Tolong Jaga Ikhtilat PIMPINAN!

Terima Kasih admin kerana sudi approve luahan hati ini.

Harap admin approve..

Selama ini saya hanya menjadi pemerhati sahaja dalam persatuan Islam di Universiti saya. Hendak ditegur, apalah daya kerana ilmu saya hanyalah langit dan bumi jika dibandingkan dengan mereka.

Izinkan saya menggunakan `aku`. Kisah bermula apabila kembalinya aku ke pangkal jalan telah menemukan aku dengan persatuan Islam ini. Aku sangat gembira bergerak kerja bersama mereka di lapangan dakwah, di kampus kami bersama-sama membuat kerja-kerja dakwah tapi ada satu hal yang membuatkan aku sangat kecewa dengan segelintir ahli persatuan Islam apabila tidak menjaga ikhtilat antara muslimin dan muslimat.

Mengapa kamu tak lakukan apa yang kamu telah kata?. Saya sering kali diperingatkan tentang jauhi ikhtilat tapi sayang perbuatan awak tak menggambarkan kata-kata awak.

PIMPINAN muslimat update status Islamik syahdu beserta tag pimpinan muslimin! Apakah ini? aku thiqah iaitu yakin dan percaya dengan kredibiliti awak sebagai pimpinan kampus, tapi sayang rasa itu semakin lama semakin pudar. Namun, cepat-cepat istighfar terlafaz dalam hati. Mungkin awak tak sedar.

Bila bergerak kerja bersama, senda tawa menjadi perkara biasa.
Aku hanya mendiamkan seribu bahasa, maaf awak semua. Aku menangis di malam hari memikirkan perkara ini.

Kite PENGGERAK ISLAM, bagaimana Allah nak bantu kita jika ikhtilat pun kita tak jaga? bagaimana Allah nak menangkan Islam jika awak sebagai pimpinan semudah itu bergelak tawa di laman sosial dan siap tag si dia lagi!

Ya Allah, apa patut aku buat. Sedarkan mereka ya Allah. Aku hanya mampu mendoakan mereka. Aku tak banyak tahu tentang ilmu agama tetapi aku tahu batas-batas yang telah Engkau gariskan.

Jangan tanya kenapa kita tak menang, jangan tanya kenapa tarbiah kita entah ke mana, jangan tanya kenapa hafalan quran tiba-tiba terlupa,

Jangan tanya…

tetapi tanyalah,
apa dosaku yang telah menghijabi diri aku untuk melihat kebenaran.

Aku sebagai ahli ingin merayu pada anda sebagai PIMPINAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT…
Tolonglah..
Jaga Islam..
Umpama mengenggam bara api..
Jangan biarkan perkara sebegini menunda lancarnya gerak kerja kita..

Aku harap awak baca status ni. Pimpinan cerminan ahli. Ahli cerminan masyarakat. Jaga adab dan akhlak sebagai PIMPINAN. Di facebook, semua akan melihat siapa diri anda. Jaga Sirr Wa Hazar, jangan sampai membuka pintu fitnah.

Post ini bukan bertujuan nak mengaibkan tetapi saya menyeru kepada semua Persatuan Islam dan Jemaah untuk mengambil peka akan hal ini. Ikhtilat semanis coklat. Kita bukan maksum seperti nabi, kita banyak kekurangan. Kerana itulah, saya ada untuk awak sebagai sahabat untuk mengingatkan. Jaga Allah, Allah pasti jaga kita. WA.

– Budak Baru Belajar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

55 Comments

    • Tengok jugak gelaknya macam mana kan? Kalau yg depan perempuan mukanya bukan main serius konon tak mau bergelak² katanya nanti hati gelap, jaga maruah tak nak dipandang xprofesionall tapi bila dengan lelaki tak pernah tak nampak gigi. Senyum bukan main amboi, gelak nak bagi satu kawasan dengar. Bila lalu akan selalu disapa lelaki memanggil namanya. Dijawab dengan senyuman alahaiiiii…. kita yg perempuan pon lemah tengok. Jawatan dah elok ke depan ambik sijil as ajk surau bla3 … tapi.. bukan tak ditegur memang tak mengaku salah sendiri. Haih. Ni macam dah jadi confession ke apa niii….

    • Gelak lah weiii.. Aduiii bab gelak pun… Jangan mengilai sudahlah… Tapi saya tak suka perempuan yg dengan perempuan ayu.. Dengan lelaki terlebih ayu.. Haaa camna tu

    • Nasihat jaga ikhtilat pon jadi jumud ke? Kalau dah memang salah mengaku je. Tegakkan mana yg betul & batil.

    • Bagus dah suruh jaga ikhtilat.. Bab gelak ketawa tu jangan la sampai strict sgt.. Kalo semua nak serius, stress la jadinya.. Aaa takpala.. Nk terang kut sini susah.. Meh jumpa dpn2 hohoh

    • Sebab ia berkait rapat dgn akhlak. Contohi akhlak isteri nabi mana ade gelak sakan kat sahabt nabi. Bincang dalam keadaan terjaga percakapan dan perbuatan

    • Ikhtilat hukum asal dia haram tp dibenarkan jika ada hajat (berjual beli) or darurat (cth mcm bila kita dlm emergency)

      Berukhuwwah tak semestinya berikhtilat

      Saya sendiri berada dlm pimpinan persatuan islam. Mcm tak ada keperluan nk tag para ikhwah/muslimin hatta nak tunjuk appreciation. Cukup dgn terima kasih penuh formal. Itu lebih baik.

      Its not abt zaman kuno nk ckp belakangbtabirnor what not. Its abt menjaga hati kita dari benda2 begini. Wanita dan lelaki ni ibarat api n minyak. Ready je nak menyambar. Maka jagalah hati.

      Ps: saya berada dlm persatuan yg SANGAT menitik beratkan ikhtilat. Setakat ni program kami semuan jalan, komunikasi antara muslimin n muslimat pun ada. So releven je ikhtilat ni. Berukhuwwah x semestinya berikhtilat.

      Al ahzab: 32

  1. “PIMPINAN muslimat update status Islamik syahdu beserta tag pimpinan muslimin! Apakah ini?” : Mksudnya mcmna ni? kalau ada status2 dakwah kita tag boleh tag yg lain jantina dari kita la? mcm tu? Kalau tag status2 raya ke? Abdul Hafiz Yusop haaa ustazzzz

    • Haha..knp Anne Yassin..knp..haha..actually, apa yg dia nk sampaikan tu sbnrnya btul..pd pndgn dia..tp apa yg berlaku sbnrnya kna lihat realiti tindakan sbnr..xsemua apa yg dia sebutkn tu betul, dan xsemua apa yg disebutkn itu salah..klu setakat nk tag2 kwn2 lelaki or ppuan, xde mslh pn..umum lg tu..tp klu tgk pd statement dia tu, mcm dia nk fokus kpd ayt2 ‘syahdu’..so, ini yg di mksdkn dgn ikhtilat..

      Apapun ikhtilat tu pemahamannya sgt luas..bkn kpd satu skop shja..hati masing2lah yg memainkn peranan dlm menjaga diri sendiri walau dimna jua kita berada..

      Lps ni anne ko jgn x tag apa2 kt aku plak dh tau..haha

  2. Maaf la para ilmuan semua,
    Jikalau kail panjang sejengkal,jangan diduga lautan dalam(betulkAh?)
    Ini adalah suatu bentuk nasihat,kalau kita tak dapat terima jangan dipermain atau diperli,jauh sekali diputar belit Dan dipermain nasihat tersebut.
    Kita jauh Dari Allah,sebab Tu Susah nak dimakbulkan doa.
    Jangan pernah meremehkan sesuatu nasihat kerana sangka kita sudah berilmu dan fahamnya agama,
    Walhal amatlah sedikit yang mengambil iktibar dan Dan faham nya agama.
    Mudahnya menaip membuka fitnah,sedangkan maksud fitnah itu pun kita kurang kefahaman.
    Wallahu’alam.

    -Budak lepasan upsr-

    • Apa definisi muslim yg normal bagi awak?

      Kejadian kita diciptakan atas dua sebab sahaja, Ahli amal ibadat dan Khalifah… Itulah muslim yg normal (azalinya lagi)

      Nak atau tak nak kita tak boleh lari dari kerja dakwah.

    • Memang kalau nak berdakwah kena berpuak2 ye? Jemaah ni tak campur jemaah ni. I am hollier than thou bagai. Nak berdakwah teruskan. Takde sapa yang halang. Tuhan pun tak suruh nk berpuak bagai.

    • Xdelah berpuak…tapi berpersatuan. Kerja dakwah lebih cepat, tepat dan effisen. Saya pon dulu fikir mcm tu jugak…tpi bile dh masuk dlm persatuan dakwah dan tarbiyah nie..bru faham dakwah itu apa dan bagaimana. Yg jenis “hollier than thou” tu…yg x paham erti gerakan dakwah dlm kumpulan. Apa2 pun dakwah itu berbagai cara boleh dilakukan. Pilih lah mana yg awak rasa sesuai. Asalkan berlandaskan syariat.

    • Jangan samakan puak dengan persatuan, banyaknya persatuan, tak bermaksud berpuak-puak, ia bermaksud kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.

      Nak menuju Tuhan, ada banyak jalan, salah satunya dengan melibatkan diri dengan persatuan.

  3. Ikhtilat ni kau phm cmne? Actually kalau nak budayakan cra bergaul mcm zmn2 para sahabat dgn moden skrg, it’s not that applicable. Takkan nak ckp kat bilik sblh? Takkan fb oun kena unfriend sbb nak ‘jaga ikhtilat’? Kalau x lawak nanti hambar. Kalau gelak nanti katanya garang and then sama2 tak puas hati, cmne? Tagging tu biasa jelah, bknnya nak mengorat sy sendiri buat sbb nak tnjuk penghargaan dan memories with them. It’s nothing personal, but for me it’s special to appreciate their work & effort. Kecuali kalau tag pada benda tak berfaedah tu, mmg x patutlah. Share pun dah salah, why tag org plak kan? Haha. For me, kita akn pandang benda baik dgn perspective berbeza. Kalau niat yg baik, insyaallah hasil nya baik-baik shj, kalau buat dgn terbaik semampu kita. But don’t be too upset kalau dorg bt salah. Tegur je direct. All people need reminder, kan? Kalau dh rapat, x salah pun nk approach. Make sure kita nk yg terbaik.. Doakan yg terbaik

    • Ikhtilat hukum asal dia haram tp dibenarkan jika ada hajat (berjual beli) or darurat (cth mcm bila kita dlm emergency)

      Berukhuwwah tak semestinya berikhtilat

      Saya sendiri berada dlm pimpinan persatuan islam. Mcm tak ada keperluan nk tag para ikhwah/muslimin hatta nak tunjuk appreciation. Cukup dgn terima kasih penuh formal. Itu lebih baik.

      Its not abt zaman kuno nk ckp belakangbtabirnor what not. Its abt menjaga hati kita dari benda2 begini. Wanita dan lelaki ni ibarat api n minyak. Ready je nak menyambar. Maka jagalah hati.

      Ps: saya berada dlm persatuan yg SANGAT menitik beratkan ikhtilat. Setakat ni program kami semuan jalan, komunikasi antara muslimin n muslimat pun ada. So releven je ikhtilat ni. Berukhuwwah x semestinya berikhtilat.

      Al ahzab: 32

    • Kita tunjuk appreciation in different ways, ada yg suka mention, ada yg pm sahaja. Mostly sy share pun gmbr program yg rmai2 join to promote the club itself also. And the people behind it. Bukannya tag saja2. Public is going to judge siapa dibelakang tadbir sometimes, and who is trustworthy behind the club itself. Just my two cents ?

      & agreed, berukhuwah tu tak semestinya berikhtilat. Sometimes we go overboard, sometimes ada yg pandai sorok mesra mereka. But to be sure jaga ikhtilat betul2 is a process, especially utk yg biasa dah bergaul dgn lain jantina. Mohon tnjuk ajar, sis. Doakan, whatever our ways, may it be the one which reflects good adaab. ?

    • Actually. From pengalaman. Public is going to judge.

      “Kata je persatuan islam, tapi huha huha antara lelaki perempuan”

      “Buat program agama, tp kemain tepuk tampar huhuhu”

      Its not abt trustworthy. Its about how shatter the image of para du’at yg lain. Saat para daie lain sibuk menjaga ikhtilat, kita berhuhuhu. Agak2 apa impresi org lain pada para du’at eh?

      Hipokrit?

      Allah dah pesan. la taqrabbu zina. Jangan Dekati pun zina tu. It means we should conceal anyways yg mendekatkan kita dgn zina

      Jaga ayat,adab, perhubungan and what nots.

      Yep. Susah. And ive been thru the struggle. Like susah. Tp sangat tenang bila kita benar2 menjaga.

      Just my fiftu cent. Hope it helps

  4. Aku tak rasa status ni salah. Goodjob confessor sbb status ni bagi aku mmg win. Bukan nak kata jumud tapi in other way ikhtilat yg tidak dijaga dgn baik boleh timbulkan benda yg menjurus ke arah yg buruk. For example, selesa story2 thru wasep dgn member laki then tipulah takde rase pape on him. See dah timbulkan satu benda yg tak baik for ourselves. Tp,Islam tak ajar muslimat or muslimin jage ikhtilat sehingga menyukarkan keadaan. Cth: laki tundukkan pandangan smpai terlanggar tong pemadam api kat koridor. No don’t make it complicated. Islam is flexible. Tapi takle nafi la kecewanya rase bile cam ko sanjung somebody yg ko rse dia unggul but in e end he/she is nothing. Pungpang ceramah talk tp hampeh. Be careful la sbb semua org wat dosa n kdg2 kite taknmpk dosa sndr n thank God sbb ade org sudi tegur salah kite. Thanks

    • Man Berai Ali betul2 dan sebetulnya selfie bagi perempuan tak manis, boleh datangkan fitnah. Tapi sekarang ni topiknya pasal ikhtilat tak perlu nak masukkan topik lain. Tak bijak rasanya kalau buat macam tu. Orang menasihat means ada something wrong somewhere. Ambik cermin tenung mana silapnya.

  5. Ada sekali kawan akak bagitau camni : Tak faham dengan seorang ikhwah ni, kalau berada dalam jemaah, bukan main control suara kalau bercakap dengan akhawat. Kalau berada di kampus dan bercakap dengan yang bukan akhawat, boleh gelak2 biasa. Hipokrit. Tu pendapat peribadinya.

    Akak rasa as human being berada dalam sesuatu organisasi, bab ikhtilat ni memang kena jaga. Islam itu kan agama pertengahan (x longgar, x jumud sgt). Makanya asalkan perbualan dan perbuatan kita tak mendatangkan fitnah. Kita nak bekerja macam keluarga (suasana rahmah, mawaddah). Dan biar perbuatan kita tu membuatkan orang berasa selesa tanpa memangkin nafsu2 syahwat. Sikap besederhana ni barulah boleh menarik orang ‘layman’ macam akak ni untuk menjadi lebih baik. Akak pun baru berjinak2 dalam salah satu organisasi ni.Akak banyak belajar memerhati macamna sikap rakan2 yang mmg syuyukh ni. Ada masanya kami gelak2 juga kalau sesuatu perkara yang dibincangkan tu benar2 geli hati a, ada masanya kami serius. Tengok keadaan. cuma memang betullah, jangan sampai tersasar dari tujuan asal…Apapun betulkan niat. Peace

  6. Bila ada yang menegur anggaplah itu TEGURAN DARI ALLAH. kalau hati kita masih beralasan .. cek semula hati. Ambil isi teguran bkn siapa yang menegur.

  7. Terus tegur diorang. Nama je pimpinan, tapi diorang ni budak-budak sebaya ko jugak. Ada yang tak matang lagi.haha
    Jauh sekali dari ulama pun. Macam pegang jawatan kat kelab2 je. So terus tegur je. Takpun share la post ni, tag diorang. You can do this (y) :D

  8. Tetiba igt pesan akak usrah. Org yg tak boleh terima/melenting dlm mendengar sesuatu teguran ni usually dia buat benda tu. Kena batang hidung tu yang panas telinga nak dgr… Dah cukp baik dah apa dia ckp ni. Aku ikut persatuan islamic alhamdulillah setakat ni segala pergaualan masih terjaga. Sebb pimpinan selalu igtkan. Kalau ikhtilat antara ahli pun tak boleh nak jaga, maksiat hati dalam klgn ahli pun masih berlegar-legar dalam kepimpinan tu, kitalah penyebab lambatnya kemenangan islam.. Bukan soal jumud, tapi dah memang salah…

  9. Apabila tertutup, jangan sampai jumud,
    Apabila terbuka, jangan sampai lampaui batas,
    Lain orang, lain cara, bergantung kepada situasi semasa dan penerimaan umum.

    Ada yang asing bilik,
    Ada yang satu bilik tapi buat dua bulatan, asing laki perempuan,
    Ada juga yang gabung bulatan besar tapi laki dan perempuan ada jarak.

    Terbuka atau tertutup, aku oke je dua2, sekali lagi, asalkan tak lampaui batas.
    Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *