Tempat Yang Salah Atau Aku Yang Salah?

Assalamualaikum. Nama aku Amira. Umur sudah cecah lewat 20-an. Sudah berkahwin tahun ini dan alhamdulillah, rumahtangga aku biasa saja dan aku mempunyai suami yang sangat memahami.

Disini, aku cuma ingin meluahkan keadaan aku yang agak bingung. Bukan aku tak luahkan dekat husband aku, tapi suami aku hanya bagi respon biasa saja. Sekarang aku masih dilema tentang pekerjaan aku. Aku mempunyai segulung diploma dari IPTA.

Cuma, keputusan ku biasa saja. Aku pernah minta kerja pejabat sewaktu mula-mula aku lepas habis study. Ada yang sangkut, tapi sangat jauh dengan tempat aku tinggal. Jadi aku tolak tawaran itu.

Namun, tahun berganti tahun, aku seakan sedar diriku tidak patut menunggu lagi dan aku taknak buang masa tunggu kerja. Jadi aku cuba saja kerja di bahagian retail. Aku bertahan dalam bidang retail selama beberapa tahun saja.

Aku nekad membuat keputusan untuk resign dari situ kerana aku sudah tidak boleh memberi kerjasama untuk waktu operasi kedai itu. Bayangkan , kerja hanya berdua. Kedai wajib buka dari pukul 7 pagi sampai 11 malam.

Bila kerja berdua, satu syif hanya kerja sorang saja. Apa yang akan berlaku kena lah akh hadap sorang-sorang. Nak cuti apa-apa pun susah sebab susah nak dapat staf lain cover.

Jadi, sudah pegang status seorang isteri, aku rasakan waktu kerja aku tidak lagi sesuai denganku. Dan suamiku memahami.

Suami aku kerja nya biasa-biasa saja. Gaji cukup makan. Nak bermewah tu aku kena sabar dulu. Namun, aku masih bersyukur walaupun sebegitu, suamiku tetap berusaha untuk tunaikan apa yang aku nak. Dan aku lagi bersyukur kerana suami aku masih punya kerja tetap.

Aku selalu berdoa agar suami aku dimurahkan rezeki untuk mendapat kerja yang lagi bagus. Jadi pada waktu ini, aku anggap saja itulah rezeki kami.

Itu tidaklah menjadi masalah besar bagi kami kerana aku yakin, tidak selamanya susah. Hati aku gembira bila suami aku sudah ada planning nya untuk membuka mini mart selepas fikir masak-masak untuk cuba bekerja sendiri.

Selepas aku resign dari kedai retail itu, aku duduk rumah selama satu bulan sebab aku nak rehat sebelum aku dapat kerja lain. Selama satu bulan itu, aku banyak mohon kerja di website. Alhamdulillah, rezeki aku dapat 4 tawaran. Rezeki berkahwin mungkin.

Namun, aku telah terpilih di satu company ini. Aku happy sebab aku dah lama idamkan nak kerja pejabat sebab aku nak kerja yang jadualnya sudah tetap dan cuti pun aku tak perlu berebut. Hujung minggu pun aku boleh tenan-tenang.

Balik kerja pula, aku boleh uruskan rumahtangga aku seperti masak, kemas rumah. Selepas aku ditemuduga, manager syarikat itu menyuruh aku terus kerja pada keesokkan harinya memandangkan mereka ‘urgent hiring’. Aku pun tanpa fikir lagi, terus grab peluang ini.

Keesokkan harinya, aku masuk kerja. Ada seorang lagi staf dekat situ tetapi aku terkejut bila diberitahu olehnya, dia akan resign. Dah la tak ada banyak hari dia di situ.

Pada hari pertama sampai beberapa hari, aku okey saja, namun lagi semangat nak tahu tentang kerja- kerja di pejabat.

Job scope aku tidaklah begitu payah sebenarnya dan syarikat itu pun tidak lah besar.

Dulu owner (bos) aku tu dia saja sudah ada 3 unit syarikat. Namun disebabkan PKP, dia sekarang ada 1 unit saja. Jadi, staf itu ada beberapa hari untuk ajar aku selok belok jobscope aku dan aku jadi bertambah rungsing.

Seperti yang aku jangkakan, staf itu tidak dapat mengajar aku sepenuhnya. Tapi aku okey saja, mungkin tiba masa aku perlu lakukan sendiri.

Kiranya, pandai-pandai lah aku bawa diri. Rupa-rupanya, aku dan manager aku saja bekerja dalam pejabat itu. Tidak ada lain dan tidak seperti syarikat lain yang mempunyai department masing-masing.

Aku bertambah kelu, risau pun ada. Tapi aku kuatkan semangat, hari-hari aku berdoa supaya dipermudahkan urusanku.

Namun, ada hari aku okey saja, ada hari aku sangat stress dengan manager aku. Aku bukan lah budak-budak lagi, aku mampu uruskan dan selesaikan masalah.

Cuma aku rasa tak mampu nak hadap perangai dan cara manager aku. Aku sejenis yang boleh kerja multitasking dan aku stress bukan lah pasal kerja yang aku kena buat. Bagi aku, kerja itu okey.

Makin hari makin aku rasa manager aku melampau. Sehinggakan kerja diluar bidang aku pun dia push aku selesaikan. Ibarat macam pandai-pandailah kau uruskan. Lepas tangan pun ada tapi aku sabar lagi. Mengenangkan aku pun masih baru 2 bulan kerja.

Tapi aku sudah dapat rasakan aku takkan bertahan lama kalau benda ni berterusan dan membuatkan aku jadi semak kepala. Ada satu masa tu, email tak boleh hantar dekat client mungkin server masalah memang aku tak tahu sebab aku bukan pakar IT.

Aku sudah buntu dengan siapa aku boleh rujuk perkara tu. Bagitahu dia pun macam tak function, lagi disuruh aku settlekan. Sepatutnya, bila jadi macam ini, boleh saja terus refer kepada department IT tapi sedih, syarikat ni tak hiring IT person.

Aku rasa macam nak jerit sekuat hati. Bila aku tanya manager aku nak refer kepada siapa, dia cakap memang takde pakar IT kat dalam syarikat ni. Dia suruh aku google saja cara nak selesai.

Kadang aku sumpah je dalam hati, walaupun aku google, aku still lagi tak tahu mana nak tekan mana-mana, yelah, komponen apa-apa.

Tapi dia bajet aku tahu semua nya. Ibarat, kerja admin pun atas bahu aku, handle client pun dekat aku, sekarang kerja-kerja IT pula.

Aku kerja sini tak ada rakan pejabat. Hanya aku dan manager aku saja yang run bisnes ni hari-hari. Bekerja hanya berdua. Yelah, nak berbual pun tak ada tempat.

Takkan nak berbual dengan manager aku yang entah apa-apa tu. Diam lagi bagus. Hari demi hari aku buat hal aku je. Pergi lunch pun sorang-sorang. Betapa lonely nya hidup aku bila kerja sini. Paling aku tak suka, bila dia cuti aku tak boleh kemana – mana.

Sebab tak ada staf lain. Aku tak boleh pergi lunch just duduk je dalam office tu sampai balik. Aku taknak argue dengan orang macam itu. Aku just buat kerja aku saja.

Aku ada banyak lagi nak cerita tentang perilaku nya, tapi takut terlalu panjang sangat. Aku masih lagi baru dekat syarikat ini tapi aku sudah rasa give up.

Ex staf sini berkhidmat selama 5 tahun. Dulu katanya ramai staf, tapi ketika dilanda PKP, ramai resign dengan sebab- sebab tertentu.

Tinggal lah dia sorang. Aku masih ingat lagi, hari terakhir dia kerja, boss(owner) dan manager aku, tak ada celebrate pun untuk meraikan dia.

Sebijik kek pun tak ada, wishes pun tak ada. Aku pula jadi macam terkilan. Bekas staf tu pernah je bagi hint dekat aku tapi masa tu aku tak terlalu fikirkan nya.

Namun, aku dapat rasai dan tengok semuanya sekarang dan sememangnya, aku rasakan ini bukan tempat yang betul untuk aku.

Aku hanya nak minta pendapat dan nasihat dari korang semua apa yang patut aku lakukan sekarang sama ada perlu bertahan atau pun letak jawatan saja.

Jauh disudut hati aku, aku memang nak resign saja. Rezeki aku bukan terhenti disini saja. Aku dah semakin menginjak usia dan tidak patut aku serabutkan diri aku dengan hal macam ni. Sekian dari aku.

– Amira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *