Sekarang drama Risik Pada Hati masih hangat lagi diperkatakan walaupun telah melabuhkan tirainya.
Lakonan Ummi Nazeera sebagai Hayfa memang sangat dekat dihatiku, walaupun aku belum lagi berkahwin. Belum berkahwin tetapi telah disakiti, sebab itu Aku katakan aku merupakan Hayfa versi yang berbeza.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak retak (broken family). Ayah aku membiarkan aku gantung tidak bertali semenjak aku darjah satu.
Membiarkan hidup aku, ibu, kakak dan seorang adik aku terkontang-kanting. Tapi aku sangat bersyukur kerana ketika itu aku dijaga oleh arwah atuk sebelah ibu. Kalau nak cakap, aku sedih ke tiada ayah?
Aku cakap Tidak. Aku cuma penat cikgu asyik tanya ayah awak dekat mana? Jawapan ringkas aku “Kerja” Walaupun aku sendiri tak tahu dekat mana. Nak dijadikan cerita waktu aku darjah enam, ayah aku pun meninggal. Aku tak bergitu sedih.
Aku antara cucu yang dimanjakan oleh atuk. Tetapi Waktu aku Tingkatan 2 Atuk dijemput illahi. Ibu aku pernah berkata, kalau arwah atuk aku tiada hidup kita lagi susah. Dan memang betul. Mak cik Pak Cik sibuk berebut harta itu ini.
Tapi ibu aku ni jenis diam je, malas nak layan. Ibu aku anak bongsu. Adik beradik ramai.
Selalu orang Negeri Sembilan, akan berbalah bab tanah, nak ikut faraid atau ikut adat. Yang lelaki nak ikut faraid, sebab dapat bahagian banyak, yang perempuan nak ikut adat, sebab perempuan akan dapat lebih.
Sampailah tahun 2014, Ibu aku meninggal. Waktu tu sehari selepas ambil keputusan SPM. Waktu ini lagi galak. Rumah pusaka yang kami duduk tu, semua nak berebut. Padahal masing-masing dah ada rumah sendiri. Yang kami tidak ada rumah sendiri ni? Tak fikir.
Waktu itu, kakak aku masih belajar di Terengganu, aku dan adik aku masih di Negeri Sembilan. Aku memang nak sambung belajar. Tapi kalau aku belajar jauh, siapa nak tengok adik aku ni? Dia waktu tu baru Tingkatan 3.
Jadi Takkan nak minta kakak aku yang dah lagi dua semester nak berhenti belajar kowt. Mestilah aku yang kena berkorban. Aku ambillah Tingkatan 6 di sekolah yang berdekatan.
Selepas aku tamatkan tingkatan 6. Aku dapat tawaran belajar ke Bumi Borneo. Kakak aku dia cakap dia tukar shift, dia pula balik jaga adik aku, aku nak pergi belajar silakan. Aku pun walaupun aku berat hati, aku pergi juga.
Sebab arwah ibu nak sangat tengok aku sambung belajar. Siap dah beli semua barang sebelum meninggal. Ouh ye nak belajar pun kena cari duit sendiri sebab takde siapa pun peduli. Aku tak dapat bantuan zakat baitulmal dan seangkatan dengannya.
Kakak aku selepas dia habis belajar, dia terus kahwin. Lepas dia kahwin, benda semua berubah. Adik-beradik aku ni jarang bergaduh gila-gila tau.
Aku yang dekat borneo pun pening. Kakak dan adik aku ni gaduh macam tak ingat dunia. Sampai left group tak bertegur sebulan dua. Bila aku balik cuti semester ok pula. Mesra.
Tapi bila aku dah habis belajar, baru aku nampak. Sebenarnya selama ni yang aku balik cuti semester, semuanya lakonan. Korang mesti tertanya-tanya kenapa kami adik-beradik bergaduh. Sebab Kakak aku berubah 360 degree. Macam bukan dia. Dia dah tak ambil tahu dah.
Adik aku dia spesies manja dan high demand juga, kalau tak dapat apa-apa mengamuk.
Waktu ini aku dengan kakak aku tak ok dah. Sebab dia suka buat benda tak logik. Contoh sambung master tapi duit aku juga kena cari. Aku sendiri penat rasa cari duit waktu degree. Aku explain banyak kali bagi dia faham.
last-last aku mengamuk. Aku cakap lah
“Aku tolak tawaran overseas semata-mata nak jaga adik aku tu, aku cari duit waktu belajar, sampaikan aku masuk hospital mana ada orang kisah,
Aku penat nak sambung belajar lagi sebab penat cari duit, aku penat nak dengar mak cik pak cik mengata itu ini, aku rasa macam tak dihargai sebab sikit pun pendapat aku tak didengari,”
Ada waktu gaji first aku kerja, aku beli kain untuk buat baju raya. Aku cakap lah aku dah beli kain tinggal tempah je, dua-dua senyap je. Aku sangat terasa sebab gaji pertama, family come first. Aku terasa gila.
Kakak aku minta sambung belajar master. Aku Sambung juga walau tak cukup duit pun. Aku sambung dengan harapan, hubungan kami akan baik semula macam dulu.
Tapi ternyata aku hanya menyakitkan diri aku sendiri. Aku pernah mengadu juga dekat kakak aku, tak cukup duit semua.
Tahu tak apa respons kakak aku waktu tu?
“Kau nak aku buat apa sebenarnya,?”
Waktu tu memang aku rasa nak campak je segala benda ada depan mata. Lepas aku mengamuk tu aku diam. Sebab dia yang suruh aku sambung belajar. At least support la sikit.
Aku diam-diam berhenti master dan pergi merantau cari kerja. Dia telefon aku tak? “Tak”
Mana ada ambil tahu pasal aku.
Oh ada adik aku, adik aku ini waktu PKP kami terperangkap dekat tempat aku kerja, dia tak dapat balik.
Waktu tu lagi sadis, aku punya gaji lambat 6 bulan. Duit simpanan aku habis. Nak tanggung adik aku yang high demand dan rumah sewa lagi. Adik aku sedap-sedap beli mcdonalds la, kfc la.
Bila aku bangun nak pergi kerja, dia salahkan aku sebab dia tersekat dekat situ, bila balik kerja sama. Hari-harilah macam tu.
Aku sampai jadi rider waktu tu, untuk makan. Bila dah buka sempadan, aku suruh balik tak nak pula. The epic is dia lari dari rumah. Dia lari rumah akak aku je.
Dan menceritakan penderitaan dia duduk dengan aku. Aku malas ambil port. Rasa ok je kalau hari-hari ada nasi dan lauk terhidang atas meja.
Mak cik Pak cik aku pun ada juga cakap minta maaf je la dengan kakak aku tu. Aku kan sebenarnya aku dah banyak kali minta maaf walau bukan salah aku pun. Tapi untuk kali ini, aku menag tawar hati. Kadang-kadang aku rasa mak cik pak cik aku sebelah kan kakak aku je.
Macam aku la bersalah bila benda jadi macam ni.
Aku rasa macam pengorbanan aku tak dihargai.
Bak kata Hayfa “Selepas apa yang saya buat, tak bernilai sedikit pun,”
Kenapa Hayfa memilih pergi selama-lamanya.
Sebab dia dah rasa terlampau sakit lalu dia lepaskan untuk mencari kebahagiaan sendiri.
Itulah yang aku rasa.
Aku rasa bahagia bila melepaskan apa yang berlaku,
aku dah kerja, dah ada kereta sendiri
Aku tak perlu nak marah, tak perlu nak kecewa, tak perlu nak fikir perasaan orang lain.
Sekarang pun, kalau orang tanya kau nak apa dalam hidup kau?
Aku cakap “Aku nak keluarga bahagia”
Tapi mungkin aku ini datang dari broken family, aku punya paranoid nak cari pasangan tu memang ada. Aku takut ditinggalkan, aku takut dilukai. Entah lah.
– Hayfa Junior (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit