Perlukah aku risau akan masa depan?

Assalamualaikum semua..Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah aku ni..

Aku ni pompuan, dah bekerja sebagai Legal Advisor kat satu syarikat O&G..Aku dah nak berkahwin bulan 9 ni & tunang aku plak bekerja sebagai security kat skolah..Hubungan kami dah mencecah 10 tahun sebab kami kenal masa skola menengah lagi..Masa awal perkenalan bapak aku melarang keras hubungan kami sebab aku ni anak harapan keluarga, boleh dikatakan kerap jadi best student skola & tunang aku plak kelas hujung2..Kami kenal pun asalnya sebab aku ni pengawas selalu jaga kelas tunang aku time perbarisan pagi & camne tah daripada benci (sebab dia ni terjal sangat..hehehe) sampailah jadi sayang gitu..hahaha..Tapi lama-kelamaan bapak aku mula terima tunang aku ni gak sebab walaupun dia ni kurang pandai, tapi dia slalu support aku (moral & duit basically selain duit bapak aku) untuk blaja tinggi2 sampai la aku dah konvo sume..

Cumanya skang makin nak dekat majlis ni aku terpikir aku ni alhamdulillah rezeki kerja ok tapi dia plak cakap kalau dah kahwin dia akan ikut aku tinggal sebab dia nak mencari kerja lain..By the way, tunang aku ada background meniaga sebab family dia ada uruskan bisnes mkanan & dia pun penah cakap kat aku nak meniaga sendiri sebab kalu bekerja dengan orang, gaji dia cukup makan saja..Tapi skang aku xpasti la sama ada dia nak kerja dengan orang ke atau nak meniaga pas kami kawen nanti..Aku bukan apa, bukan nak cakap la ye aku selalu positifkan diri mengatakan insha Allah rezeki lepas kawen tu memang ada..Tapi aku risau dalam keadaan ekonomi skang ni tunang aku ni agak2 boleh ke dapat kerja dengan gaji yang selesa?Adakah aku bakal tanggung dia pulak nanti disebabkan gaji aku?

Aku serius risau skang ni..mula2 aku tak pikir pun tapi sejak akhir2 ni (time raya ni la kan) ramai pulak mulut mak2 jemah dok compare aku dengan tunang aku ni..Sampai aku rasa skang aku cam da termakan hasutan dorang plak ni..Tapi, aku tetap pikir positif sebab duit hantaran aku yang belas ribu (atas persetujuan bersama ye, bukan aku minta lelebih) dia tak mengharap duit parents dia pun sebab kad ATM untuk gaji dia aku yang pegang. So, dia kalu nak duit belanja, dia da ambil rm800 untuk belanja bulanan & untuk bagi kat mak dia, selebihnya rm1000 dia bagi kat aku untuk simpan kumpul duit hantaran..Aku cuba untuk positifkan diri dengan mengatakan dia ni bertanggungjawab tapi tu la bayangkan bila hari2 korang dengar orang asyik comparekan aku dengan tunang aku, agak2 la kan korang tak serabut ke?

Allah, camne la hai nak hilangkan rasa kerisauan dekat benda yang tak pasti ni?Harap korang2 semua dapat membantu aku yang tengah serabut skang ni..Dah ler kad jemputan semua dah habis edarkan da, tapi masih lagi timbul kerisauan pulak..Terima kasih korang..Assalam..

– Kisah Hati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

125 Comments

  1. Percaya kepada kuasa Allah SWT sis…rezeki orang berkahwin ni kita tak boleh jangka….yg penting tak de istilah sis kena share belanja…dia dah tunjuk effort…oklaa tu….kena tawakal…jangan mengejar kesempurnaan kerana dalam kesempurnaan manusia itu lebih besar kekurangannya…kadang kekurangan itu lebih manis…kerana sama2 saling melengkapi…sis dah kenal tunang 10 tahun…mesti dah tahu sikap dia bagaimana…insya Allah…pasti baik pengakhirannya

  2. pendapat saya la , istikarah dan solat hajat bnyk2, kita tak tahu apa trjadi lepas perkahwinan, kalau dah ketentuan Allah terima. Gaji bnyk memang senang hidup, tp akan sampai satu tahap gaji x memberi erti kalau kurang pun gaji x akan pernah cukup. so kahwin ni benda yang ada ujian tersendiri. mulut orang boleh ckap, tp kita yang menanggungnya nanti.
    hati kamu mungkin dah ada jwapan. jadi ikut apa kata hati. pndapat orang mcm2 tp empunya badan akan tanggung.

  3. Kalau saya la sis sy buat bodoh je dgn org sekeliling.. biar je org nk kata apa.. yg penting sis percaya tunang sis mampu tanggung sis lps kawen.. klu tkot rasa x mampu bersederhana la dlm majlias kawen.. tak perlu grand2.. yg penting restu ibubapa dan redha mereka.. kehidupan selepas kawen yg ptt difikirkan.. peduli je org2 sekeliling.. ni saya punya opinion la.. :)

  4. Jangan layan perasaan tu. Syaitan sedang menghasut awak. Lagi dekat nak dirikan masjid. Lagi galak dugaan tu hadir. Tunang awak tu sampai bagi awak pegang kad atm lagi untuk tunjukkan dia betul betul serius dengan hidupnya. Dan untuk masa depan, percayalah rezeki itu ada di mana mana. Yang penting awak sentiasa menyokong tunang awak baik dari segi mental dan lain lain supaya sentiasa berusaha dan rajin

  5. jgn dok was was gak… kalo dah kenal lama.. jgn terpengaruh ngan kata2 mak jemah… bila ko susah nanti bukan dorang yg akan nolong… si tunang tu dah buktikan dia sorang bertanggungjwb, bersyukurlah dan bertawakal pd Allah dgn jodoh ini.

  6. Dapat orang yang baik, hargai lah. Dapat orang yang jenis berusaha, hargai lah. Dapat orang sayang Kat kita, hargai lah. Dapat orang ikhlas dengan kita, hargailah. Dapat yang tahu agama, hargai lah…… Awak cerita yang baik baik pasal tunang, tapi kenapa waswas? Gangguan syaitan la tuh, tapi masih boleh beristikharah. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

  7. Sy rsa tunang sis dah trbaik tu. Ingt blik dia pnah tlg sis dri bntuan kwangan. Kta xleh nk agak msa dpan org cmne. Klu sis tgal pastu tgok2 dia bjaya cmne.lgpon dah knal 10thun.dah leh tau prngai dia cmne. Doa usaha n tawakkal je

  8. Mak2 jemah ni memang suka mengata.. pekak kan telinga.. rezeki bukan diaorang bagi.. Allah bagi.. janji Allah kepada orang yg nak bernikah akan diberi kesenangan rezeki.. Insyaallah.. janji Allah tu pasti..

  9. kita hanya mampu merancang tp kita x mampu mengjangka msa depan…tu semua urusan Dia…kita x payah buat smua tu…apa yg perlu , buat yg terbaik n buktikan pada org lain korang mampu bsama2 bina masa depan yg baik…kjyaan bkn terletak pada kerjya n kesenngan…terletak pada kluaga bhgia…bkn nye xde kes laki keje hebat x curang x bg nafkah bla bla bla…ok? bg dia modal..berniaga kecik2 sbgai prmulaan.insyaallah.gud luck utk kalian.
    nota kaki : tmpat sy kerja dlu ramai je perepuan keje lagi bgus..lg jauhhhhh tinggi gred dri suami…cnth , dr pakar vs atenden spital..ok ? jgn risau.gud luck n smga berbhgia ke syurga ☺☺

  10. Inshaa Allah dia jodoh yg terbaik buat awk. Istikharah la lg kalau xyakin gak. Tp berdasarkan cerita, mmg gitula. Yakin saja.. biasala syaitanirojim org nak bina masjid mcm2 dia hasut..ujian fasa pertunangan. Rileks je sis. Rezeki ada je. Kena yakin dgn Allah. Pekerjaan tu asbab je Allah nk bg rezeki. Tp ada 12 sebab lain punca Allah bagi rezeki. Cuba check blk dkt post Ustaz Iqbal Zain. Nak paste kat sni panjang lak

    • 13 PERKARA PUNCA REZEKI

      1) TAQWA – barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezki dari jalan yang tak disangka-sangka

      2) TAWAKKAL – surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan dia

      3) SOLAT – “kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki”

      4) SEDEKAH – Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)

      5) ISTIGHFAR – sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan

      6) SYUKUR – kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih

      7) SILATURRAHIM – mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

      8) TUNTUT ILMU – barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

      9) NIKAH – cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

      10) DAKWAH – asbab terbesar rezeki…kisah para nabi

      11) TILAWAH QURAN -kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya

      12) ZIKIR PAGI PETANG – ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu

      13) PEKERJAAN- berusaha di atas asbab

      Perkara 1-12 terdapat perintah & jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

      Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH…dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung..tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak…

      NAMUN BUKAN BERMAKSUD TIDAK BEKERJA & USAHA…Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahwa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung(al-Jumuah:10)…dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah.

      Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1-12.

      SILA SHARE DAN SEBARKAN

  11. ko akan rugi kak klu lepaskan dia. Rezeki Allah yg bagi so x payah risau..asal dya rajin berusaha & the rest leave it to Allah..paling penting klu dya amal agama & sebelum kawin suruh keluar 40 hari dlu..jadi ada jgak baca Ta’lim di rumah nanti

  12. tp kalau ase xmampu n tkt termkn hasutan dr awal.. baik jauhkan diri.. bkn apa..dlm islam pon kena cr bab sekufu dlm segala segi.. sbb nnti kmudian hr isteri timbul rasa kurg hormat kpada suami sbb merasakan gaji atau taraf pendidikan lbh tgi.. mula2 mmg cinta itu buta.. maafla.. sy cuma smpaikan apa yg sy dgr dr ustazah sy masa belajar bab perkahwinan

  13. Ni biasala kerja2 syaitan menimbulkan was2 ni…jgn termakan hasutan ok. Masa bertunang ni masa dugaan paling besar tau…mcm2 perasaan ble dtg tetiba, nak2 lg bl masa nikah makin dekat. Itu semua hanya permainan syaitan nak merosakkan perkara baik yg korang nak lakukan (nikah). Klu awak rosakkan last2 minit termakan hasutan semua tu, belum tentu di masa akan dtg awak akan jumpa org sebaik tunang awak sekarang. Byk2 berdoa n positifkn diri ye. Semoga selamat dipermudahkan urusan awak. Amin.

  14. Duit bukan segala2nya tapi segala2nya.perlukan duit..islam mengajar kita zuhud tapi syaitan suka kita serabut. Pandangan saya bukak ikim/youtube dgr ceramah prof muhaya gerenti x serabut..sbb dia pakar inspirasi idola rakyat malaysia

  15. Jgn dgr apa org ckp. Amik sebagai nasihat but always believe your instinct. Be confident. Kena sentiasa sokong satu sama lain. Duit akan dtg kemudian kalau satu sama lain sentiasa bersefahaman dan support each other.

  16. Tengok gaya tunang kau tu jenis bertanggungjwab. Kira alhamdulillah dpt yg jenis bertanggungjwb. Allah dh menjanjikan rezeki kpd setiap pasangan yg berkahwin asalkan usaha bekerja.

  17. sy dlu pn cam sis gak tp sy yakin rzki tu Allah pnye.kalo usaha tu ada innsyaallah, Dia akan permudah semua. Tapi sis kne bersedia cukup2. mmg btl ape org ckp, 5 thn pertama tu mmg akan diuji terutama kewangan..pape pon, dun worry..yakin dan percaya pd Allah..

  18. Nk mndirikn masjid ni mmg byk cabaran nye,,lebih2 setan,dorang mmg xsuke umat Muhamad btambah,,jadi jgn la dgar ckp2 atau hasutan shaitoonnn ni,, ^_^

  19. Yang penting dia ada wawasan..bukan angan2..rajin usaha..bukan sembng kencang…awak dh kenal dia lama..dah tau baik buruk…mulakan hidup baru dgn perbaiki diri..sentiasa bermesyuarah..berbincng
    Orang lelaki kepantangan dia klau perempuan mngungkit2 psl duit
    Klau rasa awak x kuat…jgn terlalu memberi…berkongsi x salah..tp kena rancng % utk saving & emergency
    Berkhwin utk saling lengkap melengkapi..kita kan manusia yg x sempurna
    Sama2 tegur & saling ingt mengingati
    Insha Allah..fikir yg baik2..doakan yg baik2
    Perempuan pandai ni mmng biasa brjodoh lelaki kelas hujung…aturan Allah..hanya Dia yg tau apa yg terbaik..gud luck sis
    Mama Adam Luqman

  20. Seeloknya jodoh biar anak yang tentukan.selagi baik, mak ayah tak boleh la senang-senang tolak.

    Dan jodoh sebaiknya sekufu, tetapi kalau boleh terima.tak ada masalah.

  21. Duit bukanlah segala-galanya.tetapi hari ini, duit adalah segala-galanya.

    Namun, hakikat yang sebenarnya.duit bukan segala-galanya.

    Hati kalau dah senang, rumah seadanya pun okay dah.tengok sahaja nabi kita bagaimana keadaannya.

  22. Kalau byk duit, kerja elok, prangai mcm setan tak guna jugak. Yg penting dia bertanggungjwb n pandai cari duit nak tanggung akak nanti. Kira okay dah tu.

  23. Klw time awk susah dy bole tolong, why not time dy susah awk pulak y tolong. Tpi klw btol dy nk cri keje/bniaga lpas ikot awk, better suruh dy buat b4 majlis.at least awk pasti dy dah bkerja klw awk was2.

  24. Kau ni terlebih concern akan stigma masyarakat. Thats the main problem. Kalau dia bole support kau dulu takkan kau tak bole support dia plak. Bukan aku suruh kau tanggung hidup dia tapi sama sama kerah idea cari solusi n always give him moral support. Marriage is about give n take. Kau yg nak kahwin. Toksah sibuk dengar cakap orang.

  25. Punca rezeki tu dari suami yang baik dan isteri yang taat … Redhakan segala kerana Allah .. ingat Allah senantiasa dan selalu ikut sunnah nabi … tanggungjawab suami dan isteri perlu dipelajari … si suami wajib menjaga keperluan isteri dan keluarga dan isteri menjaga maruah dan anak2 untuk suami itu yang rasul ajar. Adik jangan keliru mesti direnung dengan iman dan minta Allah beri petunjuk selalu.

  26. Mulut2 yg bercakap tu ujian buat kamu..xyah la peduli sgt ngan dorg tu,kamu yg lebih kenal n tau tunang kamu..kamu nk buat perkara baik,Allah pasti permudahkan..InshaaAllah

  27. fikirkan perkara-perkara positif tentang tunang cik tu. kalau 10 tahun kawan tentu banyak perkara positif. pekakkan telinga bila dengan mak-mak jin tu, lagi bagus angkat akai

  28. Pada pandangan saya.. saya faham kerisauan ayah awak. Ayah awak risaukan awak dan tunang yg tidak sekufu.. bukan mksd saya untuk merendahkan2 tunang awak. Tidak.. tetapi islam sgt2 menganjurkan untuk kita mencari pasangan yg sekufu dgn kita baik dr segi pelajaran, cara pemikiran, pgaulan, cara kita dibesarkan dan sebagainya. Reason kenapa agama menyarankan kita untk bkahwin dgn pasangan yg sekufu ialah supaya tdk blaku masalah dlm rmhtangga di kemudian hari. Contohnya byk tjadi perempuan zaman skrg lbih berjaya dan punya kerjaya. Gaji lbh besar dr suami. Setahun dua masih boleh btahan. Tp semakin lama dgn bbgai tanggungan dan komitmen kita akan mengungkit2 kelemahan suami yg tak mampu dr segi kewangan dr segi pemberian nafkah, brg2 dapur, keperluan anak2 dan sebagainya. Dan saudari harus ingat, kita kena taat pada suami wpun gajinya kecil. itu tdk beri kita lesen untk melawan suami. Kita bdosa. Itulah yg berlaku mutakhir ini. Pada pendapat saya yg daif ini, jurang antara saudari agak jauh dgn tunang. Saudari graduated from law school dan tunang puan seorang security. Sekali lg sy ingin tegaskan.. sy tdk memandang rendah kepada pekerjaan sekuriti atau tunang puan.. tetapi puan haruslah mencari pasangan yg bkelulusan spt saudari atau lebih tggi tarafnya dr saudari. Sekufu ini antara lainya untuk mengelakkan kebosanan diantara pasangan. Takut nanti bila kita nak bsembang2 perkara yg ilmiah atau btukar2 fikiran, pasangan kita xtau nak beri komen ape kerana cara pemikiran kita dan pasangan yg tdk sama.. nasihat saya, saudari bykkn bdoa dan mohon mnta allah beri petunjuk.. saya doakan yg baik2 sahaja untk saudari.

    • Sekufu bukan lah perkara wajib. Andai kata pihak wanita rela dan redha, ianya dibenarkan. Lgpn mtlamat utama adlh utk berkahwin. Adalah tdk cerdik pd pndangan sy nk putuskn hbngn 10thn semata2 mengejar fktor sekufu. Lain la lakinya tu xelok ke, xserius ke. Jgn hiraukan pndngn serong msyrkat. Sy sndri dh tgk byk fmly yg brlainan sekufu yg hidupnya bhgia walhal yg kononnya sekufu plak mcm2 problem. pucuk pgkal diri sndri. Asalkn msing2 tau peranan dan tgjwb msing2, insyaAllah. Sy doakan yg trbaik utk penulis

    • Saya tidak menyuruh confessor untk memutuskan hubungan tersebut. Saya juga tdk tulis begitu. Saya memberi pendapat bahawa mgkn itulah yg ayah kepada confessor itu risaukan. yang saya unjurkan kepada confessor ialah bykkn bdoa meminta allah beri guidance. Apa2 pun itu semua bbalik pada allah.

    • kalau ikut kelulusan baru kira sekufu, ramailah andartu nanti. ramai wanita dalam universiti sekarang. apa yang penting, isteri hormat dan cintakan suami. saya ada ijazah, suami saya ada sijil – kami dah kawin hampir 10 tahun, sebelum tu dah couple 5 tahun dari saya belajar lagi. alhamdulillah takde masalah

    • Allh boleh tarik sekelip mate je..kelebihan dia bagi…gaji mahal ke x mahal dari cik suami..isteri kene phm dan dah nama suami isteri susah senag mesti bersama.susah la klu gaji mahal jd x sekufu.

    • Sy bersetuju dgn komen ummu habibah….tak semua org kisah psl sekufu atau tak…tp dlm kisH confessor ni dia mcm was2 n termakan ngan hasutan org psl tunang dia…jd jln terbaik utk confessor ni suh tunang dia belajar bisnes ngan keluarga n bekerja sendiri bile dah bsedia… dgn moral support n modal dr confessor insyaallah bakal suami confessor bolehmaju dlm bisnes

    • Dgn sekelip mata je Allah boleh tarik rezeki confessor dan melipat ganda rezki bakal suami dia bile dah berkahwin nti.. time tu maybe org spt bakal tunang dia ni jela yg akn tgg isteri.. skrg ni keje O&G dlm bhy.. byk kna buang keje dek krn harga nyk dunia..

  29. sy pensyarah dan dulu suami opisboi jek..sekarang sy masih lg pensyarah dan suami, mr.mama..uruskan smuanya termasuk jaga anak2 3 org..alhamdulillah rezki sentiasa ada wlpun xsemewah org lain..org sekeliling bleh bercakap dgn apa yg diorg nmpk jek dan mmg akan sentiasa berckp..aa jek yg xkena kt mata diorg..tolg ye dak pun..yg penting persefahaman dan kepercayaan antara suami isteri..sentiasa memberi semangat antara satu sama lain..jgn peduli kata org..mulut org ni mcm pungkoq ayam,xhenti2 menguitnya.. :)

  30. Lebih kurg la dgn kte la. Ikutkan pelajaran tu, mmg ade beza, tapi laki ni magic bab carik and gune duit. Duit gaji dia pon, dia amek yg dia nk pkai je. Duit lebih dia yg suh kte smpan >1k tiap2 bln. Mak ayah dl pon mcm suh crik yg same2 blaja u tp bile da tgk mcm mne tunang syg and jage kte, btol2 hati dorg tbuka and skrg jd kesayangan pulak tnpa fikir tahap mne pelajaran yg dorg sibuk risaukan dlu. Alhamdulillah. Jgn dgr ckp org. Kte yg nk hdup dgn dia, bkn org laen. Cukup dia phm tggjwb dia and laksanakan, itu yg terbaek. Jgn berangan2 mat jenin nk si lelaki layankan kte mcm puteri raja. Itu semua fantasi. Lgpun kte pon ade duit sniri, so bole je gune duit kte as long as dia x abaikan nafkah sbg seorg suami, itu da sgt2 lebih dr ckup. Kalau dpt suami yg stabil tu, bonus. Tp dlm hdup brumahtgga nnt, realiti tu xsmudah yg kte sangka. Yg kaya xselamanya kaya. Yg mskin xselamanya mskin. Yg derita xselamanya mmderita. Yg pntg yakin and redha dgn stiap jln yg dilalui. Tetapkan hati, biarkan mase yg tentukan sgalanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *