Kepandaian Yang Dipandang.

Assalammualaikum semua.. saya menulis di sini hanya sekadar untuk meluahkan rasa hati. Luahan yang mungkin dianggap cliche tapi inilah kenyataannya.

''Pandainya kau..'', ''Sepupu aku ni memang pandai'', ''Ina (bukan nama sebenar) bagusnya anak kau.'' Hahaha.. bestkan dengar pujian-pujian macam tu dari sedara mara? Sayangnya, pujian-pujian tu bukan ditujukan untuk aku lah. Itu semua ditujukan untuk sepupu aku yang sama baya. Nama dia Anna (bukan nama sebenar). Apa perasaan kau apabila kau duduk bersebelahan tapi semua sedara mara hanya nampak Anna seorang?

Kadang-kadang saya sedar, keadaan keluarga saya yang bukan dari kalangan berada. Tidaklah selawa mana, tidaklah pandai mana juga, namun saya tetap bersyukur. Cuma kadangkala tertanya juga, mengapa sering berlaku ketidakadilan pada diri saya? Saya tahu, mesti ramai yang akan jawab 'manusia, biasalah tu.' 'bukan kau seorang saja yang alami perkara tu.' Iya saya tahu, tapi ketidakadilan yang saya maksudkan itu adalah dari segi pandangan saudara-mara saya.

Pandangan mereka itu buat saya tertekan. Saya sedih melihat mak saya menangis apabila balik dari kampung kalau ada kenduri ke, apa-apa majlis ke.. Apa yang buat saya sedih tengok mak nangis? Apabila mak minta, merayu supaya saya berlajar pandai-pandai, masuk universiti, kerja yang baik-baik.. supaya mata saudara-mara saya terbuka dan tidak memandang rendah dekat kami sekeluarga memandangkan saya anak sulung. Tahu tak bagaimana luluhnya perasaan saya ni?

Orang akan kata, anggap itu sebagai cabaran namun permulaannya saya tidaklah sepandai mana pun. Tak mampu kalahkan Anna pun dalam peperiksaan penting seperti UPSR, PMR. Saya tertekan. Saya tak yakin dengan diri saya. Saya sendiri berada dalam kelas pertengahan. Kelas yang orang anggap, baguslah kalau lepas, tapi nak buat macam mana kalau tak lepas, tiada rezeki.

Selain dari tekanan keluarga, saya takut dengan pandangan orang luar. Rakan-rakan, kawan-kawan ayah, kawan-kawan mak. Saya takut gagal tapi dalam masa yang sama saya taknak buat mak ayah kecewa. Saya berusaha belajar. Bangun pukul tiga pagi untuk ulangkaji tapi akhirnya menangis seorang diri sebab tak tahu macam nak buat soalan tu.

Saya selalu mengelak dari balik kampung. Saya taknak balik sana. Mereka semua saudara-mara yang suka menghakimi kami sekeluarga. Kenapa? Kerana kami tiada duit! Saya tak pandai! Kalau saya balik sana pun, bukannya saya akan dilayan. Saya hanya berdiam diri. Bayangkanlah, kalian duduk beramai-ramai, gelak ketawa sama-sama tapi hanya kau seorang yang disisihkan.

Disebabkan itu, saya cuba untuk ubah nasib keluarga saya. Alhamdullillah, keputusan SPM saya memberansangkan walaupun tak sebaik keputusan Anna. Kalian rasa saya dibanding-bandingkan dengan Anna tak? Haha, mestilah. Dipendekkan cerita, saya diterima masuk ke universiti.

Kawan-kawan yang berada di sini semua jauh lebih pandai. Saya tak yakin langsung dengan diri saya. Mereka semua bersaing sesama mereka sedangkan saya bersaing dengan diri sendiri. Sehingga satu tahap, saya nak keluar dari sana. Saya rasa, saya tak layak berada di sana. Percaya atau tidak, saya menangis semasa melakukan presentation dalam bahasa inggeris kerana lidah saya kelu. Tak mampu nak berkata apa-apa.

Oleh itu, sekarang, saya takut dengan diri saya sendiri. Saya takut dengan kegagalan, saya takut dengan semua perkara. Ramai yang berkata, tidak semua orang itu kebijaksanaanya hanya boleh diukur dengan ujian atau peperiksaan. Jika begitu, kenapa begitu ramai yang mengukur kebijaksanaan itu berdasarkan keputusan peperiksaan? Kenapa ada sikap pilih kasih dalam keluarga? Mengapa yang berduit di pandang, yang tiada ditendang? Jawapannya? Manusia.. betul kan? Itu kan jawapannya

– AE

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. dont give up…first jgn fikir sgt perkataan negatif dr org lain..saya dulu pown bukan lah pandai..kalau kelas masa sek rendah..kelas last..upsr pown teruk..pmr lagi teruk..tapi spm naik..n keluarga saya pown bukan lah senang..tapi masa spm..saya fikir balik n muhasabah..kalau tak usaha ..apa akan jd pada aku nnti..alhamdulillah..skrg dah pown masuk u..n kdg2..saya compare diri saya..dgn kwn2 n adik berdik lain..ada yg dulu pandai..tapi skrg down..apa2 pown jgn give up..just belajar n belajar..saya pon tak pandai english..tapi ada semangat yg kuat dlm diri untuk cuba speaking..alhamdulillah skrg dah okey sikit..n hope u kuat kan semngt..yakin diri sendiri..kita boleh lalui semua ni..in sya allah allah bantu..

  2. apalah sgt nak diukur dari kepandaian? saya dulu masa UPSR tkde ‘A’..ada failed lagi, PMR..ada 3A je, SPM…dpt 2A je… sejak dari failed sekolah rendah…ramai jiran2, org kg pandang saya rendah… even sampai dpt kerja skrg pun org kata saya guna ‘cable’, padahal itu dari rezeki Allah…. tak pyh nak dgr ckp org sekeliling…just move on~ alhamdulillah dgn result saya tak berapa tu…saya smbg phd di antara universiti yg terbaik di malaysia, sambil jadi lecturer lagi…. tu pun org ckp, PHD saya tu pun guna cable~~ ahh persetankan lah kata2 diorg tu… ingat, result gempak, byk A sekali pun bkn bererti dpt kerja hebat&cemerlang…. yg penting mcm mana awk nak gunakan ilmu yg awk belajar di universiti tu&mcm mana awk bwk diri dlm kehidupan…

  3. tak yah nak peduli kata2 org. usaha utk diri sendiri dan keluarga.. yg lain belakang kira.. ingt ayat ni bila korang susah takde nyer org nak nolong.. baik lajo dan upgrade utk urself n fameli. orait bebeh… sy ni ada master pom bleh je keja dr bwh dr 7e, speedmart, popular bookstore( tp semua jd manager dan assist manager la), hr officer kat kilang.. patut ganti hr manager yg nak bersara tahun dpn.. tp somi dah suh benti pindah uae huhuhuhu jdlah suriumah bergaji…

  4. kpandaian tidak dpt mgukur kbijaksanaan sseorg..at the end.. org xpndg kpandaian dlm pbelnjaran..org pndg awk boleh bawa diri tak nnt dlm ksibukan dan kjahilan dunia.. example mber sy yg A xkisah bab blajar nih tp dia dh mlncong mcm2 negara income dia bribu riban.. mbr sy yg B ni dulu dia plg pndai tp kcundang ikot llaki.. huhuhuhu..
    ak pown dulu mcm awk jgak tp bila pikir2 balik .. xapa Allah bg ak rezeki result mcm tu tp Allah bg ak rezeki hidup yg xpenah ak bygkn .. ^_^ syukran ya Rab ^_^

  5. Mak sy punya cerita lebih kurang gini tp lagi dahsyat ‘kebodohan’nya. Well, tu yg dia selalu sebut sambil gelak2 kalau cerita waktu kecik.
    Kelas corot. Rambut tak bersikat comot. Bila cikgu marah, cikgu tu dimarahkan semula suruh bawak sikat utk dia *tepuk dahi*. Kat kelas asyik tidur je.
    Duit? Xde. Org miskin. Mak dah meninggal. Ayah mmg tak nak dia. Nenek yg bela.

    She’s now a professor at a local university. English dia pawerr.

    Mak selalu pesan bila buat sesuatu, dia ckp “kita buat dia, bukan dia buat kita. Buat sampai jadik. Kalau tak tahu, belajar”

    Cdngan sy..START BERNIAGA. Cemerlang mana pun si anna sepupu awak tu, abis study keje kuli jugak. Awak jgnnnn. Awak start berniaga something. Craft, dessert, baju, ANYTHING. Org berniaga je boleh kaya. Siyes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *