bagi air sirap dengan kuih je. padahal aku bau bini dia kat dapur masak. menumis apa ntah, sedap bau. tapi sampai sudah tak hidang. ingat masak untuk kitorang. hihihi. rupanya utk makan diorang je. tapi time dia datang rumah aku, tak pernah missed mak aku masakkan utk diorang. *macam mengungkit plak. ah lantak.*
tak kira la ko jawa ke..melayu ke..datang rumah orang tolong beradab. kalau orang dah hidangkan ko nasi bagai, ko tolong lah basuh pinggan lepas makan walaupun dia kata "eh, tak payah. letak je situ". tapi kalau ko basuh juga, satu kesyukuran sebenarnya utk diorang. lagi satu, kalau ko tahu makcik pakcik ko jenis puasa 6 start raya ke 2, elakkan beraya rumah diorang masa tu. consider sikit. datang raya ke-8 je nanti. bagi diorang berpuasa dengan tenang.
confession aku ni sekadar teguran. tiap tetamu tu bawa rezeki tapi biarlah tahu adab juga. kalau makcik pakcik yang tua-tua tu aku faham juga makan tak berkemas, tak larat. ini yang ramai anak dara pun sama. lepas makan tinggal je. tak reti nak beradab kemas & bawa ke dapur agaknya. memang la ko tetamu, tapi jangan over.
selamat hari raya!
– Cik Puan Muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Shakyna Latiff
org begini kena ckp awl2, hari ni kite x masak sebab berpuasa..hihi kena ckp siang2 biar dia reti bahasa skit
Belajar lah ikhlas terima tetamu. Baru betul2 tetamu tu bawak rezeki. Pernah tanya ke mak happy ke x happy kalau sedara mara datang walaupon dia kene masak dlm keadaan berpuasa.
Cuba tanya mak tu kalau sedara mara x dtg dia happy ke x.
Pakai pinggan plastik jer
Haah biasanya orang jawa camtu la.saya ni melayu tapi ramai kwn orang jawa.sabak bernam
Positif jela.. Setahun sekali. Rasenye mak awak pun happy bila sedara2 dtg tu.. Bila lg nk bkumpul kalau bukan hari raya. Penat2 pun, berbaloi bila ada tetamu yg dtg. Baru meriah raya kite.
Apa kata sediakan bahan2 masakan, potong2 apa yg patut dlu mcm sayur2, bawang, and readykan rempah2 utk tumis terus. Lps tu, masuk peti siap2. Agak2 ada tetamu dtg, keluarkan semua tu, terus campak dlm kuali. Cepat je siap nnt. Kalau kesian kt mak, kite as anak, kena fikir something yg boleh sngkan mak kite. Yg penting, ikhlaskan hati.✌
Mak ko pahal puasa hari raya ke 2? Mood raya masih meriah lg masa tu. Kedai makan pon masih blom bkk so mengharapkan nasi rumah org lr. Org cuti raya pon stkt seminggu tu je. Raya ke 8 diorg da keje xdr nye nk raya mkn nasi umah ko.
Orang tua2 memang biasa start puasa raya kedua..biasa la tu..apa yg peliknya
Xtaw plk org tua area mne. Seumur aku idup blom pernh jumpa lg org selok nk puasa start raya no 2.
Kau ni duk hutan gamaknya. Mostly orang tua, raya kedua dah start pose nam. Setakat ni ramai je yang aku jumpa. So aku tak heran and aku tak pertikai kenapa orang tu nak pose masa raya kedua.
Eh suka hati mak dia la?ko ni
Yg kau nk marah mak dia puasa pada hari raya ke dua ni dh kenapa?? Bukan kau yg puasa.. lgpun hari haram berpuasa cuma pada raya pertama..
Sian nya dkt hg nii.. Mmg org slalu start posa 6 masa raya 2 laa.. Apa yg pelik nya tah
Org dtg nk beraya tuan rumah puasa plak. Baik lh kunci pintu siap2 kalau xnk lyn tetamu dtg.
Malu weyh baca cmmnt nii. Hahaha kau lagi selok tetiba nak hangin mak dia pose enam. Kelakau nau rasa ??
Rasa nk carut kt org yg bg comment mcm nih… tp sebabkn bln syawal, aku bg nasihat aje la.. belajar brgaul dgn org yg lebih berusia yaa.. parents aku pn posa 6 start dr raya ke 2..
Bnyk je org puasa setart raya ke 2. Tapi kalau tak salah aku ulama (bukan dr malaysia) cakap elok puasa lewat2 sikit sebab awal2 org nak beraya kan.. Awkward tetamu nanti
ko tu yg bodohh
Ramai golongan family puasa raya ke 2 sentap. Chill lr xyh carut2. Xckp slh pon puasa raya ke 2 tp logik lr hari raya kot mcm xle tgguh dulu.
Mmg jadi amalan org tua dari dulu start puasa 6 raya ke 2. Cuba tanya atuk/nenek atau saudara mara yg lebih tua.
Camne dia nk tanya atuk/nenek dia. Sbb mgkin anak branak belah dia lebih selok beraya. Sbb tu dia taktahu. Hiks ?
Relax lr makcik. Xramai dah org follow amalan tu even anak beranak sndr. Kalo makcik masih follow amalan keluarga makcik tahniah diucapkan dan selamat berpuasa.
Biarlah makcik tu nk start puasa 6 dr raya ke2 pun. Org nk beraya tu, biar je la. Makcik tu nk segerakan puasa sunat, inshaallah bnyk pahala nya bila die segerakan. Kalu lmbt2 kot2 nnt mkcik tu x sehat ke, x boleh la nk puasa sunat tu pulak. Cepat mula, cepat habis… Jgn prtikaikan ye. Suka hati die la nk start puasa sunat bila2 pun…
knp nama ko ucop? knp x sebut betol2 nama ko yg indah 2? sbb suke ati ko kan… mcm 2 la jgk suke ati org la nk puasa bila… dr ko yg sebok persoalkn..
Boooooo
mak bapak ko xpnh posa raya kdua ke?? pehal plak ko xpnh dgr.zman skrg org x dok dlm hutan dah. tetamu dtg ke x biarla, xdek masalh pon nk puasa.tetamu je la mkn. yg puasa sembang bese la. ap la kau ni. xpegi sekolah kafa ke
Budak umk . Pfft
Mcm org x ckp sifat jer ko ni, x berotak ker apa…
1)ko pertikaikan puasa 6 pd raya ke-2 ke apahal?
2)ko ni mmg x pernah puasa 6 kot…kalu org dlu2 raya paling meriah selepas puasa 6
3) yg ko nak harapkan nasi umah org dah kenapa?? Dah x mampu sgt ker nak bli mkanan sndiri, fast food 24hour.
Malas aku nak ckp lbh2 ngan ko ni…lu pikir la sendiri…
Peh sentap msg2. Terasa skali jgk
Sian nye la budak ni…..moga Allah bg hidayah padanya….
weh len kali en hang pi mintak rm10 sorang pastu ko order dominos ke kfc ke ha senang sikit ko takyah susah susah nak masak
Aku stay dekat ngan rumah nenek aku. So bila turn kitorang beraya kat rumah, memang sedara mara yg mana balik beraya kat rumah nenek aku akan bertandang beraya ke rumah aku. Cadangan aku, tetapkan satu hari untuk sedara mara kau datang bertandang ke rumah. Masa tu mak kau buat laa makan-makan. Segala sedara mara ke member kau ke crush ke ex ke apa ke jemput depa mai time tu. Senang. Kau pun letih sehari je kan. Buat la dalam raya kedua ke sebab masa tu orang still bercuti lagi sebab still dalam early syawal kan. Pasal mak kau start puasa dalam raya kedua tu, kalau tak keberatan mintak la dia start raya ketiga ke kan. Tapi kalau dia insist jugak nak buat cemana. Huhuhu. Takleh nak salahkan depa gak kalau datang beraya awal-awal raya ni. Mungkin sebab dah time tu je yg depa ada cuti untuk beraya or kekadang orang ni suka bertandang bila ramai-ramai ikut bertandang skali. Macam mak aku, raya kedua dia buat makan-makan, masa tu kite panggil sedara mara mana yg ada datang sekaligus dalam satu hari tu. Esoknya tu mana yg baru sampai ke apa ke kan, mak aku goreng mee je senang. Bahan-bahan dia kau prepare awal-awal siap. Tak yah laa susah-susah nak masak nasik berlauk 2,3 jenis hidangan bagai. Pasai pinggan lak, beli je pinggan polistrene, sudu plastik. Senang. Letak plastik sampah kat hujung bucu tempat depa makan tu. Tu kalau tak reti-reti jugak tu kau tarik je plastik sampah tu gi kat kaki depa. Hahahahhaaa
Mak slalu sruh tetamu tinggalkan pinggan n cawan..tp ak ni gangster sikit, ak mnta semua tetamu tolong basuh pinggan mangkuk sndri..bila kena cubit ngn mak wat slamber jer..hahah
Betul mak kau buat tu, kau memang tak beradab. kau pegi rumah orang, semua kau basuh pinggan ke? jangan nak mongak
chill..xperlu marah2..itu tetamu rapat je brani buat gitu..
btw, sy mmg basuh pinggan sndiri walaupun kt umah org..bawa2 bersabar puan..
separuh simpati. separuh lagi boleh cari
jln penyelesaian lain.
Dulu..Rumah saya selalu saudara berkunjung…kami x kesah memasak..malah gembira..walaupun x tolong apa pun..ramai sangat2 datang..meriah…tapi agaknya..Allah nak tunjuk..sebab mak ayah acah2 konon letih la apa la…x nak layan tetamu la apa..tahun ni..sampai hari ni..x ada satu tetamu pun yg datang…saye sunyi..saye rindu tengok telatah dorang..tahun ni..x beraya la..
Nasib baik Tuhan tak tarik rezeki kan. Itulah…
Tkbaiknye perangai. Harap org bg makan, lps bg makan kat org. Harap org basuh pinggan, lps hidang org makan. Mak kau tk merungut pun.. ko je lebih. Senang citer, kalau berkira sgt, tkyahla bg dayoh makan bila time raya. Dorgpun tkdela mengamuk kalau ko tksediakan makanan. Hehhe.
Dlu aku pn rasa mcm tu..last2 aku pesan kat mak aku..beli je pinggan plastik,cwn plastik…lauk pauk plak,tempah je dgn org sikit,pastu masak sikit.aman bahagia je raya bru2 ni.klu tak ada yg jd harimau.hahaha..adab tetamu pn kn jaga,jgn bt sepah.kesian jgk dgn tuan rmh.
Part lain aku taknak komen. Aku paham masalah beliau. Aku nak komen part tarikh hari raya je. Dah biasanya orang cuti dari raya pertama sampai raya ke enam atau ke tujuh, takkan kau nak paksa orang datang raya ke lapan kot? Tak logik la. Akupun kalau dah balik KL takkan patah balik keperak untuk raya di rumah makcik hanya semata makcik aku puasa dari raya ke dua sampai ke tujuh. kau agak-agak la pun nak mintak simpati. part yg lain2 tu, kau kena tengok macamana emak kau, kalau dia happy, ok lah. Kalau dia tak happy dna banyak merungut lepas tetamu balik, itu lain cerita. Kadang orang tua2 ni macam mak aku memang suka sangat kalau tetamu nak makan di rumah,.
both side mertua & mak hakak jawa, memang hakak faham sangat masalah sejagat ni. kalau mak hakak, dia tak cakap dia letih. tapi kadang2 nampak la riak muka dia tu letih. kadang tengah terlelap tengahari sebab puasa kan, ada tamu datang. nasib la hakak ada lagi kat rumah, boleh tolong. kalau dia sorang2, memang kesian juga la. guna je pinggan polisterin dik. bawang cili semua blend siap2. tumis, campak sardin. tumis bawang, campak kobis. kocak telur, goreng. dah. siap. takyah ko basuh pinggan lepas tu. tetamu ni mmg macam2 dik. ada yang jenis perasan raja, lepas kita hidang..kita juga kena kemas. walaupun pakai polisterin, kita sediakan plastik sampah pun..dia masih tinggal gitu je. bertabah la dik. hakak cadangkan, time raya awal2 ni..ko bawa la mak ko jenjalan beraya rumah orang. atau gi makan angin sambil beraya. dah raya ke 8 nanti, balik & buat open house. penat sehari je dah.
Syahid org banjar malas masak kan?
Haha,baik jd banjar mls masak dr jawa acah2 kagum dgn tradisi diorg hebat layan tetamu tp komplen penat jugak akhirnya…
“Sekarang ni masing2 dah naik kolej dan masuk kerja”
Aik? Raya kedua dah start kerja dan kolej dah? Plus, bila mak kamu nekad nak puasa 6 awal2, maksudnya dia yakin dia kuat. Berdasarkan cerita benda ni bukan baru lagi jadi kan? Buat benda kena ikhlas, jangan asyik harapkan balasan, sia2 je kepenatan tuh. Kalau tak mampu jugak, ada je jalan lain; pakai pinggan kertas, masak simple2 atau buat tak tahu hidang kuih je. Tapi aku rasa mak kamu masih buat betul2 mungkin sebab dia gembira bagi orang makan dan dia tahu pentingnya ukhuwah tu, tapi rasanya perasaan tu belum sampai kat kamu lagi.
Mmg ada beza sikap melayu, jawa banjar.. korang kalau dpt mentua jawa balik kmpung jgn berlenggang bhai.. bawa sekali bahan mentah untuk masak..alah mcm kau belanja dapur selalu tu..lgi bagus telepon dulu tanya nak barang dapur ape ape ke kat mentua.. kalau tak da sampai tapi tengok xde ape pandai pandailah start moto kereta gi kedai bg yg lelaki la yg pmpuan req your husband la.. ini mesti.. kalau tak bawak pun x pe.. tapi x best sebab diorg takkan biar korang berlapar walaupun mungkin tengah kering duit.. lgi satu jgn lari dari dapur tu sebab time gotong royong kat dapur tu lah diorg akan beramah mesra dgn korng.. kalau acah acah geli duk dapur duk dpn tv atau ngadap hp mmg korang menantu yg fail lah.. x kira lelaki ke perempuan buat buatlah sebuk kat dapur tu kalau sempit duk luar dapur janji dekat.. mmg akan ada benda yg korang akan kene buat.. tak pandai masak potong potong.. budak budak je dibenarkan bermain sesama sendiri dan x digalakkan menyebuk kat dapur.. kalau korang miss moment rewang ni korg mmg x kan dapat rasa family jawa tu mcm mana.. dah tau tu…bila sampai cepat cepat tukar pakaian sesuai.. jgn nak melawa sangat. Kontrol macho..diorg x berapa hairan akan keayuan kemachoan korang tu.. sebab mmg diorg semua pun mmg lawa lawa belaka..
Banyak cekadak la confessor ni. Kalau xnak basuh beli jela pinggan mangkuk plastik. Famili aq pon jawa gak. Tapi mak ko yg rajin sgt. Bukan salah tetamu. Raya setahun sekali je bruh. Suck it up !
Betul!