usrah bukan hanya utk org baik, usrah juga utk org yg ingin jd baik

Salah Faham Terhadap Usrah

Oleh: Inche Faris

Ada orang yang 'allergic' dengan perkataan usrah. Mungkin kerana beberapa perkara salah faham ini:

1. ISIS juga ada usrahnya tersendiri, secara diam-diam mereka berkumpul dan bercerita tentang 'jihad'

Perkara ini pernah menjadi kontroversial di dada akhbar, dikaitkan 'usrah' dengan ISIS.

Jadi, ramai yang gerun dengan perkataan 'usrah', dikatakan ianya lubuk kelahiran pengganas!

2. Pernah join sebentar akan tetapi tidak meminati cara penyampaian oleh naqib/naqibah/murobbi/murobbiah

Mungkin kerana naqib terlalu bosan, suaranya mendatar sahaja dan isinya tidak dikupas secara menarik, atau naqibnya memang membawa usrah secara terpaksa lalu membuat preparation last minute.

3. Mendengar kritikan daripada orang yang pernah join usrah.

Ini mungkin menjadi kebiasaan bagi pelajar di kampus-kampus. Masuk-masuk ja rasa creepy sebab dengar orang cerita dan kritik usrah.

"Jangan join usrah A, depa tu bla bla bla."

" padamkan niat kau nak join usrah B, diorang tu bla bla bla."

" eh takyahlah join mana-mana usrah. Baik kau fokus pointer kau tu."

4. Budak-budak usrah bajet alim, bajet baik, bajet Malaikat! Kerjanya menghukum semua orang yang tidak join usrah, atau yang tidak seperjuangan dengannya.

And so on and so forth.

Jadinya, untuk mereka yang allergic dengan perkataan usrah, ataupun yang serupa seperti halaqah dan istilah-istilah arab yang lain berkaitan dakwah dan tarbiyah, ada beberapa solusi yang saya boleh kemukakan:

1. Jika anda belum pernah join mana-mana usrah, sangat manis untuk anda membuat eksperimen menggunakan diri anda sendiri.

Cuba sahaja sertai mana-mana usrah dengan niat untuk mengetahui pengisian (modul/silibus) usrah, cara penyampaiannya baik atau tidak dan manhaj (sistem) yang digunakan.

Banyakkan mengkaji tentang usrah anda, latar belakang dan apa yang berkaitan dengannya.

2. Jika anda pernah join usrah, dan anda masih ada allergic terhadapnya, ada dua kemungkinan; usrah anda yang bermasalah atau anda sendiri.

Seperti yang dikatakan di atas, masalah timbul dalam usrah mungkin kerana naqib yang tidak tahu mengendalikan usrah.

Untuk ini, anda perlu terlebih dahulu beri peluang kepadanya untuk belajar membawa usrah. Mungkin dia baru sahaja mendapat amanah untuk membawanya. Atau mungkin dia ada masalah lain yang menghalangnya untuk prepare usrah yang seterusnya.

Jika ada masalah pada ahli lain, anda perlu membantu mereka dan bukannya terus menghukum usrah itu dan melangkahkan kaki baibai keluar dari usrah. Lend your ears and shoulders for them.

Jika masalah itu anda jumpa pada diri anda sendiri, maka itu anda perlu cari alternatif untuk bantu diri anda, dan minta bantuan naqib dan ahli usrah yang lain.

Kadang-kala, kita ini terlalu cepat berputus asa dan membuat keputusan terburu-buru.

Melihat kecatatan pada usrah, terus sahaja disenarai hitam usrah tersebut.

Kita perlu terlebih dahulu menyelami dan mendalami apa makna usrah yang sebenarnya.

Usrah bukan hanya duduk dalam bulatan seperti yang anda saksikan, cerita tentang agama pum pang pum pang. No.

Usrah is more than that.

Usrah itu adalah keluarga. Dan sebenarnya, usrah itu hidup walaupun dah habis masa perjumpaan dalam bulatan. Liqo' usrah kita gelarnya.

Dan seorang naqib/naqibah itu bukan hanya seorang naqib/naqibah, ia juga adalah seorang guru, ayah, teman dan sahabat.

Usrah is not just about naqib or murobbi, usrah is about you. About us.

Kita akan sentiasa merasakan diri kita dijaga dan dipantau amalan-amalan kita. Naqib/ah akan update perkembangan kita dari semasa ke semasa.

Ia lebih rasa merdeka daripada yang anda rasa dikurung dan rimas.

Sebab ada orang care pasal kita dan keluarga kitalah kita rasa sentiasa terpelihara, namun naqib/ah tidak akan bersama kita setiap detik waktu dalam hidup kita. Kebanyyakkan masa memerlukan diri kita untuk mujahadah melawan nafsu yang menjadi seteru.

Dalam diam orang tidak perasan, kita sedang membina keimanan di atas paksi yang utuh dan benar dalam diri kita.

Namun jika hendak disimpulkan, usrah ini adalah salah satu cara daripada banyak lagi cara untuk jatuh cinta dengan Tuhan dan agama.

Akan tetapi bagi saya yang telah menyertai usrah sejak bangku sekolah, saya dapat lebih kenal Tuhan dan agama dengan fikiran yang luas dan tidak jumud. Saya selesa dengan jalan ini, maka saya pilih jalan ini.

Anda selesa dengan jalan anda, sila teruskan. Tapi dengan syarat, anda tidak boleh menghalang orang lain untuk join usrah disebabkan pengalaman anda dengan beberapa usrah. Jangan sesekali.

Biarkan setiap manusia itu mencari PenciptaNya dengan cara yang benar dan sesuai dengan dirinya.

Anda masih allergic dengan usrah setelah membaca ini?

Kita boleh bersembang kopi di mana mana gerai dan berkongsi cerita tentang usrah dan pengalaman.

Moga penulisan ini dapat sedikit sebanyak memadamkan salah faham terhadap usrah.

*Disclaimer: Ini hanyalah pendapat, pandangan dan pendirian peribadi, setelah melalui diskusi dan pengalamanan sendiri.

– pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sy awalnya seorang yg allergic dgAn usrah..mungkin sbb pengalaman..bila tgok kwn2 masuk usrah pun,ditimpa benda same..so,kami decide keluar dari usrah..usrah lahirkan pengganas??x pernah dgar yg tu..tp,kalau politik melahirkan pemberontak,yg tu sy agak setuju..dgAn silibus yg dibentangkan,memg kalau tgok2,rata2 sgt kuat untuk memberontak..tapi x semua..politik tu masih ada baiknya..

    Bila bace post ni,itu lah yg sy cri bila msuk usrah dlu tp x de..tp sy jumpe bila sy join khidmat untuk para asatizah..tp mane2 pun same..usrah tu x salah…individu tu yg salah..terima kasih atas post..bila bce post no,sy rse dekat..terima kasih confessor..^^

  2. Saya mmg rasa usrah tu bagus, mmg mencari semua tu dalam usrah, tapi harapan berkecai, orang dalam usrah buat saya tawar hati, apa yang lakukan kadang2 tak ikut rukun atau adab dlm usrah, kawan saya juga keluar ditimpa benda yg sama, tapi saya x salahkan sesiapa, mereka pun nk jadi baik cuma tak ikut cara… maaf ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *