Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Kalau confession ni di approve mekasih lahh yeeeee
Pada mulanya, aku ni bukanlah pendiam sangat. Still bercakap dengan kawan2, sampailah aku makin meningkat dewasa aku jadi semakin pendiam. Dan sejak aku jadi pendiam ni lah, aku start habiskan masa baca confesssion kat page ni. hehe. Masa tunggu lecturer masuk, aku baca. Kat public, aku baca. Aku boring, aku baca. Kira macam handphone dengan aku ni berpisah tiada lah. Tapi tak berpisah bukan sebab text pakwe ke ape, tapi sebab aku baca confession kat page ni lah. Dan bila aku baca confession2 kat sini, baru aku tahu yang sebenarnya ada orang yang jauh lagi tak bernasib dari aku. Terima kasih sebab confession korang, aku belajar untuk lebih bersyukur.
okaylah, aku nak balik semula pada cerita aku. Kenapa aku jadi pendiam? Actually, bila aku makin dewasa aku nampak macam2 masalah dalam keluarga aku ni. Masalah ni buat aku makin low confident, dan jadi pendiam. Aku tak tahu puncanya apa. Aku rasa ego kot punca keluarga aku bermasalah.
Ayah aku seorang ustaz, tapi dia pernah buat satu kesilapan iaitu mahu berpoligami. Semua ahli keluarga kami membantah. dan lebih 5 tahun, mak asyik ungkit isu poligami tu depan ayah walaupun ayah aku tak jadi dah berpoligami. Ayah aku ego. Ayah aku start pergi mahkamah, usulkan hal untuk poligami. Dia buat mak aku habis ribu2 upah lawyer. Walhal dia tak nak pun poligami, tapi sebab nak bagi pengajaran pada mak aku, sebab mak aku asyik cakap " pergilah poligami tu, pergi ". Dan ayah aku tercabar kot. So that s it. Dia buat betul2. Aku tahu poligami tu halal. Tapi bila masyarakat keliling kau pandang serong pada org berpoligami, tu lah yang jadi. Aku malu, bila orang kampung mengata keluarga kami disebabkan isu poligami. Kawan2 pun selalu perli aku, pergi rumah mak muda lah, ape lah. Benda ni buat aku depress and aku start jadi pendiam sikit demi sikit. Aku jadi malu dengan keluarga aku.
Dan aku ada seorang abang, abang aku ni dulu bekerja kat bandar dan kemudian dia berhenti. Sebab nak kerja kampung, nak jaga mak ayah. Dia buat bisnes, tapi itulah sebab bisnes dia tak berapa menjadi. Dan start ni aku jadi lagi pendiam yang tahap extreme punya. Dia selalu mintak duit ngan mak ayah aku. Kalau tak dapat je, dia mengamuk, habis semua barang dalam rumah aku dia hancurkan. Selama aku duduk kat u, aku tak tahu dia buat macam tu sampailah satu hari tu, benda ni jadi depan mata aku sebab aku tengah cuti mid sem masa tu, waktu aku first year degree. Dia mengamuk terbalikkan kerusi panjang tu depan mak aku, sebab dia tak dapat duit. Untuk pengetahuan korang, aku ni satu2 nya adik beradik perempuan dalam keluarga aku. ok berbalik cerita aku tadi. Bila dah nampak mak aku kene marah macam tu, aku menggelegak lah. Terus aku sound direct punya. Aku marah dia, pastu aku terus ungkit pasal dia tak solat tak puasa semua tu. Last sekali, dush ! aku kene tumbuk dengan abang aku tu. Mak aku pun yang saksi tu tak boleh buat apa lah. Pastu aku cakap aku tak maafkan dia. Sejak tu aku berazam untuk tak anggap dia tu abang aku. Dia tanya apa semua aku buat bodoh. Kalau kat meja makan ada dia, terus aku tak jadi makan.
Dan akhirnya, aku jadi pendiam. kat U aku bercakap bila perlu je, tapi sejak aku jadi pendiam ni. aku jadi mudah terhibur, even kawan buat lawak hambar pun, aku ketawa. Betullah orang cakap, org yg byk ketawa ni sebenarnya orang yang sedih. Entahlah. Sebenarnya, banyak lagi lah masalah dalam keluarga aku ni. semua sebab ego. rasa diri paling hebat. tak pernah terima salah sendiri. At the end, family aku tak aman macam dulu. Masalah dalam keluarga aku ni buat aku tak banyak bergaul dengan kawan2. Sebab apa, sebab aku cemburu dengan family kawan2 aku. Baju raya sama setiap tahun, Pergi bercuti setiap kali cuti, bergurau dengan ahli keluarga. Tapi aku tak. Kadang2 tu aku just reka je cerita keluarga aku, bagi nampak bahagia pada pandangan mata kawan2. Dan masalah family aku ni buat aku tak nak jatuh cinta dengan mana2 lelaki, ramai je approach aku kat fb, wasap semua sebab nak kenal2 . tapi aku buat dunno, sebab aku tak nak suami aku nanti hidup tertekan macam aku, tiap hari dengar pasal gaduh. Aku takut dia tak boleh terima keluarga aku.
maaflah kalau korang tak faham cerita aku. aku menaip ikut perasaan. Maaf. Selamat Hari Raya ! Hehehe
– Si Pendiam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit