Assalamualaikum maaf admin tumpang post sini.. saya bukan student uia tapi saya nak luahkan perasaan kat sini..
Saya pergi intern kat satu tempat ni, mulanya saya rancang nak pergi dengan kawan perempuan saya, walaupun dia kristian saya tak kesah sebab kami dulu pernah duduk satu rumah jugak, dia ni kuat agama la kiranya sebab selalu pergi church setiap hari ahad. Dia baik, sangat baik senang nak hulurkan pertolongan bila kita susah..
Nak dijadikan cerita dekat hujung sem nak start intern dah baru saya tahu ada budak lelaki sekelas kami mintak intern tempat sama jugak, mulanya saya memang terkejut la tapi anggap okey je kot ada budak ni. Dia ni atheis, saya baru tahu. Dia ni kira baik jugak la, macam sopan santun gitula..
Sampai kat tempat intern kami disediakan tempat penginapan. Satu rumah untuk kami berdua perempuan ni, satu rumah untuk budak lelaki tu sorang. Disebabkan budak lelaki tu sorang, jadi kami rancang kongsi beli barang dapur bertiga. Kebetulan tong gas rumah budak lelaki tu dah kosong jadi kami pakat masak kat rumah yang perempuan ni la..
Hari demi hari berlalu, tiap kali time makan kami makan sekali, saya satu-satunya muslim di sini memang masih menjaga aurat saya.. sampai satu tahap saya rasa rimas dengan budak lelaki tu, kalau datang makan pukul 7 malam pastu lepak sini balik dekat pukul 11 malam, bayangkan betapa terseksanya saya, demi menjaga hati dia saya duduk je la kat meja tu..
Saya tak boleh salahkan dia sebab dia bukan islam, tak tahu apa batas pergaulan dalam islam, adab ziarah jiran dalam islam.. dia tak faham.. tapi yang sakit saya..
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengurungkan diri dalam bilik sebab nak solat maghrib dan isyak sekali dan tentu sekali tak nak jumpa dia la.. saya rasa macam tak bebas dalam rumah sendiri saya serba tak kena la..
Bilik saya dekat dengan meja yang mereka makan tu jadi saya dengar setiap isi percakapan mereka. Kawan perempuan saya tu selalu la selindungkan saya bila budak lelaki tu tanya saya dah tidur ke kenapa tak keluar, terkurung sahaja dalam bilik, saya rasa dia dah terasa dengan perbuatan saya. Saya rasa bersalah dengan dia tapi saya sungguh sangat tidak selesa budak lelaki datang rumah malam-malam.
Dan saya juga tak tahu macamana nak cakap dengan budak tu jangan lepak lama-lama, nanti dia terasa pulak.. kawan perempuan saya tu takde masalah pun, saya sorang je yang bermasalah.
Mohon pandangan macamana saya nak hadapi masalah ini dengan berhikmah. Minta tolong doa korang semua supaya saya kuat menghadapi ujian ini.
– uglyheart
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Better awak bersikap jujur dengan kawan awak tu at least dorang tau dari awak senyap akan buat dorang fikir macam2..jujur tu penting tapi sedaya upaya berbicara selembutnya bagi dorang faham..insyallah dorang akan faham.good luck
Minta maaf saya bg pendapat ya?
Saya cadangkan supaya awak bgtahu kawan awak tu(lelaki) depan2..terangkan kat dia bgtahu elok2…ckp kat dia kalau lepak pon jgn lah sampai lewat malam…& mohon jugak supaya kawan awak (perempuan) tu faham jugak & support tindakan awak….asalkan semua pihak ada kefahaman & tolak ansur…macam saya pon pernah dlm situasi lbh kurang mcm ni…saya pilih berterus-terang :-) Alhamdulillah diorang faham…
awak explain la pasal kenapa awak buat cmtu..agama kita mcm mana bab2 pergaulan dan aurat ni.kalau dia persoal nape ppuan islam lain tak kisah,awk ckplah,tu org lain..ni saya..saya pegang teguh agama saya..
Disebabkan dia taktau psl batas2 utk seorang muslim, awak kena la terangkan kat dia. No worries la psl terasa ke tak. Normally org akan paham setelah diterangkan. Bila kita tak bertwrus terang, itu yg menjadi punca salah paham.
Terangkan. Klo dia kwn ko stay n hormat. Klo x dia blah. Simple.
Time sblm nk masuk solat, bgtahu je nk pegi solat. Pastu lps isyak tu keluar la kejap pi dapur ke pastu bgtau nk masuk tidur awal. Mcm tu ok kut
Bgtaw terus je kt dia. Jangan sebab awk nk jga hati dia batas agama awk abaikan..
Silap awk dr awal.. Dh tau utk rumah perempuan kenapa setuju bg die(lelaki) masuk awal2 dulu wlpn utk time mkn saja..
tapi laki tu takkan tak faham. ajak sekali dua bukan bermakna hari2 atau selamanya. sapa tak rimas datang hari2 ?
Klw ikutkn aurat kita dgn perempuan bkn islam pn kne jge jgk kn.mohon pcerahan ye.sbb ad dgr org ckp walaupn dia perempuan tp klw bkn islam kita kne tutup aurat kita.btl ke
Betul. Setau saya aurat dgn pompuan bukan muslim sama macam aurat kita dgn lelaki bukan muhrim..
Yup betul, tapi ada keringanan sis kerana mereka serumah, mungkin ada yg lbih tahu blh beri penerangan lanjut