Cerita pasal hutang, ada sorang sedara terdekat aku ni, aku namakan sebagai Y, juga merupakan sepupu aku sendiri. Boleh kata masa kecik kitorang agak rapat antara sepupu, tapi since sepupu aku ni suka buat perangai berhutang sana-sini, ramai yg berjaga-jaga nak berbaik dengan dia. Termasuk aku.

Sepupu aku ni boleh kata rajin sangat2 masa mula-mula dapat kerja jadi kerani kat sector awam. So, dari situ, dia dah plan nak sambung belajar dapat degree sambal kerja. Nak dijadikan cerita, dia kahwin masa baru kerja tu dan tak lama lepas tu dapat anak. Orang kata anak kan bawa rezeki, tapi ntah macam mana kelam kabut pulak hidup sepupu aku ni. Duit bidan pon pak cik aku yg bayokan. Rupanya, baru bukak cerita masa kahwin dulu, pon dah buat hutang. Tu aku malas nak masuk campur sebab tu hal dia.

Kes hutang si Y ni makin menjadi-jadi since dia masuk bisnes MLM. Aku tak paham apa benda yg dia nak kejarkan sedangkan aku rasa kalau pandai berjimat, cukup2 juga duit tu sampai hujung bulan. Sejak masuk kelas bisnes MLM ni, Y da pandai berhutang dengan sedara-mara termasuk family kitorang.

Yg aku heran, si Y ni pandai berlakon konon2 nak pinjam nak buat modal bisnes, nak buat pagar kat rumah. In fact, ade je benda yg dia akan buat cerita supaya semua orang percaya yg dia ni hidup susah. Macam-macam bisnes Y ni buat mula-mula sebelum terjebak MLM. Bisnes delivery makanan, bisnes sabun. Tapi semua tak menjadi sebab Y ni nak sangat cepat hidup senang. Biasala tu, mana ada orang terus kaya. Lagi satu, aku syak Y suka nak hidup dia mcm org lain. Contoh, dia selalu berangan nak p obesi. Bila dia dengar ada satu bisnes MLM ni boleh buat bawa dia p obesi, terus dia join. Obesi tak dapat pergi, hutang keliling pinggang.

Tp kantoi satu hari, yg duit yg dipinjam tu dia buat bayar kelas MLM. Dem. Aku rasa bengang gila sebab mak aku percaya lepas tu bagi duit kat dia. Atok aku pon terkena jugak. Duit yg dipinjam dari sedara-mara ni, dia akan buat2 lupa smp kitorang malas dah tanya.

Bayangkan la, dari atok aku sihat, sampai dah terlantar sakit, dia senyap je pasal nak bayo hutang. Aku tak tau la mana dia letak rasa malu tu sebab boleh kata majority sedara-mara dah bagi pinjam kat dia. Ni masa raya, boleh buat muka tembok, siap datang raya rumah aku weh.

Yg paling aku menyampah bila dia yg tak segan silu pinjam dekat mak sedara, lepas tu dikutuk mak sedara tu belakang-belakang. Apa hak kau nak kutuk, sebab dari Y ni sekolah lagi, mak sedara aku ni la bg duit macam-macam. Siap tumpang rumah. Termasuk lah sekarang ni mak sedara tu paling banyak ‘sponsor’ hutang kat si Y.

Aku harap Y ni berubahlah. Lepas masuk MLM, rumah tangga dah berantakan. Anak-anak tak reti nak makan lauk2 ayam sume. Tau makan ikan masin je. Bila cuti sekolah, tak dapat nak bayar duit taska, anak hantar kat kampong. Aku tak tau mana peranan Y ni sebagai mak.

Yg aku pelik, masa dia sebok nak kawen dulu, Y ni siap ugut mak sendiri konon2 kalau tak kawen, nanti dia boleh terjebak ke maksiat. Tapi bila dah kawen, serupa tak payah kawen.

Aku harap Y ni berubahlah. Cukup2 la meinjam duit orang. Aku tak tau macam mana si Y ni boleh tenang tidur padahal hutang menimbun keliling pinggang. Atok aku pon dah terlantar sakit. Ntah zaman bila agaknya dia nak pulangkan duit tu. Cukup2 la kutuk mak sedara yg dah banyak berjasa kat si Y. Cukup2 jugakla susahkan mak ayah sendiri dekat kampong pasal hal hutang yang Y ni buat.

Betul kata perumpamaan, Y ni ibarat melepaskan anjing tersepit.

– nurin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Org kalau dah selalu suka beehutang dia takkan serik dah dan takkan rasa tabiat tu buruk sebab dah sebati…tabiat berhutang ni macam dadah…boleh jadi ketagihan juga…

  2. Nak kongsi sikit nasihat dari seorang Dr Pakar (duit mahsyuk), rajin bantu yang memerlukan. Pernah sekali seorang saudaranya kerap pinjam duit beribu riban nilainya, tak pernah bayar2. Maka prinsipnya, beri pinjam nilai yang mana sekirangan orang itu tidak dapat membayar balik, maka duit itu boleh disedekahkan dengan senng hati. Makanya, beliau bagi pinjam lagi nilai yang tak seperti diiidamkan sedaranya tua disebabkan mesti sedaranya tu benar2 kesempitan. Bila sedaranya persoalkan. Jawabnya, ni sahaja nilai yang dia ikhlas nak memberi… The end

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *