“Kau ahli neraka jahanam!”

Saya memang suka sangat baca confessions iium ni tapi tak pernah pulak terfikir nak tulis apa-apa sampaila saya terbaca satu komen di fb. Saya harap admin bole approve confession saya ni. Citenya macamni. Saya seorang perempuan. Tapi dulu saya pernah terlupa yang saya ni perempuan. Sebab ada beradik saya ramai yang lelaki. Kakak yang sulung dan saya saja yang perempuan. Kakak sulung pulak tua 14 tahun dari saya jadi jarak umur tu buatkan saya tak rapat dengan dia. Saya lebih banyak habiskan masa dengan abang-abang sampai saya terlupa saya perempuan. Jadi seawal umur 5 tahun lagi saya dah ada perasaan suka jadi lelaki dan tak suka jadi perempuan. Saya selalu persoalkan anggota badan saya yang lain daripada abang-abang saya. Tapi bila dah baligh tu da sedar diri dah la. Umur 12 tahun saya da mula pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna. Tapi dalam hati saya dan naluri saya hanya saya sahaja yang tahu yang saya lebih cenderung untuk menjadi lelaki daripada perempuan. Saya tahu memang salah dan berdosa ada perasaan macamni tapi itula ujian Allah untuk saya. Jadi saya cuba untuk benamkan perasaan tu jauh dalam diri saya supaya takkan timbul dah.

At first everything was alright sampaila saya masuk sekolah menengah yang perempuan semua. Mak dan ayah saya suka sangat masa tu saya dapat sekolah perempuan sebab masa sekolah rendah rapat sgt dengan budak lelaki, dekat rumah pulak dengan abang-abang. Nak jadi apa anak perempuan dia ni? Tapi tulah..bila masuk sekolah perempuan mula-mula ok je sampai la ada senior yang macam ala-ala lesbian sikit datang approach saya. Berkawan dengan si senior ni buatkan naluri lelaki saya tu keluar semula. Saya takut sangat masa tu sebenarnya sebab saya takut saya tak dapat kawal naluri tu. Jadi saya putuskan untul tak berkawan lagi dengan dia dan jauhkan diri. Kemudian masa di tingkatan 3 saya ada seorang kawan baik yang memang rapat sangat dengan saya. Saya share semua cerita dengan dia kecuali pasal naluri saya tu. Saya panggil dia Faz. Berkawan dengan dia ni buatkan saya rasa macam perempuan normal. Dia sempoi je tapi tak gedik tak mengada. Jadi saya banyak cuba ikut gaya dia supaya dapat jadi perempuan sejati la harapnya. Tapi entah macamna persahabatan tu akhirnya jadi lain. Saya dan Faz ada perasaan yang tak seharusnya ada dalam hati kami. Jadi bermula dari tingkatan 3 kami berhubungan macam couple. Kami pandai sorokkan dari orang lain. Tak ada sesiapa pun yang tahu sebab dari luaran kami berdua nampak macam perempuan islam yang baik dengan bertudung bagai. Saya tahu Allah tahu dan saya rasa takut mulanya tapi lama kelamaan bila dah lama dalam dosa hati jadi kering dan terbiasa dah. Terus terang sekarang bila ingat kembali saya rasa malu dan sedih sangat.

Hubungan tu berlanjutan sampailah kami di universiti. Masing-masing dapat universiti yang lain tapi kami kerap berjumpa. Sampaila satu hari saya luahkan yang saya da tak boleh nak berhubungan macamtu lagi. Bila berada jauh dengan dia baru saya sedar benda ni pelik dan baru nak rasa berdosa yang amat. Saya lega bila dia pun cakap benda yang sama. Rupa-rupanya kami berdua sama-sama rasa macamtu. Allahuakhbar. Kami sama2 menangis sebab akhirnya kami dapat keluar jugak daripada jalan tu. Tapi tipulah kalau terus ok je lepastu kan. Kami cuba tak berhubung sangat. Dan dalam tempoh tu saya perbaiki ibadah saya dan cuba untuk jadi muslimah yang baik. Banyak kali saya menangis dalam doa pada Allah kerana tewas dengan perasaan sendiri bila saya rindu pada masa hitam saya. Tapi hikmahnya bila kita mengadu pada Allah, Allah tidak membuang kita dan judge kita macam manusia. Tapi Allah dekatkan hati kita padaNya dan perlahan-lahan Allah bimbing hati kita ke arahNya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sekarang dah 4 tahun pun saya berubah dan saya pun dah kahwin dan baru je dapat seorang anak. Faz pun dah kahwin lebih awal dari saya cuma masih belum ada rezeki anak lagi. Kami masih berkawan baik sehingga sekarang.

Saya bukan hantar confession ni semata-mata untuk confess. Saya terbuka hati untuk ceritakan kisah ini sebab saya terbaca satu komen di fb kawan saya. Kawan saya ni pengkid dari sekolah lagi. Dan dia memang openly mengaku dia lesbian. Tapi tu bukan alasan untuk saya tak berkawan dengan dia sbb despite all that she is a good and reliable friend to me. Baru-baru ni dia banyak post pasal hal-hal islamik. Banyak kawan yang menyokong tapi ada satu manusia ni tinggalkan komen "Kau ahli neraka jahanam! Kau pikir post2 camni bole bagi tempat kau kt syurga la??" Tak tahula apa masalah dia dengan orang tu sampai orang tu tinggal komen camtu. But still, orang nak berubah kot kau cakap benda macamtu pulak. Masyarakat kita terlalu suka judge dan jatuhkan hukum pada orang lain. Saya antara orang yang pernah jadi lesbian dan saya tahu macam mana susahnya nak berubah dan nak buang naluri lelaki tu dari dalam diri. Kalau tak kerana tudung yang ada atas kepala dan solat yang saya jaga walaupun ketika saya masih belum berubah, saya rasa sekarang saya da totally jadi lelaki trans dah.

Mungkin akan ada yang kata pakai tudung tapi buat dosa macam nak mainkan agama je. Tapi anda tak tahu kerana tudung yang saya pakai tu la saya masih ingat yang saya seorang islam. Saya masih ingat yang Allah itu ada. Saya masih ingat dosa dan pahala. Dan sepanjang saya dalam keadaan berdosa tu jugak saya tak pernah lepas dari berdoa supaya Allah beri saya kekuatan dan bimbing saya ke jalan yang benar kembali. Itu adalah ujian untuk saya. Saya terima ujian itu dan saya pernah gagal. Tapi saya takkan berhenti berusaha untuk lulus ujian ini dengan bantuan Allah. Ramai lagi orang yang sedang berperang seperti saya dahulu diluar sana. Anda janganlah jadi diantara orang yang menyebabkan mereka putus asa dan semakin berpaling hati dari jalan Allah hanya kerana anda merasa anda cukup maksum untuk menghukum dan menghina orang lain. Dunia ini adalah tempat ujian untuk ke syurga atau ke neraka. Jangan disebabkan kata-kata jahat anda yang membantutkan niat seseorang untuk bertaubat, anda menutup peluang anda even untuk nak cium bau syurga sekalipun.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Jangan berputus harap untuk mendapatkan pengampunan Allah. Tak ada satu pun makhluknya yang boleh ambil tempatNya untuk menjadi Yang Maha Pengampun atau Maha Penghukum.
    Mereka yang jenis ‘meneraka-kan’ orang lain pun, belum tentu tempatnya di syurga.

  2. Bnyk2 cnfess kt sni.. cnfessions ni la yg pling positif n tbaik pnah sy bca… tahniah cnfssr.. mglakkn org lain sntiasa bsgka baik pd Allah…

  3. Jadikan setiap teguran yg kasar itu cabaran utk kita berubah. Misalnya, kau layak ke syurga? Anggap itu teguran Allah, anggap baik dan kita baiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *