Ketua Keluarga Yang Gagal

Dah lama sangat pendam benda ni. Tapi lately ni makin rasa nak jadi gila sebab kena mengadap perangai dia macam orang tak betul.

Ayah aku linkungan 50-an. Sejak 2 3 tahun lepas tak kerja. Tapi dia kerja ke tak sama je. Segala perbelanjaan rumah, perbelanjaan pelajaran adik beradik emak yang tanggung. Dari aku sekolah menengah sampai aku masuk universiti. Semua duit dari emak. Dia langsung tak bagi apa pun. Kelengakapn nak masuk sekolah ke universiti ke semua mak aku yang bayar.

Mak kerja siang malam non-stop cari duit. Sebab adik-adik masih belajar lagi. Cuti sabtu ahad pun emak aku kerja part time. Bila emak aku balik lambat dia berbunyi “berjalan je kerjanya.” walhal kami adik beradik tahu emak kami pergi kerja. Dan dia pun tahu sebenarnya. Tapi buat-buat bodoh.

Segala persiapan raya, baju raya dia pun emak yang beli. Terima kasih pun takde. Kadang mak masak makanan simple. Dia boleh cakap “ini je ada?” siapa tak sakit hati? Korang jangan cakap mak tak lawan. Sebab ayah jenis panas baran. Kadang angin tak betul kami semua di tengking depan orang ramai.

Ke sana sini pakai songkok, tapi solat tak pernah. Dengar ceramah boleh dikatakan 24 jam. Tapi apa pon takde. Kalau cakap dia je yang bagus, dia je tahu semua. Cakap bunyi pung pang pung pang tapi apa pun takde. Yang paling lawaknya dia boleh kutuk laki orang yang harapkan bini je. kiteorang rasa dia cakap tu depan cermin. sebiji sama je kau dengan orang tu. sikit pun tak kurang wei!

Kadang cuti panjang mak aku tak kerja. Dia rehat je. Tidur. Ayah aku boleh cakap “duduk rumah takde faedah! Tidur je tahu.” Aku tak tahu lah dia ni waras ke tak? Boleh fikir ke tak? Orang keje lebih 15 jam tak tahu penat ke?

Bila dia ada duit. Bukan belanja untuk keluarga. Pergi makan kat luar. Lepak sana sini.

Dah hampir 15 tahun benda ni berlaku. Mak aku bertahan sama macam orang lain sebab anak. Tapi bagi aku, kalau mak aku nak bercerai pun kami adik beradik okay je. Sebab dia ada bagi tekanan kat orang lain dengan mulut takde insuran. Kalau dia takde insyAllah aman hidup kami semua.

Sekarang tengah gila bergajet. Jumpa balik bekas kekasih. Hari-hari perempuan tu pun duk call. Ada kami kisah? Kami tak kisah. Kalau boleh nak pulangkan balik dia kat keluarga dia. Tapi sape je sanggup terima dia? Adik beradik sendiri pun tak tahan dengan perangai dia yang cakap nak menang je. Kalau perempuan tu nak kami bagi free je.

Berdosa ke aku doa dia dapat balasan setimpal dengan apa yang dia buat kat emak aku? Setiap kali lepas solat memang tu yang aku doa.

– Nurie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Sebagai anak doakan yang baik2 untuk dia smoga diberi hidayah. Doa ni senjata lagi2 dari anak yang soleh. Hidayah ni milik Allah. Sekli dia dapat hidayah Allah. Dia akan berubah. Dia ayah kita. Klau xde dia.. kita xde kat dunia ni utk merasa kenikmatan hidup.. walau mcm mne pun buruknye dia. Dia tetap ayah kasih sygg smpai bila2.. ingat sbagai anak yang baik doa yg baik2 untuk dia… ada lagi teruk sebenarnya drpd kita dan jangan pandang hina pd dia. InshaAllah dia akan brubah.. goodluck

  2. Prnh dgr x kisah tntg seorg anak yg taat jaga ibu bapa dia dgn sgt baik wlpn ibu bapanya da btukar menjadi babi? Alasannya sbb dosa yg dilakukan ibu bapa tu antara mereka dgn tuhan, tp sbgai anak ttp kna jlnkn tggjwb.. Sy taw, ckp mmg sng kn? Tp sy doa awk bsabar dan lyn bapa awk dgn baik.. Jgn prnh putus asa doa dia berubah.. Besar pahala awk taw sbb bsabar dan ttp jlnkn tggjwb pd keluarga..

  3. 20 tahun akan datang, kluar kt surat khabar viral fb “ayah dibuang” “anak tak knang budi”..huurrmmmm nk salahkan siapa, dr kecil da mlalui fasa penderitaan emosi..ego seorang ayah kdg2 dpt mmbunuh sikap taat seorag anak..anak adlah hak ayah, tp anak juga spatutnya dapat hak die sebagai anak..jgn lah kita pkir dosa anak thadap ayah..sbb masih ade dosa ayah thdap anak.. anak yg baik adalah cerminan kpd ayah yg baik..sedih dgn konflik kkluargaan mcm ni..jadilah insan yg btggungjwab dgn watak² kita..smoga kite sma² tenang n tabah dgn liku2 hidup

  4. Nanti mulalah keluar berita,,lebih baik mati anak tak balik beraya..dh dia yang start awal mcm nie..salahkan anak..ingt anak tak ada perasaan?tungkul kayu

  5. ni lah spesis bapak yg aku pnggil ‘adikbradik tambahan’. mak ko jd mak dan bapak skligus n kne tanggung lg sorg which is bapak ko. mmg btol pon ape ko ckp. dia ade ke xde ke…xde beze pon. malah aku rse lg baik dia xde sbb kurg sorg lg utk mak ko tanggung. sian mak ko doe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *