Admin please approve.Aku cuma mengharapkan doa daripada kalian.Itu sahaja.
Assalamualaikum semua. Tak lama lagi dah nak final.Sebelum tu dah final ada study week kan.Ramai kawan2 aku yang ambil kesempatan ini untuk balik.Ramai juga yang sindir aku si …. memang tak rindu rumah betuilah.Yer,aku akui aku dah lama tak balik rumah semenjak masuk uia bulan 9 ritu.Aku nak sangat balik,jenguk dan tatap ibu bapaku n adik2 ku tapi apakan daya sekarang ni aku hanya mampu untuk menyimpan duit untuk makan kat sini.Kalau ada rezeki,in shaa ALLAH aku balik la umah kat kelantan.Setiap malam aku koll mak aku padahal tanya emak pasal emak dah makan je pon.Aku bimbang kalau2 family aku dekat kg tak cukup makan.Ditambah lagi dengan ayahku yang tidak bekerja sekarang kerana sakit.
Lebih menyedihkan,Emak beritahuku sakit ayahku bertambah teruk berkaitan dengan makhluk halus.Ya Allah menangis aku tatkala menerima perkhabaran itu.Pernah sekali aku telefon mak tanya dah makan ke belum dan emak memberitu sudah jangan bimbang pasal kami kat sini,kamu fokus kat studie kat sana.Tiba2 aku menerima 1 mcj dari adikku yg berbunyi..Kak,Adik lapar.Tadi makan roti jah nga telur goreng.Sekali lagi air mata aku menangis sebab tidak menyangka emak akan berbohong kepadaku sebegitu rupa..Emak begitu sungguh hatimu menipuku semata2 tidak mahu aku kesusahan di sini.
Saat ini hatiku tidak kuat,setiap malam pasti menangis dan termenung keseorangan sebab aku terlalu rindukan mak dan ayahku.Hanya melalui suara sajalah yang dapat mengubati aku sekarang ini.Nanti mesti ada suara2 yang berbunyi laa kalau rindu balik jelah.Hmmm kalaulah sesenang begitu ,aku pasti tidak luahkan masalah aku disini.Aku ada masalah kewangan sedikit tetapi aku sedar ramai lagi insan yang kesusahan daripad aku.Mungkin ini adalah ujian ALLAH SWT kepadaku.Satu je aku mintak,korang doakan yer agak bapa aku kembali sihat macam dulu dan aku boleh menjawab final exam nanti dengan baik.ALHAMDULILLAH.
– kucingManja