Anak Luar Nikah

Aku Umi. Aku bakal berkahwin tak lama lagi, dan sekarang aku sedang menyiapkan proses borang permohonan nikah.

Pejabat agama tempat aku telah menetapkan bahawa pemohon yang ingin bernikah wajib mengepilkan surat nikah ibu dan bapa.

Buat pengetahuan semua, kedua ibu bapaku telah meninggal dunia. Aku pula merupakan anak tunggal.

Pergilah aku ke pejabat agama untuk membuat carian sijil nikah ibu dan bapaku.

Setelah dicari, aku rasa sangat terkejut. Apa yang tertulis di surat nikah ibu dan bapaku di luar jangkaanku.

Ibu dan bapaku bernikah setelah aku berada di dalam perut selama dua bulan.

Mereka bernikah pada bulan Jun, dan aku lahir pada bulan Disember pada tahun yang sama.

Sedih sangat rasa hati apabila setelah 39 tahun hidup, baru aku tahu yang sebenarnya diri ini adalah anak luar nikah.

Rasa dunia ini gelap segelapnya. Tapi aku tetap kuatkan diri berhadapan dengan orang-orang yang berada di pejabat agama itu.

Aku tak sangka perkara macam ini berlaku pada diri aku. Aku sayangkan ibu dan bapaku. Sayang sangat.

Aku tak marah pun pada mereka. Cuma aku sedih. Setelah 39 tahun, baru aku tahu perkara yang sebenar.

Aku bertanya pada ustaz bagaimana dari segi nasab.

Setelah dihitung, aku boleh bernasabkan arwah bapaku dan boleh diwalikan oleh waris dari keluarga bapaku.

Perasaan ini tetap sedih, walaupun aku boleh bernasabkan bapaku, tapi aku wujud di luar pernikahan.

Ya Allah, sedihnya rasa. Mungkin ini khilaf kedua orang tuaku, tapi sekarang ianya memberi kesan padaku.

Bolehkah aku minta kata-kata nasihat daripada kalian untuk menghilangkan kesedihan ini?

Aku sedih sangat. Perlukah aku berterus terang dengan bakal suami, atau biarkan sahaja menjadi rahsia sehingga aku mati?

– Umi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Confirm ka luar nikah? Kalau mak jenis period lambat macam mana? Tarikh kandungan dia ambil pada first day period, saya pon cycle 60 hari baru period (I have a condition).

    • kn dia ada bgtau nikah bulan 6, lahir bulan 12…ada org dkt umah, ms mgandung 3 bulan dh cm 7 bulan perot…5 bulan nikah beranak, bila org tanya kata anak tak cukup bulan pdhl baby sihat walafiat besar elok beranak hr ni, esok terus boleh balik…kantoi dgn jiran bila misi dtg rumah dia takde, misi lepak2 tunggu dia jiran tanya misi “elok anak dia tak ckup bulan boleh bawak balik tak kena tahan wad” …misi kata cukup ja, baby 9 bulan lebih…dh kantoii dgn mak dia sekali tkejut berok

    • Tak perlu pun nak sedih2..tak tahu kedudukkan sebenar…mgkn tt anak lahir pramatang 6bulan dh bersalin..lgpun sdh elok2 bintikan bapa sendiri dan tak perlu cerita kat bakal suami..

  2. Tak perlu pun nak sedih2..tak tahu kedudukkan sebenar…mgkn tt anak lahir pramatang 6bulan dh bersalin..lgpun sdh elok2 bintikan bapa sendiri dan tak perlu cerita kat bakal suami..

  3. CUBA TANYA SAUDARA MARA, MUNGKIN YOU BABY PREMATURE WAKTU LAHIR?

    SEMOGA DIPERMUDAH SEGALA URUSAN SAUDARI

  4. Jgn termakan dgn hasutan perasaan dan iblis kak.
    Takdir jd anak luar nikah tu bkn urusan kamu tp dah tertulis dlm takdir perjalanan hdp

    Dan menjadi anak luar nikah bkn bermakna dunia awk akan hancur dan berakhir.TERUSKAN MENJADI INSAN BERGUNA DI SISI UGAMA DAN MASYARAKAT.
    Kamu itu suci dari dosa.Yg bersalah itu ibu ayah kamu.Doakan mrk dpt hidayah dan taubat nasuha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *