Kawan Hina Rupa

Aku nk tanya korang, apa korang rasa bila kawan baik sendiri cakap,
“Kau kan hodoh…”,
“Mesti zaman sekolah kau hodoh kan? Sbb tu x de orang minat kt kau.
(Bukan nada bergurau)

Rupa aku ni biasa2 je. Berpakaian pun simple. Aku sebenarnya tak kisah sangat isu cantik2 ni. Dalam seumur hidup aku, tak pernah pulak ada orang ckp aku yang aku ni buruk, hodoh, atau xde rupa.

Aku tahu, benda ni bnda kecik je. Cuma bila kawan yang kita rapat dan kenal ckp mcmtu, serious aku terkilan. Aku terkilan bukan sebab diri aku. Sebab rupa kita ni Allah yg cipta. Aku kesian kt mak ayah aku. Umpama ada orang hina campuran muka diorang.

Bagi aku, kadang2 bila kita tengok orang yang xde rupa sikit, kita akan terdetik “Aku lagi lawa” “Gemuk nya dia” “Buruknya muka dia” “Nasib baik aku tak mcm dia”.

Aku tahu kita ni manusia, kadang2 rasa diri itu lebih baik/mulia dari orang lain. Tapi biarlah masa tu kita berdosa kerana takbur dengan perasaan mcmtu. Jangan pulak tambah dosa sakitkan hati orang lain.

Tolonglah jangan hina org lain. Jangan rasa diri itu lebih baik. Takut nnt Allah Tarik nikmat itu. Rupa kita ni sementara je. Rupa cantik tp perangai hodoh, lagi hodoh.

– Siapalah Aku Ini

CREATE A POST