Kecewa dgn dunia kita

Assalamualaikum readers yg dirahmati Allah. Tulisan sy ini amat panjang dgn harapan sedikit sebanyak akan menyentuh hati2 yg membaca.

Sy berusia awal 20-an, seorang mahasiswa yang sedang menuntut di salah sebuah university di luar negara. Menuntut di negara asing, berkawan dgn orang asing (walaupun sy yg asing di negara tersebut), melangkah di bumi Eropah dgn hijab di atas kepala, hari-hari sy sebagai seorang muslim di bumi yang majoriti manusia di sekeliling sy adalah bukan Islam dan ada sesetengahnya sgt anti kpd Islam. Setiap hari sy melangkah kaki ke university, sy lihat ramai refugees di kaki lima meminta sedekah. Refugees yg bertudung, budak2 yg masih kecil dah mula minta sedekah. Hati sy sakit sgt awak. Siapa mereka? Mereka saudara kita awak :'( saudara kita yg datangnya jauh dr tanah Syria meredah maut di lautan semata-mata mahu menyelamatkan diri dr kerajaan sendiri yg sungguh zalim mengebom rakyat yg tidak berdosa. Kekadang sy spare some coins krn kesian melihat mereka menadah tgn dlm kedinginan musim sejuk yg bekunya terasa hingga ke tulang. Jika sy yg memakai tebal beberapa lapis tidak tahan dgn sejuk yg amat itu, apatah lg mereka sehelai sepinggang, ditimpa hujan, salji dan angin kencang menahan kelaparan. Awak semua sedar tak apa yg sedang berlaku pada dunia kita skrg? Negara2 bergolak dlm peperangan adalah negara Islam. Isu Palestine sampai skrg tidak selesai, hari2 rakyat Palestin dibunuh rejim Zionis laknatullah. Isu Syria apatah lg, semakin hari semakin teruk. Syria skrg tidak ubah seperti padang jarak padang terkukur. Habis. Licin semua bangunan dibom pihak2 yg mendakwa mereka hanya mengebom ISIS. Walhal yg mati cuma org awam dan kanak2 yg tidak berdosa. Kerajaan Bashar, UK, Rusia, Perancis, US semua bom mereka awak ? mana diorang nk lari..atas bawah kiri kanan semua org pakat bom. Kem pelarian di Jordan juga mereka sanggup bom walaupun terang2 yg ada di situ cumalah org awam dan para petugas sukarelawan. Hati sy sakit sgt bila sy x mampu buat apa2 utk tlg mereka. Skrg ni tgh hangat isu umat islam di Rohingya yg disembelih sami Buddha di Burma. Awak semua tak rasa apa2 ke? ? then there must be something wrong somewhere in your heart.

Sy seorang yg selalu mengikuti perkembangan di media sosial. Baru2 ini ada seorang free figure yg bernama Dr Raja Shamri melancarkan bantuan hari raya kepada keluarga fakir miskin di seluruh negara. Bantuan tersebut solely based on public’s courtesy to give any form of donation to the needy families, bkn duit sumbangan dr kerajaan. Keluarga2 yg memerlukan dhaif sgt awak, anak ramai, rumah tidak ubah seperti reban ayam. Sy lihat berpuluh ribu yg like, comment dan share. Then I pondered, among those thousands who liked, shared and commented, how many who actually donated something? Adakah derma seringgit dua jg tidak mampu? ? zaman skrg semua dh canggih, semua org ada internet, kalau bank in seringgit dua tidak akn ambil masa 2 minit pun. Sy dtg dr keluarga susah, jd sy faham betapa peritnya ujian kemiskinan. Sy ada satu impian, utk jadi kaya. Ya sy mahu jadi kaya. Dulu semasa kecil, keluarga sy susah, arwah abah sy seorang OKU. Sy tidak kenal kfc, mcD, pizza hut apatah lagi. Kwn2 masa sekolah selalu cerita mereka mkn sedap2, nama makanan pelik2, sy balik rumah sy minta nak makan makanan seperti kwn2 sy pd ibu sy, ibu sy juga tak kenal apa makanan tersebut, kalau kenal pun tidak mampu. Sy berdendam. Knp hidup sy yg susah, knp bkn hidup kwn2 sy? Betapa jahil sy dulu.

Kerana ingin mengubah nasib keluarga, sy belajar seperti org gila. Ya, seperti org gila. Sy ‘wajibkan’ diri ingat segala yg sy belajar, tidak boleh miss walau satu fakta. Siang mlm hadap buku, setiap kali peperiksaan sy akan mendapat tempat pertama. Sy akan jd best student di sekolah. Sehinggalah SPM, sy dpt 8A+,2A dan menerima tajaan ke luar negara. Hidup sy lebih baik sedikit, alhamdulillah sehingga skrg sy tidak perlu menyusahkan ibu sy walau satu sen sepanjang pengajian. Jika suatu hari sy menjadi org yg berjaya, sy nk bagi keluarga org2 susah merasa apa yg sy xdpt rasa semasa kecil dahulu. Tetapi I am so very upset to what is currently happening to our country, to the world. Pemimpin2 negara makan rasuah, menganiaya rakyat sendiri, rakyat hidup dlm kebebanan. Sy kira bila pulang bercuti di Malaysia sy mungkin akan jd sedikit ‘kaya’ memandangkan sy perlu menukar matawang GBP kepada MYR. Tetapi tidak, duit yg ditukar hampir RM1000 makin kurang dlm sekelip mata, entahlah. Mgkin juga kerana sy mengambil alih membayar bil internet dan tidak membenarkan ibu sy mengeluarkan wang utk brg dapur selama sy di rumah. Walhal jika di UK, tidak habis £50 sebulan belanja rumah. Sy tahu ramai yg menyalahkan pemimpin korup di negara kita. Saya juga. Tetapi sampai bila awak? Sampai bila kita nk begini? Pemimpin yg korup cuma buat pekak bila rakyat mengeluh kesusahan, apa yg penting duit masuk poket mereka. Sy tidak mahu generasi selepas sy hidup dlm bebanan yg berganda dr apa yg kita alami skrg. Jd apa yg patut kita buat?

Anda2 semua yg sudah bekerja, buatlah kerja dgn jujur dan ikhlas, tolonglah, tolonglah jgn makan rasuah. please, please, please do your job right. Jadilah anda seorang pegawai kerajaan, swasta, doktor, polis, guru, politicians atau apa sahaja, buatlah kerja anda sebaik mungkin. Jgn sesekali tunduk pada rasuah. Jika anda masih belajar, belajarlah sebaik mungkin, jgn tiru assignment org lain, practic academic honesty in your daily learning, usaha utk diri sendiri dan apabila sudah berjaya, jadilah seorang pekerja yg berintegriti dan menyumbang kpd negara. Jika politicians betul2 membuat kerja mereka utk membantu rakyat, rakyat tidak akan terbeban sebegini. Jika pegawai bank betul2 menggunakan ilmu mereka utk mengawal duit keluar masuk negara, negara akan stabil. Jika pakar ekonomi menggunakan ilmu ekonomi utk mengubati ekonomi, ringgit pasti menjadi lebih kukuh. Jika segenap lapisan masyarakat memainkan peranan untuk bawa negara ini ke arah kebaikan, bagaimana mungkin kebaikan tidak datang? Yang penting, lakukannya dgn betul, jujur dan berintegriti. Pegwai2 yg kaya dlm rasuah skrg terpaksa ‘turun’ juga suatu hari nanti. Apabila era mereka mengawal negara sudah berlalu, generasi baru pula akan ambil alih tampuk kepimpinan. Kerana itu, amat penting utk mengelakkan generasi baru drpd mempunyai cara fikir politik kotor seperti apa yg berlaku skrg.

Mengapa tidak kita berebut pahala menjadi org yg baik2? Jika senang, bantulah org yg susah, jika pandai, ajarlah yg kurang pandai. Jika berlainan bangsa, hormatlah bangsa lain. Tak rugi pun awak buat semua tu. Gaji ribu riban setiap bulan pun akan habis juga, tak pernah cukup, makin byk gaji, makin tak cukup sbb kehendak makin besar dan mewah. Jd apalah sgt menderma kpd yg memerlukan, sekurangnya dptlah menjadi bekalan di akhirat. Jaga adab dgn agama lain, jangan menghina agama lain membuta tuli, kerana penganut agama lain melihat akhlak kita sebagai org Islam, bkn membuka al-Quran sebagai rujukan adakah apa yg org islam buat betul @ salah. Kerana itulah kebanyakan org2 barat menganggap ISIS represents Islam. Mereka lihat pada perbuatan, not God’s commandments in Quran.

Masih jauh perjalanan sy sebelum mendapat segulung ijazah, doakan sy kuat. Doakan sy menjadi org yg berguna, bkn pekerja yg hanya cakna poket sendiri, tetapi kebajikan org lain juga. Doakan sy dipermudahkan urusan di negara org. Sy juga doakan kalian baik2 sahaja dlm kasih sayang Nya. Assalamualaikum.

– yg mahu mengubah dunia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit