As-salam saya Chempaka bukan nama sebenar. Saya adalah seorang yang tidak berapa pandai bergaul dan berbual secara berhadapan.
Saya tidak punya ramai kawan kalau nak dikira dari zaman sekolah rendah sampai sekarang, boleh kira dengan jari.
Mungkin saya jenis orang yang kalau rasa tak ngam je saya akan jauhkan diri. Entah kenapa saya pun tak tahu.
Semasa di kolej saya ada bff. Empat orang tu la kawan saya sampai sekarang.
Malangnya 2 tahun lepas, suami salah seorang bff saya di dapati bersalah mengambil rasuah dan sejak itu bff saya yang seorang ni keluar dari group Wassup akhirnya group kami pun senyap sunyi sampai sekarang.
Mungkin bila tak cukup geng, tak seronok nak berbual kot. Lagi pun orang yang rancak berbual ada lah orang yang keluar dari group tu.
Saya rasa sunyi sangat kerana tidak ada teman berbual. Cuma berbual dengan kucing2 saya je. Tapi kucing cuma boleh mengeow.. suami pula sebuk dengan kerjanya, balik malam dan bila balik dia sambung buat kerja.
Bila saya cuba chat di Wassup group tak berbalas.. masing2 senyap berdiam diri.. tiada respon… terasa diri ini macam syok sendiri saya pun mengambil langkah tidak berchat lagi sejak hari itu.
Sehingga salah seorang bff saya datang kerumah dan bertanya adakah saya sakit kerana senyap je selama ini.
Saya cakap semua orang senyap je dalam group jadi saya pun senyap la… dan bff saya cakap, “aku malas nak chat, suka baca je korang borak”
Saya sudah 15 tahun berumah tangga dan tiada zuriat cuma memiliki 7 ekor kucing.
Saya tidak bekerja dan sejenis orang yang tidak suka keluar rumah bersendirian. Hanya keluar rumah dengan suami pada hujung minggu itu pun jika suami ingin keluar.
Saya bukan tidak ada group Wassup lain, ada je.. group sekolah rendah, group kolej, group ipar duai, group adik beradik, group jiran setaman,
Tapi setiap kali saya ingin berbual dalam group tu mesti suara dalam diri ni berbisik, “hei buat pe kau nak berborak dalam tu.. semua orang dalam tu bagus2.. dia tak macam kau.. jangan malukan diri “
Ermmm entah la kenapa ada suara2 macam tu saya pun tak tahu.
Saya rasa lebih selesa berborak dengan orang yang tak kenal latarbelakang saya.. contoh, macam dulu2 dalam mirc chat
Para pembaca sekalian, ada tak apps yang boleh dapat kan kawan.. bukan kekasih gelap ye… yang boleh berbual2 dengan kita tanpa mengetahui latar belakang kita?
Saya ada ternampak apps “omi” tapi takut nak cuba takut suami fikir saya cuba curang cari lelaki lain pula.
Tiap malam saya akan bangun untuk solat dan pasti saya akan berdoa semoga Allah buangkan rasa sunyi ini & kurniakan saya sahabat yang benar2 ikhlas berkawan dengan saya.
Saya sedar.. saya tidak ada kawan kerana saya sendiri yang membuat diri saya kesunyian.
Kadang2 saya termenung… kenapa diri saya macam ni? Tiap kali saya cuba bangkit tapi suara dalam diri ni selalu patahkan semangat saya.
“Ala.. kau tu memang patut tak de kawan.. perangai bukan elok pun.. semua orang yang jumpa kau benci kat kau tau..”
Ada satu masa suara tu berbisik elok la kalau saya tak de kat dunia ni sebab dunia ni bosan… alhamdullilah saya masih waras lagi…
Sebab tu setiap malam saya bagun solat untuk berdoa jauhkan dari suara hasutan tu. Bila saya konsisten solat malam… suara menghasut tu hilang.
Saya ceria… kalau tak ada kawan berbual pun tak apa kerana sudah bertahun2 saya begini.
Tapi itu la.. kita manusia biasa, ada kalanya rasa malas bangun solat malam, penat, atau uzur.. suara tu ada lagi.. suka sangat jatuh kan semangat saya dalam semua perkara.
Saya tak suka share perkara ini pada adik beradik atau pun suami, sebab malu. Nak share kat bff semua nya senyap seribu bahasa.. saya tahu mereka sebuk, bukan macam saya free 24 jam..
Seandainya pembaca tahu di mana saya boleh cari teman berbual boleh la share.. sekarang saya cuba tulis dairy & berbual kosongdengan kucing & pokok untuk menghilangkan rasa sunyi.
Harap pembaca tidak kecam saya. Saya cuma ingin mencari teman berbual.
Terima kasih.
– Chempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya bosan dan sunyi. Stress sgt2