Assalamualaikum,
Kalau korang baca tajuk tu pun,mesti korang dah tau kan yang aku ni mesti ada jerawat.Aku anggap yang jerawat ni sebagai ujian.Kalau korang pernah baca,Allah takkan beri ujian kat seseorang melainkan dia mampu untuk menghadapinya kan?
Tapi aku sebagai manusia yang tak sempurna,still akan sedih jugak bila orang sekeliling asyik bertanya pasal jerawat aku ni. Contonhya,"eh,kenapa jerawat banyak ni?". Aku tak tahu nak jawab apa sebab aku pun tak tahu jawapannya. Cuma jawapan klise yang aku selalu bagi macam mungkin sebab nak period atau stress nak exam. Lagi satu,lepas selalu dapat jawapan klise dari aku,diaorang akan cakap "asyik2 sebab yang sama". Sedih aku.jerawat tumbuh bukan sesuatu benda yang kita boleh kawal tau dan kita pun tak pasti apa sebabnya.
Aku bukannya tak ada usaha nak hilangkan jerawat dan parut kat muka aku ni. Macam2 aku cuba pakai. Hampir semua produk kat watson ke guardian ke aku dah cuba tapi tak berkesan. Sekarang supplement pulak. Aku pun ada makan tapi kesannya belum lagi dapat nyahkan jerawat dari muka aku.
Siapa tak nak muka licin bebas jerawat,parut semua tu. Aku nak sangat tapi Allah still nak uji aku. Aku akan terus mencuba cuma aku sedih bila orang tak paham perasaan orang yang ada jerawat macam aku ni. Hanya Allah je yang boleh sembuhkan dengan izin-Nya.
Aku cuma harap orang sekeliling tak pandang hina kat orang yang ada jerawat macam aku ni sebab kitaorang pun ada perasaan jugak. Apa yang aku selalu pikir bila orang lain bertanya pasal jerawat aku ni hanyalah "ini ujian aku".
Aku tahu semua sukakan kecantikan,aku pun sama cuma aku masih belom dapat keizinan dari Allah untuk ada kulit yang bebas jerawat. So korang aku mintak sangat kalau korang tak suka pon orang yang ada jerawat ni,tolongla jangan bertanya dengan niat nak perlekehkan orang tu,tapi kalau niat nak membantu. Itu okey. Aku tahu bezakan siapa yang tanya sebab dia nak bantu atau sebaliknya.
Itu sahaja confession aku,harap admin boleh postkan.Terima kasih.
– semoga di izinkan Allah. Doakan aku ye.