Solat Express

Aku bekerja di call centre. Sesiapa yang bekerja dalam bidang yang sama, mesti faham bagaimana situasi keje tu. Semua benda nak buat ada time limit. Kerja aku adalah office hour. 8.30 pagi – 5.30 petang. Waktu lunch 1 jam.

Disebabkan jarak kedai yang jauh, aku ambil masa dalam 45 minit untuk pergi & balik ke office. Dan baki 15minit lagi untuk solat zuhur. Office aku tak sediakan surau untuk staff ( aku bekerja di syarikat yang majoriti staff non muslim) jadi ku tumpang solat di surau bangunan.

Tolak masa dari perjalanan nak ke surau, ambil wudhu, pakai telekung, tunggu giliran nak solat semua tu, aku ada masa lebih kurang dalam 7-8 minit untuk solat. & semestinya solat itu akan dibuat secepat yang mungkin (masa lunch tak boleh lebih dari 1 jam, kalau tak, kena menjawab dengan big boss – non muslim).

Alu pernah aje tipu boss cakap nak ke toilet tapi sebenarnya pegi solat. End up, kena menjawab dengan big boss sebab lebih masa yang diberi untuk ke toilet ( 5mins). Pernah jugak direct beritahu, nak minta prayer break.. boss pulak tanya,kenapa tak pray waktu lunch. Bila explain, dikatanya aku melawan. Siap dapat warning letter lagi.

Kawan aku pernah aje cakap sia2 aku solat sebab solat express tak sah. Pernah jugak kena perli dengan kakak kat surau tu (keje office lain tapi 1 bangunan), sebab aku tak join solat berjemaah zuhut kat surau tu.

Pedih hati aku weh. Korang tak keje call centre, boleh la korang cakap macam tu.
Siapa yg taknak solat berjemaah, siapa yg taknak solat dengan tertib… bukan aku sengaja pun solat express tu. Solat zuhur tu aje yang aku terpaksa solat express.

Kepada yang selama ni selalu pandang serong kat orang solat express ni, jangan la main tak tentu pasal tuduh aku ni mcm2.tak perlu la perli2 aku. Sekurang2nya aku cuba untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah walaupun mungkin tak sesempurna korang.

Akhir kata, minta pembaca untuk doakan aku supaya dapat keje yang solat friendly.

– Miss Anon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *