Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah hari ni saya diberi peluang untuk menulis.
Saya lahir sebagai seorang muslim. Tetapi percaya atau tak, hidup saya tak dikelilingi oleh orang yang beragama. Maksud saya disini, keluarga saya tak mempraktikkan islam dalam kehidupan (contoh: solat). Sejujurnya saya tak pernah ke sekolah agama. Cuma pergi mengaji pada setiap malam.
Mahupun begitu, saya bersyukur kerana Allah masih pelihara saya. AURAT. Sejak tadika lagi, saya dah biasa pakai tudung. Masa sekolah rendah, pakai tudung waktu pembelajaran. Waktu pj atau ko kurikulum, memang buka tudung. Masuk sekolah menengah, jalan dengan kawan masih buka tudung. Pakai tudung, tapi lengan baju paras siku. Malu kan? Baju ketat. Bila fikirkan waktu tu, rasa malu. Segan dengan kawan2 walaupun waktu tu pakaian kami lebih kurang sama. Tapi apa yang menyedarkan saya untuk berubah — apabila seorang kawan saya (lelaki dan BUKAN islam) tegur “Bukankah seorang wanita muslim wajib memakai tudung?” Tahu tak rasa waktu tu macam mana. Rasa malu. Malu sangat. Waktu tu kami nak keluar dan kebetulan saya tak pakai tudung. Terima kasih kerana menegur :) lepas kejadian tu, saya pakai tudung ke mana sahaja termasuk keluar rumah utk sidai pakaian. Tapi pakaian saya masih tidak berubah. Saya mula pkai pakaian longgar dan labuh bila tengok kawan2 semua berusaha untuk berubah (contoh perubahan: pkai tudung labuh). Tapi sedih perubahan diorang tak kekal. Masa tu form 4. Alhamdulillah, saya dapat kekalkan utk pkai pakaian longgar dan labuh. Family pula, kakak memang tak pakai tudung sangat. Pakai bukak. Yg sorang tu memang kekal pakai tudung, pakaian pun okay (saya jadikan dia contoh). Yg sorg pernah cuba pakai labuh2 tapi sedih tak berjaya kekalkan.
SOLAT. At first, saya malu solat if family tahu. Masa sekolah rendah, saya pernah solat. Tapi sembunyi2. Takut family tahu. Solat tu wajib kot. Kenapa perlu malu kan? Saya malu sebab semua orang di sekeliling saya tak solat :( Tapi apa yang saya buat tu tak kekal. Berdosanya diri ini. Masuk sekolah menengah, kawan solat kat surau. Ikut solat. Tapi tu pun waktu zohor je. Balik rumah tak solat. Tapi kenal seseorang dan dia yang encourage secara tak sengaja utk saya dekatkan diri kpd Allah. Yes, alhamdulillah sekarang saya dapat kekalkan utk solat 5 waktu sehari dan solat hajat lepas isyak.
BACA AL-QURAN. Saya rasa bersalah sangat2. Kat matriks dulu, baca dua muka surat al-quran setiap hari lepas maghrib. Walaupun bacaan tak lancar kan. At least saya berusaha. Nak minta ajar kat rumah mmg takde siapa yang tahu. Sedih. Nak minta ajar kat luar, malu. Sedih. Sekarang dah masuk U, baca surah pendek lepas subuh. Dan baca al-quran lepas maghrib. Tapi kat rumah, susah nak buat semua tu.
Continued…..
– Miss N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit