Habis belajar nanti nak kerja apa??

Admin tolong siarkan confess ni. Tq.
Hai all reades, aku salah seorang student ipta di pantai timur, degree dalam course heritage. korang pena dgr course aku?Heritage in museum And conservation. okey, musim raya ni, ramai yg konon acah takot dengan soalan Klise 'bila nak kahwin'? Bagi aku, soalan tu tak menakutkan aku langsung berbanding dgn soalan 'dah habes belajar nanti nak kerja apa? Yes, mostly pakcik,makcik and sepupu sepapat aku akan bertanyakan soalan ini bila jumpa aku. Aku dalam dilema nak jawab apa dengan soalan mereka tu. aku hanya mampu menjawab ,ada rezeki saya nanti adalah pakcik,makcik. Semua orang kan ada bahagian masing2. Haha klise kan jawapan aku? Sebagai penyedap hati aku juga. Hatta ayah and mak aku sendiri selalu bertanyakan soalan yg sama pada aku.Bapak aku kerja kampung je. Mak aku surirumah. Mak aku expect aku bila dah keluar nanti, akan bekerja gaji beribu riban,yelah degree kan. Sedangkan mak tak tahu, bila dah grade nanti kita yg freshie ni kene start dari bawah semula, gaji tak setaraf dgn kelayakan yang ada. Tak boleh memilih kerja dgn situasi ekonomi malaysia sekarang ini. Realiti hidup sekarang ni memang menyesakkan. Aku dalam dilema.
Ayah aku pula pernah kata, kalau keluar nanti tak dapat kerja bagus macam sia2 ayah melabur selama ni untuk kau. Ayah kata sambil gelak.nak cover lah tu. Aku ni jadi sedih and takut dgn masa akan datang. Pengharapan org tua pada aku yang terlalu tinggi buat aku rasa terbeban. Kata2 sedara mara aku lagi yang mengatakan, course awak ni takde kerja nanti. kau rasa apa perasaan aku pada waktu tu? Mampu tersenyum pahit je.
Aku tak kisah sangat pandangan orang sekeliling terhadap course aku ini, tapi yg aku kisahkan perasaan mak bapak aku yang mengharap pada aku, dalam pada masa yang sama orang luar mencemuh dan mempertikaikan apa yang aku belajar ini menjamin ke? ? mentality betul. Hmm.
sekarang ni, apa yang boleh aku lakukan adalah belajar dan terus belajar. Betulkan niat untuk menimba ilmu kerana allah. Tuhan dah tentukan rezeki aku dimana dan bagaimana, dan aku juga percaya takkan lah tuhan ni saja nak letak aku dekat U ni and dengan course yang aku dapat ni tanpa sebab. setiap yang berlaku tu ada hikmah. Ini takdir aku.
Awak semua yang downkan sy tu, ingatlah, saya ada allah yang berkehendakan sesuatu ke atas hamba nya ini. Dengan kuasa doa, saya yakin tuhan takkan sia2 saya dan harapan mak ayah saya.
Dan kata2 makcik saya masih terkesan sampai sekarang,'belajar betul2, nanti bawak mak abah naik kereta pergi jalan2. Simple tapi mendalam~
Lepas ni tolong lah tanya aku bila aku nak kahwin, aku rilek lagi dgn soalan tu, tapi jgn tanya aku nak kerja apa lepas habis belajar nanti, aku takde jawapan utk itu. Tanya lah tuhan sebab dia penulis takdir aku. Doakan yang bebaik je dah lah. Jangan pertikaikan course yang kita amek tu. Ilmu Allah tu kan luas. okey, penat mengarang. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati seorang aku yang dalam dilema. Sekian.

– Miss sakura

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

81 Comments

  1. Ramai sekarang yg kerja dlm bidang yg lain drpd bidang belajar. Asal ada degree je. Buat research pasal bidang2 yg boleh awak masuk. Satu lagi, english proficiency dan soft skill kena mantap. All the best

  2. Kita sama la,sy y dip ambk information management ni selalu kena tya macam tu ,smbung degree ambk record management pulak lagi la org tya nak keja apa ..pd pendapat sy awk boleh la start pegi jadi sukarelawan kat museum ke sbb nnti cantik sikit resume tu kalau nak mintak keja..sbb bidang macam kita ni kat malaysia kurang pendedahan

  3. Sis…ur course sememangnya course yang Saya carik selama ni…Saya Memang minat dlam heritage hingga sekarang Saya dok baca je sume bnde berkenaan…malangnya Saye stuck dgn accounting and da grad dah pon..hahahha..sis..graduan lepasan sis ade peluang lagi bnyk dri gradua lain..first rare..second Xbnyk graduan amik Bidang sis…antara path yang sis bole follow is amik master Dlm Bidang archaeology dekat usm…amik research….sekarang archeology dekat malaysia Makin lama Makin berkembang especially Dengan pertemuan sungai batu..usm antra u yang bnyk buat eskavasi and hantr student tok buat research kat sane…Saya pun bercita cita nak amik arkeologi utk master (jauh sgt dri Bidang..hihihi)..Btw sis..jgn duk pikir ape org cakap..depa pengetahuan sempit (Maaf terkasar pulak)..Bidang heritage ni luas..sis belajar je..Inshaallah ade jalan..jgn lupe consult dgn lecturer…all da best sia

  4. Samalah. Saya course Environmental Science. Soalan paling cliche, “Eh ni nanti kerja apa? Mesti kerja dengan DBKL kan?”

    I was like… whattt??? -__________-

    Depa tak tahu kat luar negara peluang pekerjaan untuk Environmentalist sangat luas, cuma Malaysia je cam tak berapa nak femes sangat. Saya percaya kepada rezeki Allah. In Shaa Allah, doakan saya juga ye. Sometimes penat kot nak ubah mindset orang kita ni.

  5. Boleh minta polis. Ada dip or degree bole apply sarjan lantikan. Ada kawan saya degree in tourism sekarang jadi sarjan trafik. Pape pun rezeki ni ALLAH je yg tau. Janji kita kena usaha. Selamat maju jaya.

  6. Habis nanti kau terus register company event organizer, bawak masuk bekas tapak kaki nabi dan suruh semua yang kutuk kau bayar untuk cium tapak kaki tu. Buat macam kat kedah tu. haha

  7. Dik…masa blm habis bljr mmg soalan tu yg biasa kita dgr…bila keje,soalan kawen tu pula yg keluar….actly, yakin lah setiap org pasti ada rezekinya…yg pntg kne usaha..doa..tawakal..xsemestinya kita keje mengikut course kita…jgn risaukan lagi dgn bnda2 cmtu…skrg fokus study je..nnti bila dh hbs study lg byk bnda nak fikir…life org dh keje ni, dh sgt lain…cabaran pn lain sgt….

  8. Actually course awak ni course idaman zaman sy muda2 dulu.
    Bidang direct dlm Government awak boleh masuk ialah jabatan warisan negara, arkib negara dan jabatan penerangan yg jaga hal2 ehwal kebudayaan & sejarah malaysia. Kena apply ikut SPA la.
    Utk negeri2 pun ada lagi2 mcm Kedah & Melaka yg selalu cari org dlm bidang ni, kerana mereka lagi byk dokumen dan hal2 kaitan warisan dan sejarah.

    Kerja swasta & GLC pun ada bidang ni mcm Telekom, Bank Negara, TNB, Felda.. Diorang pun ada museum sendiri.

    Jgn cepat putus harapan dgn apa yg awak belajar. Kalah takde peluang dlm malaysia, usaha try luar negara. Awak kena belajar bersyukur kerana niche bidang awak ni, tak semua tahu dan dianggap org tertentu je boleh buat.

    Sy sendiri dulu rasa giveup belajar susah2 tp kerja x de kena mengena apa sy amik. Hampir kufur nikmat seketika kerana sy gagal melihat beyond the wall.

    Mula2 kuar uni, keje apa je dulu utk tampung hidup. Bagi 2 thn maksimum utk cari kerja yg sesuai dgn jiwa.
    Cuma ingat, duit boleh cari. Jgn bila dah jumpa keje idaman, tp tolak pasal gaji kecik.

  9. aku rasa derang tanya nnti kau nak keje apa sbb derang x faham scope belajar kau ni apa kot. Actually aku pon x faham dan aku rasa ko pon macam x faham je. hahahaha sorry lah kalau aku salah. Tuntutlah ilmu kerana nak menuntut ilmu, kerana Allah. syukur alhamdulillah kalo keje related dgn ilmu yg dituntut senang sket dan seronok siket ye lah buat benda kita dah tahu. Kalau pon tidak x pe yang penting kau ada attitude orang terpelajar benda ni penting. score habis habisan nnti keje carik kau. Kalau attitude kau betul/bagus campak mana pon kau akan berjaya insha Allah. Good luck dik!!

    • bukan x faham course, x faham scope. belajar ngan keje x sama. kau belajar ko hafal jeah nota buku tu semua. contoh kalo bidang IT orang ingat buat software je tapi sebenarnya bnyak bnda lain dalam tu. So kalo tahu scope belajar tu apa tau lah nak keje kat mana sektor apa industry apa. Kalau IT dulu ingat keje company IT je tapi keje kat muzium pon boleh keje kat pasaraya tesco boleh keje kat hotel boleh keje kat restauran pon bole. aku bg contoh IT sbb tu bdang aku….

  10. In my honest opinion, regardless of any courses, any universities u are in now, the most matters is how u present yourself, how u carry your attitude towards your commitment and in your immediate case, your attitude towards subjects in each semester. again, be in university is actually teaching u on how to survived in your study, how u developed ur communication skills and how u handle your stress

    Yang lain, serahkan pada Allah. Dia lebih tahu, wishing u the very best of luck

  11. Bestnye course adik. Mmg minat bidang tu sejak kecik. Tapi rezeki akk bukan dlm bidang tu. So adik jgn risau bab rezeki ye..DIA yg maha bkuasa.

  12. kita sama sis! saya ambil course sains kognitif and everyone will ask apa scope kerja? apa saya belajar? sangat susah nak explain kat org lain. so kalau makcik2 tnya saya jawab yg simple computer+psikologi. sebenarnya bukan sesimple tu kos kami :'( dan dapat kos yg rare ni memang dipandang sinis. yg dipandang kalau kau budak engineering, doc and all professional courses. haihh. hopefully we all gonna grad on time. fighting sisthurrr!

  13. sama dgn saya.. saya x kisah org nk tnye bile kahwin,, or da ad calon ke,,, tpi paling takut bile org tnye kje ap?.. pastu dorg ckp smbung blaja sbb xde kje ke?.. ambik kos merepek,, sampai x g beraya sgt pon,,,,

  14. Awakkk yg confess kt sini, jgn risau. Kita satu UMK. Even sy xknl siapa awakkk, awk tau kan? Slain awk bljar KSV, kita belajar usahawan, kita bljar art, kita bljar multimedia. Semua kita bljar kan? Kalau awk keje nanti tak dapat ikut course yg awak nak, awk jgn la bimbang, awk kmbgkan lg apa yg kita bljr kt U kita. Klu awk kenl, ada sorang tutor kte sblm ni, dgree lepsan konservsi, then skg menjadi pegawai dkt pust pemuziuman. Jgn rsau kerja apa akan dtg. Dkt ngara ni byk muzium yg awk blh pergi dan explore. So, jgn sedih. Teruskn bljar. Manfaatkan peluang yg ada k. Awk kena byk bergaul dgn senior n lect for more details k. :) jgn sedih, kita bawah satu warisan. Keep it up ;)

  15. Same la kite. Aq dr dip smpai degree bdk animasi. Time mule2 blaja ckp “nnt bleh jd animator, storyboard artist bla2” n mostly dicounter balik “bleh carik mkn ke?” “Ye2 je hang jd animator” tp time tuh zmn inesen lg so die pnye positive lvl tuh bleh r up lg

    Tp bile dh nk abeh degree nih, seriously aq sendiri pon x konfiden bleh ke aq keje dlm field nih, blaja bthn2 but skill still thp tuh jugak, 3D aq toksah kabo la hancor

    Kdg2 pelik gak, mne enthusiasm aq time aq mule2 dip dlu?

  16. Kbtulan sy tgh intern dkt jbtn warisan Negara skrg. Actually byk je bidang keje sbnrnya yg boleh explore. Org tua2 or kta sendiri tk prsn. Jkkn, jwn, muzium, arkib dan setiap ngri mmg ada pusat kraf. Dalam setiap inst. tu mcm2 bhgn n cawangan ada. Smua tu perlu tenaga kerja. Skrg ni bkn mcm dulu. Org tua kita sllu tnya xjadi Cikgu k? Cikgu skrg pun ramai and open market. So, percya pada rezeki. Kita taktau rzki kita kt mana. Ap2pun buat yg terbaik.

  17. Kpd semua adik2 yg sedang bljr n yg br grad n yg dh grad tp masih menganggur nasihat sy dont wori psl nk keje dlm bidang korang bljr..bila kj xsemstinya kt kj dlm bidang yg kt bljr…byk je kj yg not looking into ur course but looking into ur attitude, communcation skill n soft skill..yg pntg anda kn bljr utk improve urself dr segi attitude, communication skill n soft skill sbb smua majikan akan melihat kpd basic kriteria tersebut not ur degree/course..tp sekiranya anda berminat utk bkerja dlm bidang yg anda bljr sila la explore ur career prospect b4 graduate..time cuti2 sem bt part time/attachment kt tmpt2 bkaitan to gain experience n network..bdasarkan pemerhatian n pengalaman sy interview rmai yg tdk mempunyai attitude, communication n soft skill utk diambil bkerja..spttnya di universiti anda kn lengkapkan dr anda dgn ciri2 tsbt..n perkara tersbt tdk directly diajarkan dlm kuliah..tetapi ia pengalaman anda yg anda kutip sepanjang di uni melalui kokurikulum/society di uni..yg masih menganggur anda masih belum terlambat lengkapkan dr anda dgn perkara tersebut melalui pergaulan serta tdk putus as mcuba..jgn selalu ntlalu mharap akan bantuan org..keje je apa pun janji halal..pngalamn tu yg pntg..tp at the same cuba tingkatkan dr..jgn asyik mnyalahkan org sbb kononnya kt xdpt kj tu sbb xde cable..percayalah sekiranya kt mpunyai the rite attitude, good communication n soft skill xde majikan yg nk tlk kt..pls muhasabah dr n improve urself..akhir kata all the best..

  18. Sy antara stud grad n dr kos yg same,,inshaa allah rezeki allah luas,,jgn fokus pd bidang yg awak ambil tu je..salah tu..bfikir di luar kotak..heritage studies sbhagian drpd bidang plncongn..tourism is a part of aviation aspect..xsmpy sebulan abis grad sy join program slim n rghtnow da prmnnent staf one of established airlines in our country as customer services offc..sy dulu prnh kn perli jgk n same stuasi dgn adik…prnah rs down..tp ltk niat rzeki allah tu luas…yg pnting abis grad jgn dduk kg…g merantau..drop a ton of resume…lastly tawakkal k

  19. I can feel you sis. Sy bru nak melangkah ke dunia degree in sya Allah kalau ad rzki bulan 8 or 9 ni nti. Tp bukan course heritage. Course IT. Hina ke course IT tu? Ritu balik kg ade ler sdra mara yg duk ckp “bdk2 IT xbgus. Mana ad keje” ehh hai sy mmg menyirap. Dia ingat dia tu Tuhan ke. Dia ke yg bg rezeki kt manusia? Sy xkish ape org nak ckp psl sy. Tp bila melibtkn hti n perasaan mak ayah ni mmg hilg sabar. Takpelah. Saya percaya dgn rezeki Allah. Tak baik kita ckp besar. Allah tu Maha Adil. Utk confessor saya doakan moga ad rzki sis suatu hri nti.

  20. Sya pernah apply kos ni dlu tapi xdpt. Pastu dpt kos lain kt upu tu. Haha, dlu mmg tringin sgat2 nk study kos ni kt umk. Ada je kwn yg study kos ni.

  21. Kita sama sis. Course sya pun lbih kurg je. Ramai yg xtahu. Smua tanya lpas ni nk keje apa. Diorg tanya psal senior yg dh graduate, masalahnya course ni masih baru. Xde lg yg graduate, lecturer pn xberani nk kasi tahu sama ada peluang pkerjaan luas ke tidak.

  22. korg xberaya sbb tkt org tanye keje ape.. aku xberaya sbb tkt dn penat org tanye bila nk kawin.. btw.. ckap mmg mudah mcm air lalu.. tp hakikatnya hidup ini klu xada liku.. xada cabaran.. ape maknanya kesengan dihadapan..sekian dr sy.. pgg kata2 ni..

    hidup jgn menyusahkan org.. bia kita je tau susah kita.. kelak bila sng balas budi org yg pernah kita hutang budi…

  23. Kepada Miss Sakura

    Saya Alif Zakaria, ‘first batch’ daripada Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (Rasmi) dan lebih kurang sama ‘course’ dengan yang awak ambil.. cuma ‘course’ awak skrg sudah di ‘upgrade’.

    Sekarang saya berada di dalam bidang konservasi bangunan bangunan bersejarah diseluruh Malaysia sebagai Pen. Konservator / Pen. Pengarah Projek Konservasi.

    Sebagai seorang alumni yang berkerjaya, saya terpandang dan tertarik dengan apa yang di ‘up’ oleh awak dalam ‘post’ ni.

    Sebagai seorang ‘student’ dalam bidang yang mungkin awak tidak tahu hala tuju sekarang. Perkara pertama yang awak perlu lakukan adalah ‘rileks’, ‘cool’ & ‘steady’, jangan cepat melatah ataupun mengeluh. Cari sumber terdekat seperti HEPA atau JKK Alumni UMK (Rasmi) untuk keterangan lanjut.

    Sepertimana yang awak fikir tentang tiada kerier / kerjaya di dalam bidang ini, itu adalah salah sama sekali. Untuk kerjaya didalam bidang Pengajian Warisan FTKW – Heritage Studies, terdapat banyak bidang yang boleh awak ceburi dan dalami. Contohnya :-
    1. Jabatan Warisan Negara
    * Terdapat beberapa jabatan/department yang terletak didalam JWN ini.
    2. Jabatan Muzium Negara.
    3. Muzium Negeri.
    4. Muzium Di-Raja.
    5. Arkib Negara.
    6. Perpustakaan Negara / Negeri.
    7. Galeri Galeri Tokoh & Sejarah.

    Dan beberapa lagi agensi kerajaan yang lain. Itu sekiranya awak ingin menceburi dan mengabdikan diri awak didalam sektor kerajaan.

    Selain daripada itu, awak perlu tahu bahawa tidak hanya sektor kerajaan sahaja yang menawarkan kerjaya didalam bidang pengajian yang awak ambil kini. Terdapat juga kerjaya ini didalam sektor Swasta seperti :-
    1. Syarikat Kontraktor Konservasi bangunan bersejarah.
    2. Syarikat Kontraktor Konservasi bahan artifak.
    3. Arkeologi.
    4. Perunding Kerja konservasi.
    * Sama ada konservasi bangunan / artifak / buku / kertas DLL.
    5. Team Pendokumentasian / Merekod.
    6. Team Penghasilan Buku Projek.
    7. Team Penghasilan Movie / Videografer Projek.
    8. Team Photografer / Scale photo.
    9. Management Team Projek seperti :-
    a) Projek Manager.
    b) Penyelia Tapak.
    c) Teknikal Team.
    10. PR – Public Relation didalam projek.

    Dan banyak lagi cabang kerjaya yang ada khas dan khusus untuk graduan yang mempunyai kelayakan dan ciri-ciri dalam bidang warisan.

    Awak boleh search syarikat-syarikat yang menjadi Main Player atau Sub Cont yang menceburi industri market konservasi daripada utara hingga selatan termasuk lah sabah dan serawak. Terdapat lebih daripada 30 nama konservator yang berdaftar dengan JWN dan ramai lagi yang berkelayakan konservator yang menjalankan kerja-kerja secara ‘private’.

    Permasalahan tidak tahu nak jawab soalan lepas belajar tidak perlu timbul lagi selepas ini bagi student yang mengambil bidang pengajian warisan seperti awak.

    Sekian terima kasih.

  24. cari ilmu x rugi pon dik..bab kerja, kalo ikutkan doktor & cikgu pon ambik masa nk posting..apa lgi kita graduan utk course yg rare ni? kakak pon keje lari bidang tp boleh apply ilmu yg kita bljr dulu kpd keje kita skrg..x semestinya kje nk ikut bidang kita..tp kalo dpt keje yg dlm bidang kita, kira beruntung lah..huhuhu..so jgn sedih2..nnt dpt keje, jgn lupa berbakti kpd ibu bapa! smile!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *