Suami Pentingkan Keluarga Berbanding Isteri

Hi semua. Nama aku Beras. Of course la nama samaran kan. Mana ada parents nak letak anak nama Beras. Hehe. Beras nak cerita pasal apa yang terbuku di hati Beras.

Pasal suami Beras dan keluarganya. Beras ni perempuan umur 30an. Sedikit latar belakang, Beras ni dah lebih 10 tahun kahwin dengan suami dan ada 2 orang anak. Tapi Beras rasa suami Beras terlalu melebihkan keluarga dia berbanding Beras.

Ni Beras tengah mode terasa ni. Sebab tu Beras karang luahan rasa ni. Mana tau pandangan pembaca IIUM Confssion ni dapat memujuk hati Beras yang tengah terluka ni. Dan semoga suami2 yang sama spesis suami Beras pun baca gak and cuba berubah demi kebaikan.

Beras pilih medium ni untuk meluah sebab Beras tak tahu nak luah kat siapa. Nanti kang terbuka aib keluarga pula kan. Tapi hati Beras ni dah penat sedih dan terasa.

Beras perlukan pandangan dan input dari orang lain gak. Tapi harap jangan kejam ye. Sebab hati Beras ni fragile sikit. Mungkin sebab kisah lampau Beras menyebabkan hati Beras tak kuat.

Untuk makluman, Beras ni anak yatim piatu. Lebih kurang tak cukup kasih sayang dan perhatian la sebab parents dah tak ada.

Adik beradik pula dah ada haluan masing-masing. Lagipun Beras ikut suami berpindah ke negeri asal Suami selepas kahwin. Jadi, semakin jauh Beras dari adik beradik, kawan-kawan sekolah dan universiti.

Beras rasa lost kat sini sebab tak kenal siapa-siapa kecuali suami dan family dia. Sedara mara Beras langsung tiada di sini.

Tapi bagi pihak suami Beras, semua sedara-mara, adik-beradik, pak long, kazen dia semua kat sini. Untung la kan.. Ramai support system dia kat sini.

Berbalik kepada cerita, Beras start terasa dari awal-awal kahwin lagi. Kami ni bercinta lepas nikah. Tapi time sebelum kahwin tu Beras siasat perangai, latar-belakang dia okay je.

Pastu dia cam rajin la tolong mak dia. Tapi betullah orang kata, kenal la macam mana pun. Lepas kahwin baru tahu perangai sebenar dia.

Dan ada juga perangai-perangai dia yang family tak tahu tapi hanya isteri yang tahu.

Waktu awal-awal kahwin, Beras tinggal dengan keluarga mertua. Beras sangat tak selesa. Banyak sebabnya. Beras segan macam nak basuh kain, kena pinjam mesin basuh mertua. Nak masak, kena guna dapur mertua etc.

Lepas tu nak beli apa-apa barang segan sebab mertua akan nampak dan tegur apa dalam plastik tu. Kadang-kadang, Beras just beli sabun, syampu untuk bilik air bilik kami. Ada juga beli penyapu, penyodok semua tu sebab penyapu pun macam dah hilang bulu je tengok.

Tapi bila lalu depan mertua, cam segan plak. Sebab nanti dia akan tegur. “Eh, takde sabun ke kat tandas? Eh, takde penyapu ke kat rumah ni?”. Yela Beras mesti ada preference Beras sendiri brand apa nak pakai untuk sabun, syampu semua tu.

So, tiap kali balik kerja, Beras jadi segan sangat nak masuk rumah mertua. Semua jadi serba-salah.

Memang Beras nak pindah rumah sewa. Tapi suami asyik berlengah je. Sampai hampir setahun Beras kena bersabar dan pujuk. Barulah dapat menyewa di luar. Lepas dari tu, baru Beras sedar. Suami Beras ni anak mak. yang jenis sikit2 panggil mak. Sikit2 nak mak.

Then, alhamdulillah Beras mengandung. Most of barang baby Beras beli sendiri sebab suami Beras ni memanjang je cakap takde duit. Duit dia banyak habis kat MLM. Berapa banyak MLM tah dia join. Awal-awal kahwin tu Beras pun disuruh jual barang-barang MLM dia jugak.

Awal kahwin kita pun baru kenal dia. Beras pun tolongla. Terpaksa la Beras tebalkan muka try jual kat boss‐boss, kawan-kawan, collegues sedangkan sudah pasti kena reject. Haha..

Then, bila nak beranak pulak. Beras bayangkan dapat la bersalin kat hospital swasta. Nak kan suasana tenang tu je. Sebab hospital gomen kan strict masa tu.

Suami hanya boleh masuk time dah nak bersalin je. Time lain sorang-sorang je dalam wad menahan kesakitan. Beras bukan apa. Beras nak ada orang a.k.a. suami Beras bagi kata-kata semangat, teman Beras sepanjang masa tunggu waktu nak bersalin tu.

Faham kan.. kalau 10 jam labour, nak 10 jam tu ada org teman dalam bilik sama2. Bukan time nak push je baru jumpa suami. yang 10 jam sebelum tu dok sorang-sorang je sakit.

Adik-beradik dan kawan-kawan Beras semua bersalin kat swasta. Adik beradik dan ipar duai sebelah suami Beras pun bersalin swasta. Tapi Beras sorang je bersalin gomen. Tau tak kenapa?

Sebab suami Beras cakap tak de duit. Takde budget untuk Beras beranak swasta. Kalau gomen dia cakap mampula sebab free. Masalahnya suami Beras ni gaji agak tinggi. Tapi tah kemana duit gaji dia.

Nak kata banyak beli barang baby, Beras beli lagi banyak. Dia beli stroller dan pampers je. Yang lain-lain macam baju-seluar, kain, blanket, tilam semua segala Beras yang beli.

Anak kedua pun camtu, guys. Bersalin kat gomen gak. Memang kat gomen bagus kepakaran, alatan semua. Tak dinafikan.. tapi doktor dah check Beras ni low risk. So boleh je nak bersalin kat swasta. Tapi sebab suami Beras cakap tak de duit.

Terima je la kan.. dia senangla kan bersalin kat mana2 pun sama bagi dia. Pulak tu kalau gomen, dia boleh balik lepas waktu melawat. Bukan dia yang bersalin.. kat gomen ni lepas bersalin pun suami boleh datang waktu melawat je.

Terlalu limited masa. Sebab tu Beras prefer private sebab memang suami boleh teman dan sama-sama jaga newborn.

Ok next. Beras ni kalau apa-apa sakit. Mesti suami bawak pergi gomen. Sebab free or bayar RM1 je kan. Even nak gi check gigi pun dia tak bagi pergi swasta. Suruh gi gomen sebab murah. Yang buat Beras terasa, kalau mak atau ayah suami sakit.

Boleh pulak dia hantar pergi private hospital, private clinic. Pakai credit card suami pulak tu. Beribu-ribu pun dia tak kisah. Swipe je. Sedih hati Beras bila tengok.

Beras tahu Beras dan anak-anak ni dah macam melukut di tepi gantang. Kalau dengan parents dia, kemain suami Beras tak berkira. Tapi kalau dengan Beras dan anak-anak.

Paling murah dia bagi. Siap ungkit2 pulak lari budget. Tu belum cerita lagi kalau kirim beli barang. Dia selalu lupa. Tapi kalau parents dia, laju kemain.

Balik kerja, suami Beras akan singgah beli makanan kat mak ayah dia dulu. Baru balik rumah kami. Dia selalu singgah rumah parents dia tanpa bagitau Beras. At least bagitaula dulu atau ajak Beras dan anak-anak sekali. Tapi dia takde common sense tu.

Beras dan anak-anak takde siapa tanya dah makan ke belum. Duit barang dapur bagi sebulan sekali dengan amount yang sikit. Memang Beras yang banyak topup itu ini. Mungkin keluarga dia nampak dia macam banyak duit. Tapi hakikatnya, Beras yang banyak support sana sini.

Beras tahu parents dia penting. Syurga dia ada bersama mak ayah dia. Tapi suami Beras tak adil dengan Beras dan anak-anak.

Kami dah cukup makan hati dengan sikap tak adil dia. Kadang-kadang Beras rasa nak balas je perbuatan dia bagi dia sedar sikit. Tapi Beras pulak dah tak ada ibu bapa.

Dia tak akan faham apa Beras rasa. Tak de siapa yang sayang Beras unconditionally macam parents Beras sayang Beras. Beras rindu semua tu. Tapi Allah dah jemput mereka lebih awal.

Selain tu, mertua Beras pun selalu nasihat Beras jaga anak dia elok-elok. Kalau suami Beras penat, Beras kena buat itu ini..

Beras faham semua tu dan sentiasa buat. Yela, Beras sedar, Beras pun tak perfect. Tapi tu la, mak mertua Beras pun asyik fikir pasal kepentingan anak dia je.

Menantu punya perasaan dan kebajikan ni tak siapa ambil tahu. Kotla nasihat la anak tu pemurah sket dengan isteri ke apa. Or mungkin mereka pun tak tahu perangai anaknya camtu.

Bagi pihak Beras pulak, takde siapa ke nak nasihat suami tu? Bagi dia sedar dan nampak kesalahan dia?

Sebab suami Beras selalu rasa yang dia dah perfect dah sebagai suami. Confident level dia tinggi. Dia rasa semua dia bagi dah cukup. Sedangkan zahir batin belum sempurna dari kaca mata seorang isteri.

Beras bukan isteri high demand pun. Cukupla adil layanan. Kalau beli pape yang mahal kat parents. Belikanla jugak kat isteri. Ni time birthday parents, isteri tengok je barang mahal dia beli. Time birthday isteri, belanja 1 slice kek je share anak-beranak.

Dia memang nampak perfect, baik di luar. Tapi hanya isteri a.k.a Beras yang tahu layanan dia pada isteri dan anak-anak macam mana.

Pernah sekali Beras hampir pengsan. Suami mula2 bawa Beras ke hospital gomen. Tapi sebab dia tak tahan queue lama sangat. Dia bawak Beras ke swasta.

Tak warded pun hanya daycare. Dr kata mungkin Beras penat sangat dan dehydrated. Tapi memang berhari-hari juga lah dia ungkit pasal duit yang habis untuk bayar kos rawatan swasta Beras tu. Sedangkan tak sampai ribu pun. Beras sedih sangat.. kalau dengan parents dia.

Zappp.. terus ke hospital swasta. Takde berkira-kira pun. Kenapa suami Beras macam tu??

Diharap pembaca IIUM Confession dapat berikan pendapat, kata-kata semangat buat Beras dan doakan suami Beras berubah jadi lebih baik terhadap Beras dan anak-anak lepas ni. Aamiin.. Terima kasih.

– Beras (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *