Aku ada social anxiety and sedikit introvert but ni semua bukan dri lahir2 terus ada. Semua ni berpunca dripada several experiences throughout my life. Dulu, aku ni confident orangnya. Selalu disayangi cikgu sebab ada kepimpinan and mmg pernah jadi prefect pon. Tpi aku ni nerd sikit. Jenis pantang org langgar rules. Expecting people to be perfect. Last2, mmg aku dibenci oleh org termasuk kawan2 baik aku dri sekolah rendah (ktorg sama2 masuk sekolah menengah). Dri situ aku da start fobia nak berkawan dgn org sbb even kwn aku yg kenal lama pon boleh kutuk blkg bagai.
Nak jadikan bertambah teruk, aku kena cystic acne yg teruk since form 1. And yes, this impacted me the most. Confident level terus jadi zero. Mana tak nya, pergi mana2 semua org pandang (some even looked disgusted macam aku x jaga kebersihan sampai muka jadi teruk macam ni). Pernah sekali aku beli brg kat kedai, cashier kat situ boleh sempat lagi tegur "dik, teruknya muka awak~ kesian akk tgk awk ni" Aku lagi la down. Kau da kenapa nak tegur. Aku tau la muka aku teruk. Grrrr~ Sampai satu tahap tu, more than 20 jerawat yg besar tumbuh serentak ada kat muka (yes, aku kira ada berapa.. Nak tgk ada sesapa x yg boleh pecahkan record lawan aku)
Aku pnye lah seksa dengan jerawat ni sebab everytime aku solat je especially time sujud, jerawat mesti pecah. And bukan setakat pecah, smpai darah dia pon kluar kena telekung. Maka solat ku tertangguh. Ye la, nak kena cuci telekung tu balik and tampal plaster kat muka before boleh solat balik. (Kengkorg yg x pernah experience ni xkan tau betapa seksanya hidup aku)
So, disebabkan aku pnye jerawat n kes kena tikam belakang ngan kawan, aku x confident nak face the public. Org anggap social anxiety ni benda kecik (alahhh, semua org kan ada. Lagi2 kalau time nak buat public speaking) tpi kau kena faham yg utk certain people, it's worst than you thought. Aku punya anxiety smpai kdg2 kan, kalau esoknya aku kena kluar nak renew lesen/ ada presentation ke, seminggu before tu aku da x boleh tido dah. Sebab aku asyik dok bayang apa akan berlaku hari tu, aku nak ckp apa, mcm mne aku nak handle org, apa diorg akan ckp kalau tgk muka aku yg berjerawat ni, diorg kutuk aku ke nnty.. These questions yg mostly bermain kat minda aku sampai nervous aku tu buatkan aku sakit perut and rasa nak muntah. On that day, kau mmg xkan nmpk aku senyum. Muka tgh stress nak pikir ayat nak jwb soalan kalau ada org tegur aku. Rasa nak pitam pon ada.
Aku pnye anxiety dia mostly triggered by phone calls (ade sesape x gang kat sini? Please la mengaku. Aku x nak pelik sengsorg. Haha) Kau bayangkan, everytime phone aku berbunyi ;as in kalau ada org call, aku akan nervous giler babeng sampai kadang2 phone pon boleh tercampak time aku tgh pegang. And sorry to say, aku mmg takkan angkat num yg aku x kenal. Dia punyelah nervous sebab aku dok pikir nak jwb mcm mne. Aku paling benci kalau parents aku suruh call buat appointment or anything sebab aku nak call org tu, seriously akan amik masa yg lama. Hahaha. Firstly, aku akan ddk dlm bilik sorg2 (nak tenangkan diri pnye psl sambil pikir ayat nak ckp apa). Dlm setengah jam/ sejam kemudian baru aku akan call. Tu pon kadang2 sama ada aku ckp terlalu laju smpai org tu suruh repeat/ or aku ckp gagap n berterabur. Kawan2 aku semua pelik asal social anxiety aku triggered by phone sedangkan org tu x boleh pon nmpk aku ni. Aku pon xtau nak explain cemana. Ade sesape tau x knp?
– Introvert alien
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit