Assalamualaikum..
Aku bukanlah student UIA, cuma ingin menumpang untuk meluah rasa disini dan sekadar berkongsi.
Apa yang korang kena tahu sebelum korang memandai buat andaian sendiri, aku ni sebenarnya dari keluarga yang tidak menitikberatkan hal agama. Bukan berniat mengaibkan keluarga sendiri tapi itulah hakikat yang aku sendiri pahit untuk terima. Hal agama yang aku maksudkan adalah tiang agama, SOLAT. Mak ayah adik aku semua tak solat. Selama 21 tahun aku hidup, perkara paling sedih aku tak pernah nampak mak ayah aku solat. Kalau dalam keluarga besar pulak atuk nenek je yang solat, makcik pakcik sepupu sepapat ada yang solat dan ada yang tidak. Hatta, solat Jumaat yg seminggu sekali tu pun ayah aku tak pernah pergi. Adik aku pergi jugak walaupun jarang-jarang. Kalau bab aurat bila balik kampung ramai-ramai, kitorang main bedal je freehair dalam rumah. Salam sepupu yang dah capai akil baligh. Bila tiba bulan ramadhan, kitorang puasa macam muslim lain. Tapi ayah aku je tak puasa, alasan dia sebab dia ada penyakit talasimia. Walhal, makcik aku pun ada penyakit yang sama tapi puasa je. Kalau puasa tapi tak solat, apa guna kan?
Aku ni dulu mmg tak solat, dekat sekolah je solat. Dah mak ayah aku pun jenis tak solat, apatah lagi aku. Bila masuk matrik, aku solat bila roommates ada je. Kalau diorang takda kat bilik, memang aku tak solat lah cerita dia. Solat pun sebab nak jaga nama baik sendiri je, tak sedar yang Allah perhati je perangai lahanat aku. Bila masuk uni, aku azam dalam hati nak jaga solat. Sampai bila nak menipu diri sendiri. Kebalkah aku dgn api neraka? Kejamnya aku tambah lagi dosa ayah aku. Tapi nak istiqamah bukan benda yg mudah.. Aku kembali leka. Balik cuti kat rumah, aku tak solat jugak. Bila balik uni je aku solat, tu pun selalu sangat tak bangun Subuh. Nauzubillah..
Entah macam mana aku teringatkan crush aku time sekolah dulu. A very wise guy born into a very good family. Berbeza langsung dengan family aku. Aku kira dia ni pakej lengkap, akhlak tiptop, agama tiptop. Siapa yang tak suka kan? Aku stalk facebook, instagram dia hari-hari. Dia selalu shared something islamik, pasal solat, aurat, etc. Sekadar share dekat media social je, kami tak pernah berhubung pun. Lepastu aku terfikir, aku nak sangat jodoh yang mcm dia. Tapi bila aku cermin balik diri sendiri. Allah.. Bagai langit dengan bumi. Memang dia tak akan pilih la org munafik macam aku ni. Lepastu aku terbaca quote dari mana aku tak sure, “Jangan cari yang terbaik, sebaliknya baiki diri untuk jadi yang terbaik”. Aku rasa Allah sedang ketuk pintu hati aku melalui dia. Benarlah benih yang baik kalau dicampak ke lautan akan bercambah menjadi pulau. Hidayah Allah kan luas dan pelbagai cara. Sekarang aku sedar.. Kalau nak berjaya dunia akhirat, kembalilah pada Allah.
Doakan aku dapat istiqamah dalam menjaga solat dan doakan supaya mak ayah aku could turn back to Allah.
– Jahil’
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit