Alhamdulillah Allah swt. masih bagi kesempatan menulis tentang pengalaman dulu dulu.
Selalunya saya minat baca je dari ruangan ini dan kali ini saya cuba tulis cerita pula saya semasa dihantar belajar ke Amerika dulu. Terima kasih kepada admin yang ‘post’ kan coretan saya yang tak seberapa ini.
Sebenarnya saya kerja kerajaan baru pencen awal. Syukur kepada Tuhan banyak rezeki yang Allah telah limpahkan kepada saya.
Sejak dari sekolah menengah lagi, saya telah dipilih ke sekolah asrama penoh, dan saya seorang sahaja dipilih dari sekolah saya itu walaupun saya tiada ‘cable’ apa apa pun.
Memang tak target pun ke Sekolah Asrama Penoh tu, saya minat ke sekolah agama yang berdekatan selain dah ramai keluarga saya yang lepasan sekolah agama dan mereka sudah berjaya dalam kerjaya, ada yang jadi cikgu, kerja kerja yang bagus dll.
Dan bersyukur juga kerana selepas SPM (walaupun result tak best mana) saya terus ditawarkan melanjut pelajaran ke Amerika.
Memang pada masa itu kerajaan menghantar ramai sangat pelajar-pelajar ke luar negeri, dari sekolah saya di Pantai Timur masa tu pun, pelajarnya memang ramai yang dihantar kerajaan ke oversea, ke England, Australia, Arab dan ke Amerika.
Dah macam angkat muat je. Lulus je SPM terus kerajaan hantar ke luar negeri. Ada yang lagi terror, dah dihantar sebelum result SPM keluar lagi, guna result ‘Peperiksaan Percubaan’ sahaja, ramai juga kawan kawan sekelas saya yang pergi Amerika sebelum result SPM keluar lagi.
Kita tengah suspen tunggu result SPM keluar, diorang dah bertungkus study di Amerika dan dah travel merata seluruh Amerika tu.
Bila saya tiba di California, dekat pula dengan Hollywood tempat perfileman tu, masa tu umur muda, belasan tahun lagi, teruja juga, nak explore benda baru, kat negera baru. Dulu selalu tengok kat tv le, sekarang ni ada depan mata.
Tapi Reality nya taklah seindah dalam tv. Rupanya itu lakonan sahaja. Dunia sebenar mereka agak kelam kabut juga. Beberapa bulan pertama tu saya agak lalai juga, iman lemah lagi, antara sebabnya ialah suasana sekeliling, pengaruh kawan kawan juga memain peranan.
Tetapi mujur juga saya transfer ke universty lain belah utara yang agak sejuk. Jadi kurang sikit jumpa manusia yang buka aurat.
Bila cuaca sejuk diorang pun pakai pakaian tebal dan tak sanggup juga nak buka sana sini, cuma bila tiba musim panas (summer) barulah diorang ‘all out ‘semula, hilang pakaian semula, yang perempuan pakai seluar pendek dengan tshirt kecik, pinjam baju adik kot.
Bila pindah ke utara, alhamdulillah disini saya jumpa kawan-kawan yang baik dan ikut banyak ikut agama.
Abang-abang senior dah rasa bertanggung jawab nak didik kitorang kearah agama supaya kita tak terus hanyut di negara yang bebas ni, yang mana selalu je kita dibawa ke masid yang lebih kurang setengah jam juga dari tempat kitaorang.
Hari jumaat malam selalu ada ceramah agama oleh Br Arab dan lain penceramah dari seluruh dunia dan selepas itu mereka akan jamu kita makan.
Kadang kadang Pak arab ni ajak kitorang khuruj ( travel di jalan Allah) ke luar daerah ke masjid-masjid lain seluruh Amerika tu.
Kita pun setuju lah sebab kadang kadang dapat menengok negara orang, dan dapat naik kereta diorang yang besar besar, dan juga naik van masjid yang macam motorhome tu.
Ahli jemaah masjid ni pun ada dari Palestin, Saudi, Mesir Jordan, Somalia dan berbagai negara lagi termasuk Pakistan, India, dan Bangladesh.
Ada masjid yang dibina besar besar seperti di bandar Seattle, ataupun di Los Angeles dan ada juga yang asalnya gereja dah diubah menjadi masjid.
Banyak juga sekolah sekolah Islam yang di asaskan oleh orang Islam untuk anak anak orang Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Amerika sebab dah ramai orang Islam di Amerika jadi mereka nampak kepentingan pendidikan Islam untuk anak-anak mereka, Sekolah Hafis Alquran pun dah banyak diwujudkan.
Seronok dapat travel tengok tempat orang di Amerika ni, dan travel dengan kawan kawan yang soleh dan amat menolong.
Pak-pak arab ni pemurah. Diorang tak berkira, kalau bab ikram ni. Diorang sponsor je makan minum tu, janji kita ikut diorang khuruj ziarah saudara Islam yang lain di tempat-tenpat yang lain.
Ramai lagi saudara Islam kita di sana yang merantau ke Amerika dah hilang amalan agama mereka. Tinggal solat. Jauh dengan masjid, terlibat dengan arak, keluar dengan awek minah salleh dan sebaginya.
Tulah penting nya orang Islam kena buat usaha ugama, ziarah mereka dan slow talk dengan mereka, tarik mereka semula ke masjid dan amalkan amalan Islam agar berjaya di sana nanti.
Satu hari sedang saya study di library di U saya, melalui cermin tingkap, tiba tiba terlihat susuk dua orang yang berjalan di halaman university dengan pakain jubah putih dan mereka biasa ziarah, jumpa saudara Islam dan.
Rasa terharu juga walaupun di Amerika, masih ada insan yang berhati mulai menyambung usaha Nabi saw berziarah saudara seIslam walaupun mereka kadang di pandang sinis oleh warga amerika,
Tapi sebenarnya kita orang Islam jauh lebih mulia dari orang kafir amerika, kerana kita di dalam lindungan Allah sementara mereka orang kafir didalam kutukan Allah.
Pernah satu malam, cuaca di luar yang amat sejuk, sedang saya mengadap komputer di dalam lab komputer dalam kampus,
Tiba-tiba saya dikejutkan dengan suara salam dari belakang saya dan bila saya menoleh ke belakang saya terpandang dua orang Pak Arab, ahli jemaah masjid yang saya selalu pergi, masih dengan jubah putih setail arab mereka, berdiri dibelakang saya dengan senyuman,
‘Ooo brother.. how are you doing, masyallah.. you know my bother, bla bla………. so please come to our mosque, we gonna have gathering and food ect….’ dan cerita apasal agama dan mengajak ke masjid mereka.
Kadang-kadang saya rasa bangga juga bila Mat Saleh- Mat saleh kat sebelah terpinga-pinga tengok kedatangan tetamu di dalam lab komputer tu, sebab dorang pun segan juga dengan Pak arab ni.
Kalu pak arab sergah pun diorang takut juga, saiz body lebih kurang je. Kalau tengok Geng arab ni masuk kampus drive sport car seperti Mercedes, BMW, Poshe, Rolls Royce dan lain lain kereta yang mewah, Mat saleh pun terpegun juga, sebab diorang pun tak mampu nak drive super car masuk kampus.
Kita orang melayu tumpang seronok la, Kadang kadang Pak arab ni tumpang kan kita hantar balik ke apartmet, naik kereta sport. Rasa kembang juga. Walaupun tak mampu beli, dapat tumpang naik kereta sport pun jadi la.
Saya pun setuju nak pergi kemasjid tu nanti, kerana terkesan dengan kesungguhan mereka sanggup datang dari jauh untuk menjengok kita di sini dalam kesejukan malam.
Kadang kadang kalau kita tak datang, diorang akan datang ambil kerana diorang tahu kedang kadang kita ada masalah pengangkutan.
Diorang dengan kereta yang besar besar tu boleh sumbat kita pelajar melayu dengan selamba nya masuk kereta diorang.
Yang tak berapa nak pergi pun jadi terubah hati nak pergi, bila lagi nak merasa naik kereta mewah Pak arab. Kalau kat malaysia, VVIP je pakai kereta macam ni.
Saya rasa saya banyak belajar kefahaman ugama di Amerika, dari pada di tanahair, sebab kita boleh dengar ugama dari ramai ulama dari seluruh dunia, arab, pakistan, afrika, asia jadi kita punya pemikiran luas dan menyeluruh.
Tidak hanya dengar pandangan dari ulama dari tanahair saja. Pendekatan umat Islam diseluruh dunia tak sama, mengikit keadaan masyarakat setempat.
Dalam mengikut Pak arab travel ni ke masjid masjid, separuh dari Amerika telah saya jelajah, Chicago, Lousiana, California, Oregon Washington.
Kadang kadang nak sampai ke satu tempat dia tiga hari travel, lalu padang pasir yang luas, bandar jauh-jauh, jumpa lori lori je banyak, nampak juga banyak sign board, “Caution, Deer crosing,” (Awas, Kijang Melintas). Kita kena hati di kawasan itu, sebab banyak kijang melintas, takut ecccident pula. Naya.
Banyak lagi saya nak cerita kisah di amerika, tapi insallah kita sambunmg di lain kali. Tulah pentingnya kita semua amalkan agama disamping dakwah ajak orang lain juga amalkan ugama.
Kita dah diberi kenikmatan Islam dan dijanjikan syuga oleh Allah untuk orang yang beriman, jadi Sunnah Nabi saw dah pesan agar kena fikir juga orang lain diseluruh dunia.
Mereka mencari-cari cahaya Islam yang tidak mudah dijumpai kerana mereka diselubungi oleh kegelapan kufur. Jadi kitalah yang bertanggungjawab membawa mereka kearah cahaya Islam.
Moga coretan saya yang tak tersusun ini dapat manfaat kepada pembaca semua dan sebarkan kepada yang lain dan harap maaf kalau tersilap salah saya.
– Zaki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit