Sahabat aku kahwin lagi

{Malam 3 Syawal]

Kalut aku mempersiapkan diri untuk hadir ke majlis pernikahan sahabat aku. sahabat sejak sekolah rendah lagi. Aku seorang pelajar di salah satu ipta dalam negara,jadi jauh dari kampung halaman dan tak pernah pergi pun mana-mana majlis perkahwinan sahabat-sahabat aku. inilah kali pertama aku datang ke majlis perkahwinan sahabat aku. sudah selesai solat isya aku memaklumkan kepada ibu aku bahawa aku nak keluar sekejap. mak aku dah tahu aku nak pergi menyaksikan hafsah yang bakal bertukar status di masjid kampungku.

Sampai di masjid,keluarga sebelah bakal pengantin lelaki dah sampai, jemaah masjid masih belum habis solat isya’. aku tunggu je dalam kereta. aku tak singgah pun rumah hafsah, sebab banyak sangat kereta. nanti tak tau nak parking mana. sambil menunggu bakal pengantin perempuan sampai, aku cuba mencari-cari bakal suami Hafsah. ramai sangat jejaka, tetapi aku tak pasti yang mana satu.mybe ada dalam kereta kot. ye la, darah manis katakan…

Aku dalam kereta, berdebar-debar. Cuba call sahabat-sahabat yang lain untuk aku kongsi perasaan aku ni. Sampaikan nak tulis dalam wassap pun tangan aku sedikit menggigil.haha.aku tak tahu kenapa. macam aku pulak yang nak bernikah malam tu.hihi.malam tu jugak aku menjadi reporter untuk sahabat yang tak dapat datang.mereka pun tak habis-habis tanya, dah sah ke belum.kami masing-masing excited sangat dengan pernikahan hafsah.

Tiba-tiba sebuah viva masuk ke perkarangan masjid dan parking betul-betul dihadapan pintu masuk masjid bahagian muslimat. Aku yakin itu kereta yang membawa pengantin perempaun.seriuosly, aku excited. Cepat-cepat aku keluar untuk masuk dalam rombongan yang membawa pengantin perempuan. Dalam masjid, aku Nampak Hafsah, dikanannya adik yang memang selalu ada disisinya..aku duduk disebelah Hafsah, tanpa menegurnya,tak sampai dua saat, dia memandang ke arahku, aku tersenyum. senyuman yang paling manis.kerana apa??kerana malam tu Hafsah cantik sangat. Dia tak pernah solek muka dia.once dia bersolek sangatlah cantik walaupun solekannya hanya nipis.

Hafsah memegang erat tanganku. Dia ucapkan terima kasih kerana sudi datang. 2 hari lepas, dia ada beritahu kepada aku yang dia sedih, sebab ramai sahabat-sahabat dia yang lain tak dapat hadir kerana hal personal masing-masing. Matanya mula berair.cuba menahna. Aku kata, jangan buat hal.nak nikah dah skejap lagi.nanti habis makeup.dia mengangguk dan tersenyum.aku turut tersenyum.

Sambil menunggu persediaan akad bakal berlangsung aku mengambil gambar-gambar untuk aku jalankan tugas aku sebagai reporter tak rasmi malam itu untuk beberapa orang sahabat di rumah. Tiba-tiba rombongan muslimat sebelah bakal pengatin lelaki masuk, dan kami wakil bakal pengatin perempuan menyambutnya dengan ucapan salam. Aku bersalam dengan mak bakal pengatin lelaki, dia pegang tangan aku dan tanya, bakpe sejuk sangat tangan ni, awok ke yang nok nikoh malam ni. Aku hanya tersenyum.tapi itulah yang aku rasa.haha

ALHAMDULILLAH, sekali lafaz hafsah sah menjadi seoran isteri kepada seorang jejaka yang agak kacak.haha.waktu tu juga satu perasaan lain masuk dalam hati kami.perasaan sedih campur gembira. Aku tengok Hafsah berpelukkan dengan mamanya.mamanya juga mengalirkan airmata.aku juga hampIr tumpah airmata ku,tapi aku tahan.air mata kegembiraan. Tapi ada lagi satu perasaan yang aku nak bagitahu, aku rasa tenang sangat. Entah la kenapa. Mungkin rahmat mendirikan masjid dan Sunnah rasulullah yang membuatkan syaitan meraung. insyaAllah perkahwinan malam itu adalah dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.

Aku menghampiri solehah.dia cuba untuk menahan sebak. Dia cakap, tak pernah berpisah dengan kakak.selama lima tahun di IPG, cukup rasa kehilangan bila kakak dah jadi isteri orang. Aku turut merasa sebak.luahan seorang adik yang selalu bersama kakaknya ketika susah dan senang.takpe solehah, k.mia kan ada.k.mia bole jadi kakak solehah.seloroh aku dengan ketawa.aku faham perasaan dia.kerana sebelum ni aku pernah merasai “kehilangan” bila kakak ku mendirikan rumah tangga. Sehingga wujud konflik kerana aku terlalu mengikut perasaan. padahal kakak ku itu duk sebelah rumah mak aku je pun.

Selesai menjamu selera di rumah Hafsah, aku beluM balik lagi kerana tak puas tengok pasangan baru sahaja di ijabkabul tu. Seriously, aku rasa terispirasi. Bukan rasa nak kahwin jugak, tapi rasa cuba nak perbaiki diri kearah yang lebih baik. Solehah jugak ada bagitahu bahawa suami Hafsah tu tak pernah tinggal solat dhuha. Sesuai la ngan kakak.kakak jugak hebat, dhuha memang tak pernah tinggal.waktu tu aku rasa macam teruja sangat, ya Allah, besarnya rahmatMu.teringat kalam Allah yang bermaksud perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.seriuosly, aku semakin terinspirasi.haha.

Sampai je kat rumah, jarum jam melebihi angka 11.00p.m. aku masuk bilik, setelah bersedia untuk tidur, aku merabah diri ni atas kaltil,cuba untuk memejam mata tapi aku tak dapat tidur. Malam tu mataku hanya terarah syiling rumah aku.membayangkan suasana pernihan Hafsah dan apa yang diperkatakan oleh solehah tentang kakaknya serta abang iparnya itu.aku mula berazam untuk jadi seperti itu.menjadi perempuan yang baik. Sebab hidup kita sebagai seorang anak perempuan akan meningkat darjat menjadi seorang isteri. Lagi-lagi fresh graduat ni memang kene baisakan dengan persoalan perihal jodoh. Kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita. Tapi kita ada satu jalan yang Allah tunjuk supaya kita ikut dan insyaAllah semuanya dalam jagaan Allah. Cuma kita kene ikut apa yang Allah pinta.

Perlu kita berdoa supaya kita ini menjadi hamba Allah yang baik, menjadi anak yang baik, dan seterusnya masyarakat yang baik. Barulah orang-orang yang berdamping dengan kita adalah orang-orang yang baik. Kepada mereka yang menunggu ‘siapalah jodoh aku’, perlulah melihat ‘siapalah kita dihadapan Allah dan dihadapan ibubapa kita’, sekiranya kita ini hamba yang berusaha menjadi hamba yang baik, dan anak yang ibubapa redha, insyaAllah kita akan dapat apa yang kita inginkan.

– Mia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit