Assalamualaikum warga UIA…
Nak minta pendapat korang yg pernah rasa atau ada ibu tiri…macamana korg boleh terima diorang? Yang baik tu Alhamdulillah lah…seronoklah, tapi yang perangai dia susah kita nak terima…
Aku baru kehilangan mak, tak lama lepastu ayah aku buat keputusan kahwin baru sebab nak elak sunyi, ade orang uruskan dia masa kitorang takde. Tapi kalau nak diikutkan dia sibuk kerja, masak jarang sangat. Last2 ayah aku yg masak sendiri untuk adik aku. Nak urus rumah masa kitorang takde apetah lagi mmg xde masa la,,lantai tu sebulan tak mop gitu jelah…kat luar tak bersapu pun…Ingatkan dia boleh tolong sikit2…
Okay, aku tak dapat terima dia , apatah lagi nak panggil dia mak, ibu ,mama,…serious kaku lidah aku kalau nak panggil. Dia ada anak pempuan, dah besar, banyak cakap plak tu…cara dia gurau ngan ayah aku mcm gurau ngan kawan..kadang gurau dia mcm kurang respect sikit ngan ayah aku..weyhhh…kitorang anak dia sendiri pun takut nak gurau lebih2 ngan ayah..sebab kami respect..ayah aku pun layan je lah perangai dia…..
Masa raya haritu, firstime dia pergi ziarah keluarga belah arwah mak aku, then kitorg adik beradik pun ziarah keluarga diorang. Buat aku rasa kecik hati bila tiba2 lepas beraya dia(mak tiri) kata dekat aku, "keluarga arwah mak memang tak suka cakap dengan orang ke? Tak reti nak tegur acik(bahasakan diri dia)? Acik lalu sebelah diorang pun senyap je. Pelik la keluarga ni. Kalau keluarga acik meriah adik beradik, lagi2 kalau beraya."
Seriously dia ni tak reti jaga hati orang ke.? Sedih aku dengar dia sibuk complain keluarga arwah mak aku….nak banding2 kan plak….kau tak sedar ke mak aku baru takde, diorang tengah sedih,, mestilah take time nak terima semua ni. Lagi2 nak terima kau..sabar je lah aku..
Dia ni jenis gurau boleh buat orang terasa. Ada satu moment ni, abang aku ni pernah ada pengalaman accident teruk naik moto..kira kerap jugak lah…Abang aku gurau pasal dia naik motor mahal ngan kiotrang, tetiba "mak" aku ni mencelah konon nak buat lawak "jangan bahaya nanti semua orang abang langgar habis"…perghhhh…spoil kan mood kitorang betul dia ni…mestila abang aku terasa bila dia cakap camtu..nasib baik abang aku pandai control..buat dont know je…kalau aku aishhhh…
Tahap tak suka aku ni tahap kalau boleh taknak balik rumah,,,sebab hari2 jadi fake pura2 layan mak tiri aku…tapi sebab aku fikir adik ngan ayah aku kat umah,, ade la jgk semangat nak balik…hurmmm
Okay stakat tu je aku boleh cita pasal dia, kalau tulis banyk2 tak pasal2 geram sakit hati semua ada rasa nak hantuk fon ni kat kepala pun ada…
Tapi aku mintak nasihat korang, cane aku nak terima dia jadi "mak" kitorang…takut sampai tua nanti panggil dia acik buat naye je…huhu
Terima kasih,,,
– sloth
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
ketika pompuan complain pasal mak tiri pada masa yang sama beliau bercinta dengan suami orang.. *geleng kepala.. pompuan pompuan.. ada ja masalah*
Pasal pompuan xleh kawen byk. Klo blh same je mslh.
bagi saya,terimalah kekurangan dan kelemahan dia,ya pada awalnya memang susah nak terima dan faham,tapi ingatlah satu, kalau ayah kita gembira apa salahnya…kalau ada tertekan/masalah ceritalah kepada org yg boleh menasihatkan kita jd lebih baik,bukan kpd org yg slh yg boleh menghasut kita jd lebih benci…saya panggil mak ja kat mak tiri sy…selebihnya pandai2 lah bawa diri dan bertolak ansur…hormat dia mcm mak sendri…heee
saya rasa la awk ni xboleh terima lagi mak tiri awak tu.. tu sebb apa ja yg dia buat or apa ja yg keluar dari mulut dia awk akn tetap terasa wlupun benda tu kecik.. myb mak tiri awk sekadar nk bertanya or nk kurangkn rasa xselesa klu xbertegur sapa dgn famili arwah mak sbb tu dia bertanya kenapa famili belah arwah mak awak xbyk bercakap. boleh je awk ckp diorg ni mmg agak pendiam.kdg2 emosi kita yg dr awal dh tolak penerimaan seseorang smp bila2 pun kita xkn terima org tu.
Aku pun panggil mak tiri aku cik je..pada aku dia tak boleh ganti mak aku .
Terima dan sangka baik
ank tiri sy juga pgil sy acik..sy xde mslh..
panggil dia cik je, entahlah, nak taknak, kena terima jugak. sabar lah ye, rencah hidup. Moga ada sinar menanti utk awak. ☺
my rule.. mak tiri hanya boleh jadi isteri ayah kita tapi bukan penganti mak kita.. so bab panggilan panggil jew mak cik kew.. bio dia sedar sapa dia ngan kita.. bab perngai biasnya mak tiri mmg berlainan ngan mak kandung.. aku punya mak tiri perngai supo popeliaq perngai x best lngsung.. malas hipokrik.. nasib jenis jiwa kental .. kalau x lama dah ayah ku kembali duda.. hahahaha
Saya rasa awak patut tukar nama awak dari sloth ke cheetah kowt.. Baru cepat sikit awak terima mak tiri awak… Uhukuhukuhuk… #AcahJe
pggil je makcik senah
Br lagi kan??..jd masih dlm proses kenal hati dn cara.terbuka sket dlm menerima.cuma 1 nak pesan..mmg mak tiri x sama ngn mak kandung,ape lg nak ganti tpt mak kandung kan?..tp kena ingat jgn derhaka dik sbb dosa derhaka dgn mak tiri sama mcm derhaka kat mak kandung.
Lek r.aku ade 3 ibu tiri,1 ayh tiri.kau baru sorg dh mcm ni.mls nk crite dgn details tp aku rilek je.ikut flow baru sng.mmg die tak boleh ganti arwah mak kau tapi sampai bila kau nk duduk dgn ayh kau?kawin nanti kau tinggal ayh kau sorg.fikir positif baru kau boleh terima.brlapang dada la trime die.mgkin ambik masa yg lama tp kalau kau tak mula skrg,bila lg?nk tau mcm mne aku cope dgn bende ni smua,pm la.seriously bkn nk jual ape
nak terima memang susah, tapi satu tips, ajak mak tiri buat sesuatu sama2…lama2 jadi okaylaa
Kalau nak cari pengurus rumah, cari orang gaji…bukan bini. Itula laki, nak uruskan diri sendiri tak reti sampai terpaksa kawin…hihihihi jgn marah, gurau.
17 tahun aku duduk ngan maktiri..aku pggil dia mama..panggilan untuk mengingatkan aku yg dia adalah org yg perlu dihormati..bukan utk mengantikan tempat arwah mak aku..tipu kalau aku kata aku bahagia..tapi selagi ada ayah aku..aku akan tetap bertahan..
“Jangan bahaya , nanti semua abang langgar habis”
Bagi aku rilex jer gurauan tuhh , entah lahh , mungkin bagi kamu terlampau lahhh kan , satu jer sebenarnya , kamu belum bolehh terima
Kalau ko tak leh terima – apa perkataan kuar dari mulut mak tiri ko tu semua nya spoiled mood waima ajak makan pun ko akan rasa tersindir dia kata ko kebulur – #semoga ko mampu terima mak baru – aamiin
Simple.
Bila dah tak suka, dia buat ape2 pon akan nampak buruk kat mata.
Bersihkan hati kita.
Dr yg kau cerita ak tak nampak kesalahan besar pon yg dia buat.
Hanya berlainan pendapat dan penerimaan.
Which is kalau ko berlapang dada dgn dia, benda tu bukan masalah besar pon.
Sloth..
tahniah kerana aku lihat sisi baik ko.
Ko berusaha utk terima dia dan berusaha utk buat yang terbaik utk keluarga ko.
Jadi nasihat aku.. berlapang dadalah.. setiap orang perangai beza2.. tengok mak ko n adik beradik dia je la.. beza juga kan..
Ko tgk yg baik2 je..
Seperti mana dia try utk terima korang as anak, korang pon perlu terima dia as emak kan..
Moga Allah ganjari pahala
Tah je xde isu pon. Ok la tu mak tiri tu try to blend in hehe. Abes kalo lantai x mop sebulan ape kate sloth sendri yg tlg mop. Komplen jek lebih. Ekekee
Sebab dia compare antara mak dia n mak tiri kot..
Yg mana of cos laaa mak dia yg terbaik kan..
Harap3 dia terbuka hatii laa nk terima org baru hehehehehe
Tula kesian la die sbb mak da meninggal tp mak tiri tu xde buat slh pon. Bukan merampas ke ape. Kan
Ade org pk merampas juga long.. rampas kasih sayang org kata wpon kahwin pas mak da meninggal..
Harapnya si sloth ni x pk gitu la..
Dalam islam taraf isteri kedua ketiga atau keempat tetap sama seperti isteri pertama.
Isteri pertama akan dapat keistimewaan atas dasar respect dan terhutang budi.
Sedangkan dalam islam setiap isteri ade hak dan tanggungjawab yg sama ??
Saya pn ada mak tiri… kami maintain panggil auntie tapi kami baik dgn dia dan rapat dengan dia sebab dia jaga abah lps mama xda… mula2 mmg janggal tp pesan arwah mama supaya berbaik dgn mak tiri sbb dia dh pangkat mak… panggilan x kisah yg penting hormat dan berbaik dgn maktiri tuh… mmg tiada sapa blh jd pengganti arwah mama kita… tapi kena respek jgk… lapangkan dada… dan positifkan diri cuba sesuaikan diri dgn mak tiri baru….