Aku Isteri Yang Malang

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin, adik beradik ramai, nak makan mewah jauh sekali. Habis spm aku bekerja untuk bantu ibubapaku.

Alhamdulillah bagi meringankan beban ibubapaku macam² kerja yang aku lakukan.

Masa bekerja ni lah aku berjumpa dengan suamiku ketika kami sama- sama tunggu bas untuk pulang.

Dipendekkan cerita, setelah berkenalan selama setahun kami bertunang dan berkahwin selepas itu.

Masalah melanda rumah tanggaku apabila tempat kerja suamiku terpaksa tutup, dan suamiku mendapat sedikit pampasan.

Sejak itu suamiku terlibat dengan ubat batuk, pil dan sebagainya. Pernah suamiku dicekup, kerana sayangkan rumahtangga aku jamin dia, janji tinggal janji.

Rezekiku murah, setahun syarikat tempat suamiku ttup aku ditawarkan bekerja dalam perkhidmatan awam. Sujud syukur aku.

Perangai suamiku menjadi² janji untuk berubah hanya tinggal janji,

Kesilapan paling besar dalam hidup aku aku buat personal loan dirikan rumah atas tanah suamiku,

Masa tu gajiku kecil faham² sajelah. keluargaku miskin tanah yang ada pun hnya tapak rumah orang tua.

Kebetulan suamiku ada tanah dgn hati ikhlas aku buat loan untuk dirikan rumah

Aku ingat bila aku korbankan gajiku untuk keselesaan kami sekeluarga suamiku akan berubah, namun harapan aku sia² semakin teruk adalah.

Hati aku hanya Allah sahaja yang tahu, kecewa, menangis saban waktu.

Aku biasa menangis dalam tandas, aku jarang menangis depan anak²..

Anak aku ada 4 orang.

Yang sulong dah 22 Tahun.

Kawan² aku tengok aku seorang yang ceria, suka ketawa, hinggakan kawan² aku kata suka tengok aku tak ada masalah Allahuakbar. Semua itu untuk menutup kesedihan yang aku alami.

Hubungan aku dengan suami semakin jauh malah kami tidurpun asing². Aku tak boleh dengar lagu shima ‘diranjang kian sepi ku sendiri’ memang kena atas batang hidungku. Mengalirlah air mataku

Komunikasi antara kami pun tak mesra, suamiku buat hal sendiri aku dengan anak² sahaja. Tak bertegur sape jadi makanan dah.

Memang hati aku sudah tawar dah, ada juga aku fikir untuk berpisah jer. Tapi memikirkan rumah yang aku dirikan, yang hampir separuh gajiku dipotong, aku tak jadi untuk berpisah.

Kalau pembaca tanya kenapa tak report jer suami tu, untuk pengetahuan sekalian aku bekerja dalam bidang pendidikan anaku yang no 3 sorang jer perempuan, boleh dikatakan cemerlang dalam pelajaran,

Aku terlalu bimbang apabila rakan² sekampung mengetahui semua tu pasti diejekanya, aku terlalu bimbamg mood belajar dia akan hilang..

Aku bersyukur juga anak² ku yang no 1 driver lori yang no 2 buat bisnes, Alhamdulillah rezeki Allah untuk anak² ku.

Biarlah aku hadap semua ini demi menjaga air muka anak² ku walaupun hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Memang aku terlalu dahaga kasih sayang seorang suami, namun aku pasrah padanya. Tolong doakan aku semoga aku terus kuat menghapi semua ini.

Aku ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suamiku,

Walaupun aku bekerja, dapur rumahku sentiasa berasap, aku jarang makan dikedai @ beli lauk dari kantin,

Orang yang melihat dengan mata kasar selalu berkata, bertuah suami, kau pandai masak, namun aku bertanya pada diriku bertuah tak diriku.

Tapi aku pasti setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya.

Sesungguhnya aku menunggu detik bahagia dalam hidupku doakan aku ya teman² semoga aku mampu mengecapi kebahagian dalam rumahtangga.

– Insan Dilema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *