Cinta atau Hanya Ingin Menutup Dosa

Hai semua. Nama aku Min. Berumur lewat 20-an. Seorang bekas arkitek di sebuah firma di Kuala Lumpur.

Aku meluah disini disebabkan aku masih lagi tidak menjumpai jawapan untuk persoalan dalam situasi aku ini. Terlalu banyak persoalan dan aku akan tanyakan soalan untuk situasi aku ini pada akhir luahan nanti.

Sesuai dengan tajuk luahan, itulah soalan yang pertama. Aku tahu dosa tidak boleh “ditutup” atau dihapus melainkan hanya bertaubat pada Allah SWT.

Maka bermulalah kisah hidup aku yang membuatkan aku hilang arah dalam kehidupan aku.

Kisahnya bermula bila aku kenal dengan seorang wanita bernama Dy. Seorang yang biasa sahaja tapi mempunyai daya tarikan di mata aku.

Dy merupakan seorang arkitek baru di firma aku. Junior aku lah kirakan. Baru sahaja bekerja selepas graduate dari Universiti awam di ibu kota.

Setelah bekerja bersama dalam lebih kurang 5 bulan, Dy mula menunjukkan minat padaku. Selalu contact aku diluar waktu kerja dan bertanyakan something yang langsung tiada kaitan dengan kerja. Dari situ aku mula tertarik dengan Dy.

Tertarik disebabkan skill memujuk dan menggoda Dy yang membuatkan aku terus jatuh cinta padanya.

Disebabkan oleh aku sudah lama mebujang dan pada masa itu aku merasakan inilah masa terbaik untuk aku tamatkan masa bujang aku, eloklah kiranya aku balas cinta Dy.

Setelah kami menjadi pasangan couple, kami banyak meluangkan masa bersama. Selalu dating dan minum kopi diwaktu kerja bersama.

Disinilah hidup aku mula berubah. Disebabkan rasa cinta yang membuak, akhirnya aku terlanjur bersama Dy.

Perkenalan selama 5 bulan yang lalu diakhiri dengan satu dosa yang amat besar sekali. Selepas kejadian itu, aku merasakan sesuatu yang berubah dalam hidup aku. Selama ini hidup aku tenang walaupun berseorangan.

Aku hanya kusut bila perlu siapkan projek clients sahaja tetapi setelah kami terlanjur, aku dapat rasakan jiwa aku sedang mengatakan “this is not right”. Selalu kusut.

Jiwa dan hati aku berubah. Jiwa dan hati aku selalu berdebar. Masa tidur aku dah tak menentu. Aku fikirkan tentang kejadian itu.

Itu kali pertama aku terlanjur dengan seseorang. Seorang yang aku sayangi dan cintai. Aku mahu jadikan Dy sebagai isteri aku pada mulanya tapi nafsu mengawal kami sebelum perkahwinan terjadi.

Jujur aku menyesal melakukan itu. Aku istikharah dan mohon petunjuk Allah. Setiap selepas solat, tak pernah aku lupa untuk doakan supaya Allah ampun dosa aku dan Dy. Akhirnya, aku putuskan untuk mengahwini Dy.

Aku jumpa Dy. Aku bagitahu yang aku nak memperisterikan beliau. Aku taknak hubungan yang sia sia dan terus menerus melakukan dosa.

Tetapi satu lagi tamparan buatku bila Dy menolak untuk aku mengahwininya. Padahal sebelum ini, kami asyik bersembang berkaitan kahwin. Alasannya beliau masih lagi tidak stabil.

Beliau nak jadi seorang independent women. Mungkin 2,3 tahun lagi baru nak kahwin katanya.

Aku terpaku. Aku buntu. Hati aku resah. Makin resah dan tidak keruan. Aku cinta dia dan sebelum ini, dia pun mencintai aku. Tetapi kenapa dia menolak cinta aku?

Dy mula berubah. Dia mula menjauh diri dari aku. Dia mula layan aku seperti seorang yang baru dan asing baginya.

Pada masa sama, hati aku masih lagi resah. Tak tenang dan selalu berdebar. Sehinggakan aku tak dapat tidur pada malam hari. Mungkin ini balasan kecil yang Allah berikan padaku atas segala perilaku aku.

Jujur aku katakan, aku nak buang hati dari diri ini. Aku tak nak rasa hati yang tak tenang begini.

Perasaan dan hati yang tidak tenang ini mula mendominasi minda dan diri aku. Aku mula hilang fokus masa bekerja. Apatah lagi aku perlu bekerja dengan Dy.

Aku terbayang segalanya bila bekerja dengannya. Hari aku makin celaru. Perasaan aku mula tak tentu arah.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk resign dari jawatanku di firma tersebut. Aku tak boleh bekerja dengan keadaan begini. Hari demi hari seolah hatiku memakan diriku. Sangat tidak tenang.

Dy seolah ingin aku lupakan beliau setelah aku resign dari firma itu. Dy ingin putus bersamaku dan menganggap aku sebagai kawan sahaja.

Mana mungkin aku boleh lupakan Dy. Aku cuba untuk lupakan beliau. Aku block semua sosial media dan whatsapp beliau.

Tapi ianya tak semudah itu. Hati aku masih meronta. Hati aku masih tidak setenang dulu. Ini betul2 azab kecil yang Allah berikan padaku.

Pada masa sama, hadir seorang wanita lain dalam hidupku. Mira namanya. Kawanku dari universiti dulu. Kami dah lama berkenalan cuma hanya berkenalan sebagai ex-classmates. Mira meluahkan perasaan padaku. Aku jadi serba salah.

Mungkin Mira hadir untuk aku lupakan Dy. Tetapi hati aku tak boleh tipu diri aku sendiri. Lagipun, aku kejam untuk Mira sekiranya aku menerimanya. Aku pernah terlanjur. Aku pernah berzina. Semestinya diriku tidak layak untuk wanita sebaik Mira.

Aku sudah berdoa, aku sudah beristikharah, aku sudah tinggalkan Dy seperti yang beliau inginkan.

Aku juga tinggalkan kerjaya aku. Aku tinggalkan ibu kota. Aku tinggalkan segalanya untuk aku kembali tenang seperti dulu. Tetapi masih lagi tidak berjaya untuk buatkan hatiku seperti dulu.

Jujur, aku buntu. Apa yang aku harus lakukan untuk hati aku kembali seperti dulu? Semoga Allah ampunkan dosa aku dan dosa Dy. Semoga Allah berikan taufiq dan hidayah padaku dan pada Dy.

– Min (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *