bakal madu dota

Salam. Aku nak mintak tolong sangat2 pada siapa yang ada pengalaman nikah dengan laki yg kuat main dota. Btw aku student uia. Dan bakal aku pun uia. InsyaAllah tahun depan majlis kami. Tapi yang aku musykil sekarang ni, pasal future aku dgn dia. Jujur aku sangat sayangkan dia tapi rasa was-was tu still aku tak dapat nak hilangkan. Dia setakat ni yang aku tahu, takde pun usaha nak buat saving untuk life after marriage. Or at least untuk majlis tu nnti. Tak pernah buat kerja part time. Yang aku tahu masa lapang dia dota dota dota. Cuti weekend dota. Cuti 2 minggu dota. Cuti sem 3 bulan pun dota je. Habiskan masa main dota. Bila aku tegur, dia cakap nanti lepas kahwin x dapat main dah, so biar la main puas2 dulu. Hmmm.

Pastu pasal kumpul duit semua tu, nak tunggu habis belajar dulu baru nak fokus cari duit. Sekarang ni, fokus belajar. Tapi masalahnye, time belajar pun dota. Hish geram aku.

Kalau aku halang dia main, ungkit yang dia tak halang pun minat aku, so knapa halang minat dia??sigh. Penat aku macam ni.

Aku bukan apa..aku tak nampak lagi usaha dia. Setakat ni yang aku nampak fokus dia kt dotaaa je. Kalau dah sampai macam tu addict kau main, boleh ke lepas dah nikah nanti kau berhenti macam tu je?aku rasa tak.

Awal2 dulu aku ok. Respect dota as hobi dia. Tapi makin aku kaji, dalam tengah dota tu kuat mencarut. Dah main tu tak ingat dunia dah. Tak tido pun takpe asalkan dpt main. Study makin kelaut. Aku nampak ada character perempuan dalam dota tu yang astaghfirulah. Hm. Paling aku sedih, masa untuk aku pun dah diganti dengan dota. Aku text yang sekali seminggu pun tak balas. Aku kol kene reject..marah aku punca dia lag. Hm. Entahla. Semua ni buat aku mikir nak teruskan hubungan ni atau tak.

Aku pernah baca, dota untuk sape yang single. Main dota, jadi single pun x kisah. Ggwp katanya. Dah tu knapa awal2 approach aku?kenapa bila dah buat aku sayang dia, dia ketepikan aku?ingat aku ni apa bila bosan layan bila 'busy' tolak suka hati??

Ok lah. Makin sakit hati aku type ni. Kat sini aku nak mintak pendapat pada yg ada pengalaman bersuamikan kaki dota. Dia layan kau ok tak walaupun dia still main dota lepas nikah?or sapa2 yang kaki dota tu, betul ke korang boleh tinggal macam tu je dota ni lepas dah kahwin?

Mohon jujur. Terima kasih.

– misspenat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,020 Comments

  1. lama2 hilang ler obses kpd games tu. masa stdy hampir semua llki main game. mcm sy dh kawen, laptop rosak pn malas dh nk baiki. apatah lg games berat mcm dota tu. tp games dlm fon still ada lg ler, cuma games kecik2. btw kesimpulannya hobi tu lama2 akan hilang gak. jgn die tukar hobi kpd melaram tgh mlm udah ler, tu lg bahaya

  2. Org kata dota ni mcm dadah jugak tp dadah versi ringan. Kalo ketagih parah, bkn senang2 nak stop tu. Sng cite, carilah laki yg bertanggungjawab, dapat game pon xabaikan kita. Ni kalo dpt game pon abaikan kt, sama jela tu lps kawin. Laki kalo bertanggungjwb, sblm kawin pon blh nampak dah. #suggestionje

  3. Dia main dota saje2 or bt duit.bkn nk ckp la sy ad kwn yg mmg taksub dota.xtdo mlm, bljr, assignment semua last min.tp dia bdk dekan la.kbykkn bdk2 dota ni dia bt duit guna dota.join ptandingan apa tah.mmg nmpk mcm blur je dorg ni.duit byk 2.kwn sy siap xpkai pinjaman pn.blh beli kete sndr lg 2.cuba la tny.mmg life dia ng games je tp pndai bt duit xad hal la kn

  4. Try jauhkn diri dari dia for a certain period of time. Kalau dia cari, mungkin ada harapan lagi utk bersama. Kalau x, anggap shja tiada jodoh. Its a matter of priority sbnrnya.

  5. Mostly, sebenarnya dulu pun saya ada ketagih dengan dota, seriusly game dota ni mcm berhantu la, sbb mmng boleh ketagih, x mcm game lain, tapi sekarang saya dh x ketagih dh, pandai2 la urus masa, kalau saya jdi awk, saya rasa awk oerlu nasihatkan tunang awk tu dulu, nasihat secara serius, klo x baik jugak, kau ugut2 manja la kt dia nk putus tunang, klau x baik jugak dgn ketagihan dia, kau hempas je pc atau laptop dia, mungkin pc dia tu ada saka hahahaha

  6. babe, ko tinggalkan je la dia. ko pun ckp tak nampak usaha dia nak saving kan.

    lagipun based on penulisan ko ni, boleh tahan jugak nampak gayanya ko suka membebel. dari idop ko terseksa lps kawen nnt, baiklah ko tinggalkan dia skrg. btw, ramaiiiii lelaki tak suka pompuan suka membebel tau

  7. Btw dlm kau tgk usaha dia,kau ad usaha sekali ke kumpul duit utk life after marriage??? Tgk dri confession kau ni kau pn ada minat lain kan…beza pasangan kau xkomen pape lagi psl minat kau tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *