Sila guna common sense

Assalamualaikum. Saya tengah marah semarah marahnya. Nak tahu sebab apa? sebab orang Malaysia ni tak ada commen sense. Especially those yg berhenti kat R&R. (Tadi berhenti kat tapah, masyaallah, ramai sgt, pening doh).

1. Awak jalan macam jalan kat atas pentas fashion show. Lambat. pastu duduk lorong tengah. Makcik2 pakcik2, kami yg nak cepat ni terpaksa duk ikut pakcik makcik ni. Lebih2 lagi yg satu family jalan mcm makan angin. Der, saya nak rushing pun jadi lambat. Ye, sebab manusia mcm species makcik pakcik ni. Tolonglah, nak jalan makan angin pun duk line tepi, bukan jalan tengah pathway tu ye.

2. Alhamdulilah, tadi solat kat R&R tapah, ramai orang solat. Syukur. Tapi awak lepas solat awak duduk lelama kat atas sejadah. lipat telekung la. Mekap la. ckp2 dgn makcik sebelah la. dei, awak tak ada commen sense la, ramai kot dok tunggu giliran nak sembahyang. Kot ye pun nak wirid, wirid pendek cukup. Pentingkan hak orang lain nak solat jugak. Kalau nak sbahyang lelama, boleh, tapi awak solat la time org tak ramai. Pakai tudung pun kat tempat org solat. Sakit kot jiwa raga tggu korang mekap lipat telekung dan etc.

3. Beratur. Adoi. Satu lagi masalah orang malaysia. Mungkin time sekolah tak diajar discipline mengenai beratur. Saya dah elok beratur panjang awak datang potong. Kalau minta izin tak pe, ni tak, potong sesuka hati. Allah. memang awak sorang je ada perut usus nak kencing berak, makan etc. Tolong la jgn pentingkan diri sendiri. Ada jugak yg guna kabel, ada kawan dia dah beratur minta tolong kawan belikan. Awak tak rasa awak kejam ke. Kalau ramai org malaysia mcm awak, saya rasa saya bakar R&R tu. haha. Alhamdulilah masih ada iman dihati.

Saya harap dgn apa yg saya share ni sedikit sebanyak dpt tukar behavior malaysian yg dah lama saya perhatikan ni, yg menyakitkan hati. Bangsa yg maju adalah bangsa yg pandai jaga tingkahlaku. Ayuh malaysia, mari berubah.

– Cik coklat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Marah sangat ni common sense jadi commen sense.

    Pasal makcik pakcik jalan lambat. Selama aku tengok mak aku jalan, makin meningkat umur makin lambat. So, kita kena faham la. Nama pun pakcik makcik. Common sense jugak kan? And, cik boleh je cakap “excuse me…” or “tumpang lalu…” easy right?

    Same goes to point no. 2. Boleh je “excuse me…” or “dah ke? Sy nak pakai sejadah sekarang boleh?”. Ok, no. 3 tak boleh komen sebab aku akui.

    Actually, kau sendiri kena develop common sense dalam diri kau. Benda simple.

    • yg makcik pakcik jln lambat brapa org je, kita fhm faktor umur. tp yg gramnya ramai yg muda mudi ni. nak2 yg pmpuan dok lenggang lenggok tayang bontot. pastu dok tgh2 jln main nset bagai, then gelak2. hape ingt nk tgk sgt muka ko yg xbrapa tu. dok tayang body tgh2 jln apa hal. yg ni mmg menyirap. langgar baru tau???

  2. Kenyataan.wlwpun pedih.tp tu la rkyat malaysia.Mmg selalu terkena.blom lg bile nk bli Mkn.x bole ke decide dulu?ni da sampai kaunter,baru terhegeh2 nk pilih lauk..Nk bli air lg…Pergh……Mmg baran dpt spesis sengal ni.

  3. Bab jalan lambat tu aku boleh timbang rasa lagi. Bab solat terhegeh2 tu aku pun tak suka n rasa panas hati. Org tgu kau bukan saja2 tgu eh.. tlg prihatin ye akak2. Bab ptong que tu mmg habit org malaysia. Tlg jaga kan lah tlg tgk kan semua nak org tlg.. tampo kang haaa

  4. Tak susah pun nak cakap ‘tumpang lalu’ kat org. Org pun ada common sense lah nak bagi laluan kat ko. Tapi ko jgn lupa pulak lagi satu common sense, cakap terima kasih bila dah diberi laluan. Takyah nak buat muka ke apa. Kita ni kena belajar jadi tenang. Cubalah faham sikit situasi.

    Tapi bab toilet tu, tegur lah baik-baik, sy beratur sini dulu kak, akak beratur lah belakang sy. Kalau aku pun kena potong line, boleh mendatangkan amukan jugak kan.

  5. sorry to say, but we can’t change what malaysian have lived in for years, nothing can do, nothing can change… yeah people would say, “ala sorang mula dulu nnti yang lain akan ikut, lama2 akan jadi budaya…” well sorry to say again, malaysian are simply will pandang pelik to those yang cuba buat bende yang suppose to be baik but bagi mereka menyusahkan then at the end, they dont want to do it….. welcome to malaysia…

  6. No 1 tu.. biasalah.. dulu saya pun rasa geram tapi bila umur makin meningkat, saya lebih banyak cuba untuk faham condition org lain sebelum melenting.. kalau yg tua2, sebab diorang dah tak kuat macam org muda.. kalau yg muda, manalah dia tahu kita nak cepat.. haha.. solusi dia mudah aje, tepuk bahu (kalau sejantina) n cakap, makcik.. tumpang lalu ya… terima kasih.. tuje :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *