Masam Manis Kehidupan

Assalamualaikum wbt.
Aku sekadar ingin bercerita dan meluahkan perasaan. Kepada sesiapa yang memberi pandangan/kritikan aku mengucapkan terima kasih. Mungkin boleh menjadi panduan untuk aku mengubah atau melakukan sesuatu ke arah yang lebih baik dalam memperbaiki kehidupan. Ceritanya begini.
Aku merupakan seorang pelajar cemerlang sejak dari tadika hingga tingkatan tiga (bukan puji diri sendiri tapi sekadar bercerita). untuk UPSR dan PMR aku dapat A lurus. Banyak saudara mara sayang aku puji aku. Aku pun banyak kawan sebab boleh dikatakan aku ni satu sekolah kenal aku. Aku tak masuk asrama lepas PMR sebab tak dapat tawaran mana2. Tapi kawan2 yang rapat dengan aku ada yang masuk asrama. Takpelah bukan rezeki aku. Untuk SPM aku tak dapat A lurus hanya 5A 3B. Alhamdulillah aku bersyukur. Aku memang teringin sangat nak sambung bidang undang-undang tapi untuk ke asasi undang-undang aku tak pasti waktu tu layak ke tak jadi harapan aku untuk sambung ke matrik. lagipun mak ayah aku tak suka aku ambik undang-undang jadi aku rasa lebih baik aku sambung matrik dulu lepastu fikir apa yang sesuai untuk aku. selain matrik aku ada juga mohon ipg dengan universiti yang lain. aku mohon diploma yang aku rasa lepas dengan keputusan aku. takde lah aku mohon asasi sains ke apa sebab memang tak lepas kan. lagi satu kan aku memang dah berniat aku tak nak ambik ptptn. kalau kat matrik dapat elaun dan aku plan nak apply biasiswa bila sambung degree dengan syarat result aku waktu matrik kena at least 3.75 dan ke atas. itu target aku untuk masa depan aku. nak dijadikan cerita, aku tak dapat tawaran mana-mana. Allahuakbar. waktu tu rasa nak luruh jantung aku. hanya ditawarkan ke tingkatan 6. aku dapat juga tawaran ke utp untuk foundation of bussiness tapi untuk setahun tu rm14000. aku memang tak nak susahkan mak ayah aku sebab aku ada 2 lagi adik kat bawah plus aku juga tak nak ambil ptptn. aku pun dengan rasa kecewa masuk tingkatan 6 kelas sains. waktu ni aku diuji lagi. aku gagal dalam stpm. memang salah aku jugak kenapa lah tak tukar kelas sastera kan. tapi jujur aku cakap waktu belajar memang aku faham waktu exam pun aku boleh je jawab tapi bila result keluar aku gagal. pada waktu tu Allah je yang tahu perasaan aku. Tapi waktu umur aku 19 lepas stpm aku dapat interview dan tawaran kerja kerajaan untuk jawatan 17 je iaitu untuk gred spm lah. atas nasihat mak dengan ayah aku terima kerja ni. mak ayah aku cakap sekarang ni susah nak dapat kerja sebab orang sekarang ni banyak yang pandai- pandai. nanti boleh sambung belajar. ada kerja boleh bayar yuran sendiri.graduan diploma ijazah tu memang dah ramai.dah habis belajar pun tak tentu ada kerja duit ptptn lagi nak bayar (dapat kerja atau tak itu rezeki masing-masing.tak ada niat aku nak kecilkan hati sesiapa ya). lagipun mungkin rezeki aku jadi aku terima je tambahan kata orang kalau kita dengar cakap mak ayah ni lagi berkat hidup. sekarang ni aku dah berusia 22 tahun. Alhamdulillah dah 3 tahun aku bekerja sebagai kerani je lah N17 dan aku jugak tengah sambung degree mod pjj. nak masuk semester 3. just kebelakangan ni aku perasan 1 hal. dulu aku banyak kawan-kawan tapi lepas spm boleh dikatakan semua kawan-kawan aku masuk matrik/asasi/diploma. ada 2 atau 3 orang je yang senasib dengan aku tak dapat mana-mana walaupun result boleh dikatakan ok. aku tak dapat nak nafikan aku cemburu dengan kawan-kawan aku. sebab mereka dapat rasa suasana belajar dekat universiti . hidup sebagai pelajar kata orang moments terindah walaupun ada juga lah yang susah. kadang-kadang hati aku terusik juga tengok gambar-gambar kawan-kawan aku dengan aktiviti unversiti mereka. aku tak dapat rasa semua tu. kawan-kawan yang aku rapat dulu pun sekarang hanya kawan biasa je dengan aku. kenapa ya? sebab aku tak sama level dengan mereka ke? (perasaan aku je kot) . walau apa pun aku bersyukur mungkin niat aku dulu tak nak ambil ptptn Allah makbulkan. Alhamdulillah aku mampu biaya pengajian aku walaupun hidup aku sekarang serba sederhana. Bak kata orang susah dahulu senang kemudian. Sekarang ni aku tak banyak kawan. Kawan-kawan aku yang dulu rapat sekarang semua sibuk dengan final year. aku pun jarang jumpa mereka just gambar-gambar je dapat aku lihat sebab aku tak dapat invitation pun bila mereka keluar sama-sama. Aku redha dan terima jalan hidup aku begini. Aku berdoa dan berharap semoga suatu hari nanti aku dapat tebus kembali perjuangan aku yang terhenti. aku ada cita-cita sendiri. aku nak jadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik. aku nak ada master aku nak ada phd walaupun mungkin aku lambat. tidak mengapa. jika tuhan izinkan aku nak sangat ada phd. segala yang baik dari Allah dan sebaliknya adalah kelemahan diri aku sendiri. dengan izinNya aku menulis. Semoga kita semua dibawah lindunganNya. Assalamualaikum wbt.

– Awkward Confessor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *