Assalamualaikum. Lately ni banyak kali aku terbaca luahan mengenai orang gemuk etc. Sedih aku. Bukannya apa, aku memahami nasib golongan yang macam ni sebab aku ni Allah S.W.T jadikan pakej hitam+gemuk+rendah+muka banyak jerawat. Yep, memang sadis. Bayangkan adik beradik aku semua dapat genetik baik baik, makan banyak tak gemuk+kulit putih+dahi licin.
Sampaikan ada saudara aku yang terang terang tanya depan batang hidung aku kenapa aku sorang je yang lain. Bila ambil gambar famili pun boleh nampak aku sorang je macam pelik…sobsob. Level paling keji yang pernah aku hadap, pakcik aku tak bagi duit raya dekat aku tapi bagi dekat abang aku sebab ingt aku ni anak pertama yang dah kerja, padahal aku tingkatan 3 kot mase tu, terguris hati aku mase tu, nasib baik duit raya dia bagi tak banyak..kah!.
Lama jugak aku pendam perasaan aku, maklumlah mase tu mana ada page confession macam gini ye dak. Lepas aku habis belajar alhamdulillah aku dapat offer kerja, seminggu selepas aku submit report fyp aku. Nampak tak Tuhan tu maha adil, Dia tahu kau tak mampu jadi model shawl belit belit sementara dapat kerja, Dia terus hulur rezeki lagi besar dekat kau, kau je yang kerek dengan Dia.
So, dari sini la turning point aku. No, aku tak inject muka aku and no, aku tak seksa diri aku tak makan semata mata nak dapatkan perhatian abam engineer meja depan. Tapi aku mula belajar untuk sayang diri aku. Bila kau mula kerja, pressure dia lain macam betul compare dengan masa kau belajar. Jadi, untuk survive (alhamdulillah, dah 3 tahun aku kerja) aku perlu motivate diri aku sendiri. Aku bagi kredit dekat diri sendiri bila aku achieve something. Bila bangun pagi aku akan cakap benda baik baik pasal diri aku depan cermin. Bila hari hari aku buat macam tu, lama lama timbul self confident yang selama ni segan segan je nak keluar.
Serius. Aku mula tak kesah orang nak cakap apa. Orang kutuk kutuk aku pun pedulik apa aku. Orang tanya bila nak kahwin pun aku buat donno je, macam la aku takde mak bapak untuk aku curahkan kasih sayang. So untuk sistur sistur sekalian, pedulik apa kau gemuk hitam pendek muka jerawat bagai, asalkan kau sihat, dan pandai jaga diri and maruah famili kau.
Btw sebelum aku berhenti, aku nak share sikit lah. Baru baru ni aku tak tau macam mane aku yang lemak dah sebati ni boleh lost weight secara drastik, tulang belulang aku semua boleh nampak dah, dapat lah aku kira tulang rusuk aku yang selama ni aku tak pernah nampak tu. Cemas jugak aku sekejap, takut2 aku ada bulimia or anorexia tanpa aku sedar…kahkah. Dapat la merasa selim di pagi raya, tapi part tak bestnya baju dengan seluar aku semua longgar. Jeans kerja aku bebanyak tak boleh pakai wei, kena pakai belt lilit 1.5 kali pinggang. Tragis betul. Dah la bila terlanggar meja sakit gila sebab takda lemak menghalang. Tak paham aku kenapa orang nak jadi kurus kering ni, bmi normal dah ok la tu. Tapi takpe aku ada banyak open house ni, nanti normal lah tu balik.
Aku harap sistur sistur yang down sebab takde siapa yang nak tu mampu kembali ceria dan konfiden bila baca confession aku ni walaupun lagi banyak merapu daripada isi penting. Apa pun kita kena ingat, Allah dah jadikan kita sempurna, jadi kita kena bersyukur kan :) . Love yourself bebeh.
– Dodol
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Lost weight drastically ni bahaya sbb takut indication ada something wrong with your health. Unless if you were on diet.