busuk-busuk aku, aku tetap kakak kau dan kau tetap adik aku

Hi, aku adalah anak sulung daripada 3 adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga tipikal Kelantan di mana semua benda harus menutup aurat tanpa mementingkan kepentingan solat dan pengisian rohani.

sejujurnya, aku merupakan seorang liberal yang terlalu lantang bersuara sehinggakan mak dengan abah tidak menggemari sifat aku ini. benar, aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat terbuka mindanya tapi cukup terbuka untuk kami sekeluarga. bukan untuk orang awam. aku merupakan graduan undang-undang, jadi aku lebih rebel jika dibandingkan dengan adik-adik lain.

anak sulung, anak paling kuat, anak paling tabah dan anak paling berdikari jika dibandingkan dengan yang lain.

kalau dibandingkan dengan adik aku, dia sangat berbeza. tak pandai berdikari, tak pandai drive, pemalu, tak bercakap langsung dengan orang, tak mudah ingat jalan, lebih prefer tidur daripada keluar.

baru-baru ini, adik aku (no 2) mendapat tawaran untuk menjalani latihan praktikal di sekitar KL. bagi memudahkan pengangkutan dan juga kediaman, aku tawarkan kepada dia untuk tinggal bersama aku demi menjimatkan perbelanjaan dia. apalah sangat dengan elaun praktikal yang cinonet tu,

hari demi hari, aku perhatikan sifat dia sangat tidak memuaskan. sifat suka bertangguh, malas nak cuci baju, lipat baju, cuci tandas, dan kemas rumah. Semua itu dilakukan oleh aku. Penat aku nak membebel. It is better for me to do it by myself rather than asking for her help. Bazir masa, bazir air liur. Paksa atau tidak, tiada beza. Benda yang sama berlaku di rumah family turut berlaku di rumah aku.

Aku memang jenis particular dengan keadaan rumah. Aku tak suka dengan keadaan messy. Berbeza dengan adik aku. She’s okay with it. Tegur tapi tak makan saman. Bila mengadu dekat mak, mak suruh bersabar. Ayat mak senang je, ‘ macam tu lah perasaan mak bila mak suruh engkorang kemas rumah tapi kau malas’. aku selalu menjawab ‘but, we end up doing it bcs we know that it is our duty lah’

situasi pertama,
jarak dari office aku ke office adik aku tak jauh pun. kalau tak jammed, within 15 mins boleh sampai. tapi, kalau jammed, makan masa sejam lebih jugak nak sampai. kejung kaki tekan clutch tahu? (aku drive kereta manual. tuhan je tahu azab dia macam mana masa jammed). bila sampai dekat office adik aku, and aku call untuk bagitau aku dah sampai, dia tak angkat, malas masuk voicemail. hantar whatsapp, tapi tak read. aku faham dia kerja, tapi waktu kerja aku tamat lagi lambat. dia balik 5.30 dan aku balik pukul 6. (except for bulan puasa, aku dah chow 5.30ptg (on time kot). aku kerja dalam bidang undang-undang, so waktu pulang aku sentiasa lewat, tapi bila kau ada tanggungjawab utk datang ambil adik kau, kau tinggalkan kerja. dia adik aku kot. takkan aku nak pilih kerja over adik aku.melampau sangat. kadang-kadang, bila aku marah sebab buat aku ternanti-nanti selama 20-30 minit, dia kecik hati. cakap aku tak pernah fikir perasaan dia. cuba kau fikir keadaan aku. kalau kau nak balik lambat, send me a text saying like ‘hey, angah balik lambat sikit. around 6.30 boleh ambil tak?’. kan senang macam tu. takdelah aku terkocoh-kocoh drive macam pelesit. tapi adik aku ni tak pernah faham kondisi aku. hanya kerana aku kakak dia, tak semestinya dia boleh arahkan aku kesana-kesini.

apa dia pernah fikir perasaan aku masa aku cabut awal keluar office sebab taknak datang ambil lambat? duduk KL ni, macam-macam benda boleh jadi. kau buruk ke, kau cantik ke, kau kurus ke, kau gemuk ke. penjenayah pedulik mende.

aku selalu tanya dia soalan senang, ‘kalau kau tumpang kawan kau, kau ada tak perasaan utk mesej kawan kau dan inform dia yg kau akan balik lambat? kau akan buat tak kawan kau tunggu kau lama macam ni? tak kan? sebab dia kawan kau dan aku kakak kau.’

pernah aku suruh dia naik uber & grabcar. selenge tak selenge adik aku, dia naik uber tak bagi details driver dekat aku. ie, jenis kereta, no plate and no hp driver. aku time tu punyalah gelabah call dia non stop, tapi dia tak angkat. (i was away from malaysia during that time) then it turns out dia dah selamat sampai ke rumah. aku ni mulut laser jugak, tapi bila bab adik-adik ni jangan la sentuh. sensitif. dia memang jenis tak cakna benda-benda camni. jenis ignoran pun ada gak.

nak dijadikan cerita, tiga hari lepas dia terpatahkan cermin mata aku. cermin mata aku tu murah je. aku buat masa promosi. so tak terasa mahal sangat.(aku tengah call TNB masa spek aku patah, tgh komplain bil mahal sangat). bila dia terpatahkan cermin mata aku, perkara pertama aku dengar adalah sorry, akak. sorry. then dia tertunduk. sebenarnya aku nak tahu adakah dia akan bertanggungjawab atau tidak sekiranya dia caused any trouble. well, she said nthg. she didn’t do nthg. saying sorry and tried to show some regret face. aku marah sebab dia tak rasa untuk bertanggungjawab by saying, it’s okay angah bertanggungjawab, angah bayar RM50 sebulan untuk ganti balik. (aku tak hadap pun duit dia, cuma nak tengok dia bertanggungjawab je). cost nak buat spek baru pun dah cecah RM200. aku tengah saving sebab nak buat downpayment rumah, so tuhan je lah tahu betapa berkiranya aku nak buat spek baru.

aku call mak ayah aku, mengamuk sebab aku cakap aku nak hantar adik aku balik rumah. aku tak tahan hidup kalau hari-hari macam ni. dia tak cuba utk berubah. she did show some progress but untuk certain point, memang tiada perubahan langsung.

maka, mak aku secara lantangnya cakap, ‘KALAU APA-APA TERJADI DEKAT ADIK KAU, AKU TAKKAN MAAFKAN KAU. DAN AKU AKAN BUATKAN KAU RASA MENYESAL DAN JATUH TERDUDUK SAMPAI KAU TAK MAMPU PANGGIL AKU MAK LAGI.’

aku terkedu. aku dapat whatsapp daripada mak. tergamak mak luahkan perkataan sebegitu rupa. selama ni, dia bandingkan aku dengan anak-anak kawan dia, aku pendam. selama ni aku cuma dapatkan dean list utk dia, dia still pandang remeh. segala achievement aku hanya untuk dia. tapi dia sempat mempertikaikan kejayaan aku. ‘anak orang lain jadi doktor, anak kita jadi lawyer.’ hinanya lawyer di mata dia. bagi dia cukup untuk aku cuma memakai tudung, tutup aurat bagi menutup mulut orang kampung yg judgmental freak tahap dewa.orang pedulik mende kau semayang ke tak, asal pakai tudung dah jadi baik. but no, i wont let myself going into that situation anymore. aku taknak hidup dikontrol, dan hidup dalam hipokrasi. bila aku luahkan segala benda kebajikan yang aku buat dekat mak (dgn harapan dia akan faham dengan pilihan aku), dia cakap aku dah tersasar jauh. sedih hidup dibanding-bandingkan ni. kau ape tahu. segala usaha, penat lelah tidak diraikan. malah dikeji.

bila mak cakap macam tu, aku cukup terkesan. menangis aku on the spot. adik aku sama menangis. apa aku tak punya perasaan? apa aku tak dibenarkan untuk melepaskan kemarahan?

mak aku ni satu je, dia dah terlebih selesa tengok aku berdikari sampai dia tak sedar aku masih ada hati untuk dijaga. all those mean words, aku telan sajo. malas nak makan hati. mak kandung kita jugak. gaduh-gaduh tapi end up baik balik.

aku layan adik aku dengan baik even lepas mak ayah aku suruh adik aku keluar dari rumah. aku decided to cut off the ties with my sister and my family. aku block semua orang di telefon. aku lari dari semua orang. tapi layanan aku masih sama terhadap adik aku, masih bawa keluar makan, pergi kesana kesini. dan aku tak sangka, dia masih report dekat ayah aku untuk bawa dia keluar dari rumah aku.

sebagai anak kedua, kau dah tahu dilemma aku dengan mak kau. janganlah dikeruhkan keadaan. kejam-kejam aku, aku masih lagi bertanggungjawab. apa salahnya jika kau bagitau mak yang semua dah settle dan kau cuba pujuk aku untuk berbaik dengan mak? benar, aku nampak kasar tapi dalaman aku tetap perempuan dik. tanyalah mana-mana anak, kalau mak kau cakap macam tu, kau rasa macam mana?

tak sentap langsung ke?

tapi tak, adik aku main kasar. dia panggil ayah aku, suruh angkut barang lagi semalam. sentap siot. aku tak bertegur sapa dengan ayah aku. aku masih terasa dengan segala tindakan ayah dan angah. ayah siap ugut aku untuk tarik balik kereta hasil usaha aku sebab dapat first class honor. ‘aku cuma mampu bilang, ambil lah kereta tu, akak dah submit loan untuk beli kereta baru’. ayah aku tak menjawap langsung.

mak aku tahu, aku boleh berdikari. dia tahu kalau aku betul-betul berdikari, aku akan lari dari semua orang. aku jenis main redah je, main langgar je. sebab tu, dia tak expect aku akan pulangkan kereta tu balik.

buat angah, semoga kau mampu berdikari di tempat baru. bila kau berada di tempat aku, kau tahu kenapa aku buat semua benda ni. setiap benda yang aku buat, bersebab.

hidup di luar tak pernah indah. busuk-busuk aku, aku tetap kakak kau dan kau tetap adik aku. usai aku menulis confession ni, aku dah hantar permohonan untuk sambung LLM (master) di Australia. Mak dengan abah pernah menentang permohonan aku ni. tapi aku dah terlalu makan hati, terlalu banyak benda dipendam. aku bawa diri untuk kebaikan semua. aku akan pulang kembali setelah aku rasa bersedia.

sepatutnya aku pulang ke Kelantan hujung tahun ni untuk memperkenalkan calon menantu dekat keluarga aku. tapi for now, aku rasa elok aku postponed dulu. luka dekat hati pun tak boleh nak sembuh lagi.

Mungkin ini rasanya perasaan anak derhaka. sedih, sebak, rasa bersalah. tapi hidup kena diteruskan. (you can put the blame on me, im used to that)

tapi ingat, anak sulung, walaupun kental, dia tetap ada hati. buat mak dan ayah di luar sana, sudah-sudahlah membandingkan kejayaan anak atau memperkecilkan usaha anak. kau tak tahu dia berhempas pulas demi nak genggam segulung ijazah buat mak dan ayah

angah,kau masih lagi naif. masih lagi ingat semua orang baik. orang bagi tahi, kau ingat orang bagi bunga. sebab tu aku ajar kau tentang erti kehidupan.

benda bukan teori. semua kena alami.

terima kasih.

– kakakkejam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit