the ugly truth about terengganu

salam. bila korang baca je tajuk mesti korang pk bukan2 kan?
takde la sbnrnya artikel ni melibatkan pasal kerja dan seterusnya merebak ke perkara2 lain. Dah lama kot aku pendam, and mostly org2 terengganu pendam, yang terengganu ni sangat2 lah KEKURANGAN KERJA. dari tukar parti politik mana2 pun sama je. kau tahu dekat sini ada lg yg kerja kedai makan gaji 350 sebulan?YA SEBULAN. stakat gaji 5 ,6 ratus tu benda biasa. sini keje kerajaan da macam orang paling kaya.sebab?sektor swasta terlalu sedikit. aku sndiri ada degree terpaksa merantau ke KL cari rezeki.alhamdulillah dpt la keje bank. and bnyk kot org terengganu merantau.
kau tahu sblum aku keje bank, aku penah pegi karnival kerjaya dekat hotel kat terengganu lepas habis degree. kau tahu diaorg promote kerja apa?TUKANG KEBUN,HOUSEKEEPING.ada la satu kosong pembantu akaun,yg datang dekat ribu. usahkan aku yg degree, yg ada stpm pun marah2,penat2 datang karnival kerajaya dari besut ke kuala terengganu tapi nk interview tukang kebun. Pastu kalau kat sini nak keje kerajaan macam kena mengemis gila2 jumpa orang sana sini(selain keje hosp and cikgu). takat nak keje gred 17 spm tu sampai jumpa MB kot.pebenda dowh. lps habis blaja aku penah mintak keje cashier gaji seribu pun tak dapat. Kemuncak aku bengang baru2 ni kakak aku kena transfer KL. keje swasta bahagian kerani gaji 1200 je kau rasa macam mana nak survive kat KL dengan dia nak kawin bulan 11 dengan orang terengganu?sebab kenapa kena tukar sebab kakak aku bukan anak bos. kat sana dari kuli sampai atas semua anak beranak diaorang je. so nak tak nak kakak aku mebi akan resign kalau tak dapat stay kat terengganu. kat sini terengganu kau jangan mimpi nak keje kerajaan kalau kau takde kabel. sedara aku mintak keje kat tempat tutt gred 27 bawak surat sokongan pun terpaksa mengalah sebab ada sorg bekas penyanyi femes suatu ketika dahulu kerabat diraja dapat keje tu. kau bayang dia artis keje gred 27 diploma sebab mmg da takde kerja kat sini.
Nasib baik weh Kuala Terengganu ni takde cinema,takde mall,kurang sikit duit habis. kalau kat sini,jawatan cleaner tu orang berebut rebut kau tahu.sedangkan dekat KL macam dah takde rakyat malaysia jadi cleaner. semua indon dengan bangla.
Jap lagi ada la suara sumbang cakap , takpe asalkan keje halal semua. mmg la keje halal, semua keje halal ,bukan kau jual dadah arak,jadi GRO ke hape pun. paham tak sekarang ni ramai yg ada degree,master, n even PHD kalau cari keje kat terengganu akan dapat gaji bawah seribu…
nak bayar ptptn lagi,pinjamab mara lagi berbaloi ke…
Aku sedih sebab aku tahu kebanyakan budak2 terengganu ni pandai2. kalau tak takkan la selalu negeri terengganu no 1 keseluruhan spm,upsr la. aku sendiri pun lepasan sekolah menengah top 10 malaysia. tapi sayang kami tak dapat berbakti kat negeri kami. nanti mesti ada org cakap apa salahnya merantau. kau tahu semua orang x sama. ada yang mak ayah sakit kena jaga. berapa ramai kawan2 aku stop keje kl sebab balik kg jaga mak ayah sakit.
admin, aku mintak tolong sgt post apa yg aku tulis ni. memang aku rasa diaorg ni terlepas pandang kat negeri terengganu gila2.
terima kasih.

– Kristal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

742 Comments

  1. Setuju dgn confessor. Sy org terengganu perhatikan terengganu xbyk sektor swasta. Kegiatan ekonomi perniagaan x rancak mcm kuantan, or even KB. Nk keje kena masuk gomen, either federal atau kerajaan negeri. Kt trgnu, keje gomen mcm kaya giler dh sbb hiburan xbyk, dptlah simpan duit. Sampai abg2 aku mls nk kluar trganu sbb dh comfort zone. Huhu.

  2. Setuju sgt2..sy prnh alami semua tu.sy ada degree. mula2 kerja kt trganu lps grad gaji 350 jer.mkn minum lps la tp nk bayar loan jpa mmg sangkut.lps tu bhijrah ke kl dpt la gaji yg ok tp atas sebab family akhirnya blik smula ke trganu..keje senang dpt,maybe sbb ada pengalaman keje tp gaji yg ditawarkn sgt2 mngecewakn..jauh bezanya dgn gaji yg prnah dpt masa keje kt kl dulu.dh la komitmen tinggi tp nk wat mcmana, tpaksa terima apa yg ada..mmg agak suffer

  3. Setuju. Sebab tula ramai rakyat dari beberapa negeri kt Malaysia ni terpaksa merantau ke bandar besar seperti KL, Penang, dan Johor utk mencari kerja.

  4. Aku setuju, aku org Terengganu…dilahirkan dan dibesarkan serta belajar sampai dapat degree semuanya di Terengganu….mmg betul…kos hidup mahal tapi gaji murah kalau kerja sana…makan minum lebih mahal dari KL…kalau nak beli rumah utk disewa tak berbaloi..sbb mmg propeerty kat situ tak boleh dibuat investment utk sewa bulan, harga rumah mahal tapi bila nak disewa mmg murah dan langsung tak balik modal…kalau nak buat homestay oklaa…tapi still harga kena murah….kalau Mall pula susah nak hidup sbb time bina pun dah start masalah politik pengurusan bangunan…dekat terengganu setahu aku xde Mall selain Mydin dan Giant…kalau ada pun pasti bawah kerajaan negeri (Bangunan MBKT)…Mall yg ada Plaza Paya Bunga tu pun dari sejak aku sekolah menengah sampai umur 36 tahun sekarangnipun masih tak buka2…

    Aku balik raya baru2 ni…nampak juga ada construction Mall2 baru sepanjang pantai area Tanjung….tapi aku tak tahulaa apa nasib bangunan2 tu kelak sebab yang sedia ada pun tak hidup2…namun aku tetap doakan yg terbaik…

    Aku cemburu dgn negeri jiran especially Kelantan sebab lebih maju 10 tahun dari Terengganu, itu pada pandangan aku…makan minum murah…kuasa beli kuat sana sbb barang murah…

    Namun aku tetap syg negeri asal aku Terengganu walaupun aku dah mastautin KL

    • Antara puncanya tak de Mall sebab apa yg saya cakaplaa kes politik pengurusan bangunan…contoh Plaza Paya Bunga…bab siapa nak masuk Cable pun saya pernah dengar jadi isu… sampai sekarang Plaza tu tak dibuka…jadi Gajah Puteh je…tak tahulaa akan datang jadi macam mana…adakah masih ada sinar di Plaza Paya Bunga tu?

    • Skrg ni sdg dibina The Curve (katanya itulah nnt nama building tu) berdekatan dgn sma khairiah. Blok kedai yg di pesisiran pantai masih belum beroperasi sepenuhnya. Another gajah putih ke? Kos sara hidup tinggi di sini.

    • Tak tahulaa sis..sbb yg saya nampak Plaza Paya Bunga je yg dah macam Gajah Puteh sebelah stesen Bas MBKTtu…yg lain saya tak pasti sangat…hopefully tak senasib dgn Plaza Paya Bungalaa

    • sy pernah kerja di tganu di thn 90an selama 10thn sblm dpt bertukar ke negeri asal sy, kelantan.. apa yg sy faham , sumber ekonomi utama tganu ialah oil & gas yg berpusat di selatan tganu terutama di kerteh & kemaman, jd pola pembangunan tidak sekata dimana kuasa beli lbh kearah mrk yg tinggal di kerteh & kemaman. sbb itu shopping mall di kt hidup segan mati x mahu.. bhn2 mentah spt ikan gred A spt tenggiri mmg agak mahal, sy pernah tanya penjual ikan di kedai payang , mrk kata ikan tsb kebanyakan di eksport ke singapura.. wallahualam..

    • Ada betuknya juga rasanya En. Zaini Ramli…sebabtu saya hairan kenapa Terengganu jadi macamni…negeri palingkaya sumber aslinya tapi dari segi ekonominya agak mengecewakan. Semua tu tak berjalan seiring dgn latar belakang Terengganu…hairan sungguh…dari dulu…

    • Huk aloh..hgpa ni, mesra mall kt kemasek nu ada ja,xkn xtaw..siap ada cinema lg, ada org klntn yg aku knal, sggup drive dr KB ke Kemasek psl nk tgk movie ja

    • Sabasun, hock kee seng, giant, mydin mall, pasaraya bumi… tu je la yg ada. Mesra mall mesra kemaman je la. Kalau nk shopping raya, ramai yg gi kl, kb n kuantan… baju budak2 nk jenama glamer mmg xde la. Kos sara hidup tinggi. Antara negeri yg mahal barang2. Saya org terengganu, duduk di trg, kerja di trg, tapi tetap rasa mahal duduk di bandaraya terengganu

    • Paling susah time nak beli kasut.. bukan nak jenama sangat. Tapi yg tak jenama pulok.pakai sekali dua dah kopak. Yg ada jenama sikit. Saiz tak ada.. sakit hati…

    • Paya Bunga Square tu da bukak da. tp tak mcm mall sgt la.

      ironinya, kb yg lbih maju dr k.t. scra zahirnya cuma dpt taraf bndar tp k.t. pulak yg dpt bndaraya.

      ape pung, org ganu sume baik2, suka ngn org ganu ni :)

    • Betul sbb bru2 ni ingt nk beli rumah 290k semi d dkt manir. Ingt nk buat sewa la tp Abg Ipar kata sanggup ke nk sewa kt sini plg tinggi pn 600-700 je. 700 tu pun blum tntu ada org nk. Pdhl semi d bwh 300k kira murah dh la. Tp sbnrnya taraf ekonomi rakyat trganu yg masih rendah. Xmmpu nk sewa atas 700. Kalau kt KL semi d 800 berebut2 org nak.

    • Sokong…ramai ank tranung merantau & mereka nie ramai hok bijok2…contohnye bos2 syarikat minyak Kat Kuwait ramai drpd tranung…4% hasil minyak petronas di Sudan drpd cetusan idea(org bkt payong,trg)..Mari Kuwait jadi bos syarikat minyok..

    • rumah sewa murah?? kos sara idup bleh kata tinggi kt k.t..klo kmudhan setanding bndar besar mcm kl boleh terima lg..ni da giant n mydin je

  5. i bet this not just happening in terengganu. in kelantan n sarawak pun sama. i think its time for government pikir kan untuk tarik pelabur bagi kesama rataan pembangunan di seluruh negara. bukan tertumpu pd KL shj. at least oleh kurangkan kesesakan in KL. dr segi peluang keje.gaji. n maybe in future reduce pengambilan warga bangla kt malaysia ni. like u said, xsemua boleh merantau.

    • i pernah apply for engineer in kelantan.somwehere in Kb. they offer me rm 1.5k basic. with degree n 4 yrs experience? i da bnyk mastatutin to many places in malaysia. the scenario is like this. bukan nk rendah kan kelantan or teganu or any states. or nk pilih2 keje. but saya byr bnyk duit kot nk dpt degree. n it is an investment . saya pun ore kelate. kalu dpt job elok di kg, saya pun mmg nk sgt2. but the ugly thruth is there.

    • Betul supaya peluang pekerjaan tu x tertumpu di lembah kelang je. Sama rata tuk setiap negeri. X la congested sgt KL tu nak2 kalau nk blk raya haha

    • Wan Fatimah, takdenye cleaner beribu. Kerja kat mall pun paling banyak 800. Kawan aku kerja kedai bakery selama 11 jam pun gaji 350 je. Kakakakakaka. Aku pun kerja masa bulan puasa haritu gaji tak sampai 300 :p.

    • Hello helllo cik adik manis..sedak2 hati kutuk kelate tanah airku..jgn sembang kencang je kawan..setakat mai mintak keje,nk buat konklusion? Boleh blah la awok? Tera g jjaley jah sekali,round kelate n teganu,acu tgk rumoh jah..jgn tgk go laing..busuk2 cleaner d klate duk umah batu..x dok umah buruk nk runtuh tepi jalan..bandingkan sendiri bla g jale teganu pulok..x ccayo lg,kontek ambo,meh nk wok g derak teganu n kelate..
      -ambo ore klate kijo teganu

    • Husna xfaham kot apa org bncg kat atas nih.. Tnh d klate n ganu murah. Rmh banglo besar bapok br 100k. Ambo nk beli rmh d penang, 400k br teres.. Point penulis xdok kaitan dgn hino pon

    • Fida Harris memg xpaham tu kak. umah shah alam 400k+ bru teres . kijo cleaner la. bleh beli umah batu jokong. kalu gtu, baik xngaji spm univ terus. g blaja cuci jah. deniable typical kelantanese i guess. dia nk bwk saya round kelate tuu. agaknyo xtahu saya ore kelate. tp dia taw sya manis orgnya. saloh saya g taip english. kalu taw, sya taip dlm bhs jepun ke. iban ke. ??

    • Camane nak maju klu kerajaan negeri pn xcuba nak membangunkan negeri tu sendri..klu rakyat jek menjerit2 tp kerajaan negeri wat xtaw mmg xkemana la jawab nye..ksian..saya pn ramai kawan ganu n kelantan merantau kat sini..dorg pn mengeluh bnda y same

    • Saya pula berpendapat, org yg ada ijazah dan ke atas yg bertanggungjawab wujudkan peluang pekerjaan bkn merayu kerja…Alhamdulillah klu dapat kerja yg setaraf kelayakan, tpi klu xdpt, kita kna berusaha smpi berjaya, klu yg ada ijazah pun sangup kerja gred 17, yg ada spm.nk kerja apa?

    • Puan Fida Harris mana tau rumah dan tanah kat terengganu murah? Meh, datang terengganu, saya nak bawak jalan2 tgk property. Teres pun dah rm380k ye sekarang. Tanah lot 5000kps standard rm160k, kat kawasan rumah saya sewa ni, lot ukuran sama rm225k. Semi d rm490k. Semi d 3 tingkat rm760k. Banglo kecik2 di hulu blh lagi la dapat dalam rm380k. Sewa semi d rm1.3k ke atas. Harga yang puan bagi tu boleh dapat pada tahun 2003 yang lepas. Tahun 2006 pun sebijik banglo dah rm160k… saya cuma membetulkan fakta, sebab orang luar selalu tersilap pandang terengganu ni ?

  6. aku org terenggaanu x malu pum benda ni sbb ni hakikat perlu diterima..kat trg kos sara hidup tinggi kut..g pasar beli barang mentah ..mkn kedai mahal selalu aku tgk page trg ad yg merungut mkn bla3 harga x patut…kalau nk beli rumah lg laa..rumah di trg mahal2..kalau tgh bandar ok ni pinggir bandar dlm liku2 kampung harga dh hmpir 300k rumah teres..kuasa membeli trg rendah..aku pernah baca 1 kajian antara bandar kos sara hidup tnggi trg..berbeza dgn kltn sbb tu diorg bleh buka mcm2..soal pekejaan mcm tu ..aku setuju dgn confessor..

  7. Nmpak sgt sekolah dh x berapa penting sbb dh rmai sgt yg menganggur walau ade PHD, cer tgk Bill Gates, Henry Ford, Richard Branson tu sume orng yg berjaya tanpa pendidikan. Fikirkan lah

    • Betol tu boh, tapi dengan adanya kelayakan akademik tu, peluang kita utk satu2 kerja tu lebih baik berbanding dengan yg kurang pada kita. Hok ada kabel tu dok soh kabo lah. Kita citer persaingan secara adil ni..

    • Tak dapat sijil degree dengan tak terima pendidikan, benda lain bang.

      Bill gates tu belajar komputer dari sekolah rendah sampai ke universiti harvard, bila dah pandai dia berhenti belajar awal, sebab tu tak boleh convo.

  8. Dulu lepas habis sekolah kt kl kena pindah ddk dkt terengganu. Pernah mintak kerja dkt bandar dungun and yeah tahu tak basic dia berapa? 350 sebulan okay, belum masuk ot lagi, ot dlm berapa ringgit je aduhh lepastu terus lari balik kl semula kerja kt kl huhuhuu

    • Amber dlu diploma, gaji rm300 je. Kat bando tranung. Mitok keje kajaang negeri, hok tukang interview tanya kenal sapa2 dok ssitu. Mmg amber dok kenal sorg habuk.

    • Huhuhu, saya bkn asal terengganu pun. Mmg lahir selangor besar kt kl. Kena pindah pun sebab ikut family. Dr zaman pmr dh pernah kerja part time kt kl gaji ikut jam. Bila pindah ganu nk cari kerja dinun, bila dpt tahu gaji 350 sebulan rasa mcm kelakar + sedih pun ada ?? kt kl gaji ikut jam pun sebulan buleh gok dpt 1000++, ini gaji 350 basic sahaja nk mkn apa hukhukkk

    • Tu la pasal. Amber buat part time kat kuantan, mengecat bangunan, mengajo, seminggu boleh dapat 400 ke 600. Tapi penat lah, 2 kerja dlm satu hari.

  9. Terengganu akan jd negeri paling kaya even more than selangor, klau 20% petroleum royalti bg pada kerajaan negeri.(macam manifesto pas). Bahkan akan jd lebih maju drpd selangor. Kajian ni satu ngo ILMUAN pernah ckp.

  10. Industri oil dan gas dn maritime trtumpu d terengganu.. tp sayang pembangunan negeri mendukacitakn… negeri yg punyai pndangan pantai yg cantik.. tp bkn la pilihan nk d lawati.. laluan mnghala ke sana melalui kemaman ke besut mnyakitkn hati..

  11. The uglier truth is…jadi bibik indon pun gaji dah atas seribu. My maid, indonesian helper gaji rm800 masa 1st ambik dia 2015 October lepas, tiap2 hari buat onar sebab bibik indon sebelah rumah “cucuk” kata gaji bibik indon minimum rm1000. bibik umah blakang plak gaji rm1200.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *