Aku Mek Bungo. Umur aku awal 50an. Tidak bekerja. Ada suami. Ada anak. Ada cucu.
Aku cuma nak bagi nasihat kepada janda2 tua di luar sana yang tak sedar diri, yang jenis suka guna kekayaan untuk menjerat lelaki muda.
Tolonglah kesian pada bini dan anak2nya.
Kalau dah sangap sangat nak ada laki, janganlah kau guna kekayaan yang kau ada untuk memikat jantan2 muda yang layak jadi ‘anak’ kau.
Pikatlah yang sepadan dengan umur kau!
Ada satu kisah yang aku nak cerita ni adalah kisah yang terjadi kepada anak besan aku, masih panas2 lagi kejadiannya. Besan aku berusia 60an.
Anak besan aku ni aku gelarkan dia “romeo”. Segak orangnya. Berusia awal 30an tapi sebab romeo kawin di usia muda, dia punya anak berderet…
Bini romeo pun sebaya umurnya, cantik gebussss! berkerjaya bagus.
Walaupun kerjaya romeo tidak sebagus bini dia, tetapi bini romeo tetap menerima seadanya kerana romeo masih punya pekerjaan.
Nak dijadikan cerita, romeo telah berkenalan dengan janda tua berusia awal 50an. Kiranya ‘tua’ lah tu kalau nak dibandingkan umur romeo yang awal 30an. Perbezaan umur diorang hampir 20 tahun.
Patutlah semenjak dua menjak ni romeo hidup mewah. Tukar kereta baru… konon dapat job bagus… Alahaiiiiii…. Ada ‘penjaga’ rupa2nya…
Sekarang dah kantoi. Bini romeo mengamuk nak bercerai. Anak2 pun tersangatlah kecik2 lagi… belum masuk sekolah rendah. Masih tadika.
Tadika dua orang, hampir nak masuk tadika dua orang, baby sorang. Aku tengok pun menitis air mata.
Bila dah kantoi, si janda tua semakin galak post macam2 cerita khayalan dengan romeo di media sosial. Bangganya melihat orang bersedih!
Kononnya sudah menikah, tapi bila keluarga romeo pergi check di pejabat agama, tiada dalam rekod mengatakan yang diorang sudah berkawin secara sah di Malaysia. Mungkin nikah di seberang kot atau dengan sindiket.
Aku sebagai orang yang sudah tua, telah bagi nasihat kepada bini romeo supaya jangan bercerai.
Bagi aku, pilih untuk BERCERAI bermakna bini romeo bagi ruang kepada janda tua tersebut untuk MENANG.
Jangan kecam aku kenapa aku bagi nasihat supaya jangan bercerai. Salah satu sebab, romeo ni sorang bapak yang penyayang terhadap anak2nya. Aku suka melihat gelagat romeo melayan anak2nya.
Memang orang tak akan percaya bapak sepenyayang itu sanggup merelakan dirinya terjebak dengan janda tua yang boleh dipanggil emak.
Bayangkanlah kau dah 50an takdak perasaan malukah duk berlawan dengan bini romeo yang sah, yang sebaya umur dengan anak2 kau.
Anak romeo pun sebaya dengan cucu kau!
Bini romeo adalah menantu kesayangan besan aku. Sekarang besan aku tengah bersedih takut kehilangan menantu kesayangannya.
Dia juga bersedih kerana apa yang terjadi berpunca dari anak jantannya sendiri.
Aku yang menulis ni pun sudah berusia awal 50an juga. Tak dapat aku bayangkan jika aku bergandingan dengan jantan muda.
Eeiiii tak sanggup aku! Tak sanggup sebab aku masih sedar diri. Sedar yang umur aku dah tua.
Buat janda2 tua di luar sana, carilah jantan yang sepadan dengan usia kau.
Bukan aku nak halang kamu berkawin. Tidak sama sekali! Tapi kalu nak kawin sekalipun janganlah sampai memunah ranah rumahtangga orang lain, yang anak2 masih kecik2 lagi.
Ya Allah kesian sungguh!
– Mek Bungo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit