Bila Rumah Tak Lagi Ramah

Kau dan aku? Kita sudah selesai. You are dead to me! Nothing left.

Kamu meninggalkanku di saat aku berada di titik paling rendah dalam hidupku. Kau sudah tak cintakan aku. Kau tinggalkan aku di saat aku betul-betul memerlukanmu.

Kalau betul cinta, tak akan ada yang kedua.

Yang pertama itu dicintai kerana hati. Yang kedua itu dicintai kerana nafsu.

Yang pertama hanya akan pergi sekiranya dia menemukan pengganti yang lebih baik dan yakin akan membahagiakan.

Justeru, jika perlu memilih, pilih yang kedua kerana nafsu perlu sentiasa dipenuhi, tetapi cinta hanya wujud dipermulaan. Yang seterusnya itu hanyalah tanggungjawab.

Katanya rumah itu tempat kita pulang dan melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki di luar? Rumahku syurga ku? Betulkah syurga?

Tapi, apa akan jadi bila rumah itu sudah tidak lagi memberi rasa tenang dan aman? Bagaimana Kalau rumah itu hanya memberikan rasa sesak di dada?

Di setiap penjuru ada moment indah yang mengimbau kenangan. Itulah maksud aku bila rumah tak lagi ramah.

Cuba berdamai dengan takdir? Takdir itu kita yang tentukan sama ada bahagia atau derita. Kita yang pilih jalan itu.

Di fasa ini, kita akan berperang dengan diri sendiri. Ada kemungkinan sedikit tergelincir ke lembah depresi. Aku harus ke mana bila rumah tak lagi ramah?

Pulang ke rumahku di negeri abadi? Tapi Tuhan kata belum tiba masanya. Dosamu masih banyak, amalanmu belum cukup untuk dibuat bekalan.

Hubungan kita biarlah statik macam ni. Sebab memang takkan boleh jadi mcm dulu2. Ikut je perjanjian tu.

Aku cuma nak kekalkan ketenangan dalam keluarga kecil si tuan puteri. Itu je. So lepas ni tak payah lah cerita pasal love or demands love from me.

Selepas aku melalui masa yang susah, ramai yang tegur kata aku dah berubah. Aura pun dah lain. Macam ada aura gerun. Tak macam dulu, ramah.

Iya, sebab aku yang dulu mudah dipermainkan dan dibunuh perasaanku tanpa belas. Maka, aku berubah demi melindungi hati dari tersakiti.

Berhenti menagih kasih kerana aku dah serik seringkali di kecewakan. Aku tak nak bagi kau harapan.

Aku jugak tak nak bagi harapan pada diri aku yang kita boleh balik macam dulu. Tak mungkin! Kaca yang dah pecah berderai tak akan bercantum semula.

Orang yang kita sayang dan paling percaya lah yang akan sakitkan hati kita dan khianati kita. Oleh itu, jangan sayang sangat orang lain.

Semakin kuat kau sayang dia, semakin sakit kau bila nanti dia khianati. Penat dah rasa macam tu dan Kalau boleh tak nak rasa dah macam tu.

Sebab tu aku akan letak boundaries atau erti kata lain penjarakkan sosial. Nak sayang, nak bagi perhatian, boleh. Tapi ada batas.

Aku memang sengaja keringkan hati. Orang yang hati kering ni dia tak sakit sangat bila orang hancurkan hati kita. Orang lain mungkin akan cakap aku ni takde perasaan.

Sebenarnya, dulu akulah makhluk yang penuh dengan perasaan dan hormon cinta.

Selfish? Tapi, bila dah di khianati, maaf kerana selepas ini aku jadi manusia yang tak punya hati tak punya cinta. Aku hanya akan cintai Penciptaku dan diriku menjadi keutamaan.

Benda yang paling sakit aku akan buat adalah walau kau sakit, derita, sengsara di hambat ujian dunia, aku akan hadir menyaksikan penderitaanmu,

Tapi tanpa sebarang perasaan kasihan apatah lagi reaksi muka. Aku akan ajar diri aku jadi keras dan hati kering kerana kau tak layak menerima layanan dari aku yang silam.

Orang yang sekali dia khianat, pasti akan diulang lagi kerana sudah sebati dalam DNA darah dagingnya.

Dia boleh meraih kemaafan tapi kepercayaan akan hilang kerana kepercayaan itu diraih bukan diberi. Kalau dimaafkan pun, pasti cuma kerana kesian dan tetap terselit rasa Jijik.

Kepercayaan itu seperti keperawanan. Sekali dipecahkan tak akan kembali lagi. Kecuali kau memang kaya raya duit makan tak habis, bolehlah buat kosmetik surgeri buat selaput dara baru.

Tapi, yelah barang tiruan mana sama dengan original kan?

Aku ada pesanan kepada si pengkhianat. Aku tak berkuasa ke atas hati kau. Hanya Allah swt berkuasa membolak-balikkan hati manusia.

Tapi satu hal kau perlu tahu, semua yang terjadi ini ada tanggungjawab dan perhitungannya di sisi Allah swt.

Kita sudah dewasa dan boleh menilai sendiri. Fikir-fikirkanlah dengan baik rumahtangga yang macam mana kau inginkan di masa akan datang. Kau pemimpin. Kau yang mencorakkan rumahtanggamu.

Isteri ini cerminan suami. Kasar didikan suami, kasarlah layanan isteri. Isteri yang dulunya manja seperti kucing pun boleh bertukar jadi harimau betina jika dilayan dengan kasar secara lisan apatah lagi fizikal.

Penderaan fizikal, emosi dan mental. Narsistik! Manipulatif! Toksik!

Bayang-bayang kita sendiri akan tinggalkan kita. Letakkan Allah swt dan diri kita lebih atas dari orang lain. Jangan bergantung pada orang lain.

Sebaliknya, serahkan segala kebergantungan kita dalam perhitungan dan jagaan Allah swt. Pasti tenang.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *