Reply to the ugly truth about terengganu

Sedih untuk terima tapi itula hakikat. Terengganu tersangat sangat kurang peluang pekerjaan. Dulu lepas aku dah grad aku ada banyak join group Whatsapp and follow page Kerja Kosong Terengganu nak tahu info kerja kosong. Tapi mostly kerja kosong kedai makan. Bukan aku memilih sangat kerja, tapi disebabkan aku ada degree nak jugakla kan aku kerja yang better sikit. Yang boleh dapat duit lebih, bagi family. Faktor kedua maybe sbb aku risau sangat pandangan orang luar kat aku kalau kje kat kedai makan. Yela ada degree tapi keje kat kedai makan sape je tak bunyi kan. So aku tolak, still cari kerja yang relate dengan kos aku.

Alhamdulillah selepas beberapa bulan menggangur aku dapat panggilan interview. Part aku risau pasal gaji, aku tak tahu nak mintak berapa. Dengan spontan aku cakap 1800. Yes 1800 sangat skit, tu basic diploma. But yaa, kalau kau duduk terengganu tu dah kira banyak untuk lepasan degree. Sebab apa? Sebab mostly company terengganu bayar gaji untuk lepasan degree guna basic gaji diploma. And ramai kawan aku cakap "weh banyak dah tu, ko nak berapa' . Tapi ada jugak tawar lagi rendah. Sebab apa? Sebab mostly company terengganu tengok experience. Demand experience lebih setahun. Masalah nya ramai yang fresh graduate, end up ramai graduan menganggur. Paling tidak merantau ke luar.

Berbalik pasal interview kerja, aku diterima disebabkan mintak gaji rendah. Lepas solat istikharah, aku terima offer kerja company aku yang sekarang. Tapi load kerja yang terlalu banyak, kadang macam tak padan dengan gaji aku. Sampai aku bawak balik kerja kat rumah. Sebab memang tak sempat nak siapkan kat ofis. Aku rasa anak-anak terengganu boleh paham apa yang cuba aku sampaikan. Kami tiada pilihan untuk memilih kerja di terengganu. I wish all the best untuk fresh graduate cari kerja. Lots love :*

– GADIS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Company ape tu?sblm harga mnyk jatuh,basic kt company yg aku prnh krje dulu utk fresh grad 2k atau 2.5k.kne tgk experience jgk la.skrg ni companies boleh jual mhl dgn letak gaji rendah sbb ramai org nk kerje.nak tak nak,trpaksa la brsabar.

  2. Sbenarnya bukan terengganu shj, mana2 tmpat yg bukan sekitar ibu negara (out of capital city) mmg gtu. Nk yg competitive,highly pay, good compensation kena pergi ke bndr besar, ibu negara, klau M’sia ni lembah klang, negara lain pn mcm tu,

  3. Kenapa semua post kat IIUM confession ni mesti nak letak gambaq scenery? Cuba la letak gambar lori ke, gambar najib ke, gambar sayur sayuran ke

  4. apakata enkorang ni cipta peluang pekerjaan pulak? everything is possible. kamon lah degree holder

  5. x tahu nak ckp mcm mana, kat johor ni pun ada lpsn degree keje gaji 1600, ada yg 2000, ada 2300..rezeki masing2 la..lama2 dah ada pengalaman..naik le gaji tu

  6. Ok la tu. Lagipun dpt bnda yg lbih mahal nilainya..iaitu spend masa dgn famili. Ko penat2 pun, balik tgok muka mak ayah. Mak ayah pun kata tak pyh bayar sewa, bru nk krja. Kalau gaji starting 2.5 kat kl pun, hakak tak rasa cukup. Dgn makan tak sedap tp mahal nya, dgn nk bli kereta, dgn nk bayar sewa bilik. Semput. Terengganu…makan sedap n murah. Duduk dgn famili. Ok laa tu. Xdenya ugly pun. Bnda ni jadi kt mana2 dik.

    • Murah? I agree to disagree. Kalau ckp psl murah, kelantan betul murah. Makan lunch di KT, kedai makan so-so tak murah fyi. (Ini berdasarkan pengalaman bekerja di bandar kuala terengganu)

  7. Waa basic diploma rm1800? Xpernah dgr dik.. Dlu akak degree starting basic degree rm1800 pastu tiap tahun naik.. Kpi kene jaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *