Asalammualaikum guys. First of all aku bukan pendatang asing. Aku nak share sebab aku ada baca confession tentang stigma masyarakat pasal orang indonesia. Aku berketurunan melayu dan dibesarkan di dalam pengaruh stigma negatif terhadap pendatang terutama dari indonesia.(bukan pengaruh parents aku tapi masyarakat.maaf)
Tetapi semua stigma tu tak berkesan dekat aku.aku bekerja kilang dan banyak bercampur dengan warga asing.jenis aku tak pandang bangsa asalkan kau hormat orang,aku boleh je geng. Kat kilang aku memang rapat dengan budak indon berbanding dengan melayu.punyalah rapat sampai pandai cakap bahasa diorang.bukan bahasa indonesia tapi bahasa batak dan bahasa padang.sampaikan orang ingat aku pun indon.
Masa kecil dulu aku selalu dengar cerita perempuan indon suka rampas suami orang,suka jual diri dan sebagainya. Tapi bila aku dah berkawan dengan diorang ada je yang baik malah berhati mulia tolong aku bila aku susah.
Aku tak nafikan ada je budak indon yang rampas suami orang tapi orang melayu kita ada juga yang camtu kan?
Satu benda aku tengok orang indon ni,mereka berjiwa besar. Sanggup ke seberang laut mencari rezeki untuk keluarga.padahal kebanyakan kawan aku ni perempuan.
Kawan aku yang melayu pernah tanya kenapa suka kawan dengan indon.macam diorang tak sukala sebab kat fikiran diorang indon ni jahat.aku just jawab kalau diorang buat jahat dengan aku kurang sakit hati sebab diorang bukan bangsa aku,tapi kalau sesama melayu yang buat jahat dengan aku hati aku sakit sangat.
Even kawan aku yang indon ni pun pernah tanya tak segan ke kawan dengan kami budak indon.aku just jawab buat apa nak malu.hangpa budak baik,kalau tak berjenis aku pun takmau kawan dengan hangpa.
Pada pendapat aku,kita tak bole nak kategorikan sifat manusia mengikut bangsa atau kewarganegaraan.semua tu bergantung pada hati.Jangan ingat bangsa kita tu mulia sangat. Ini bumi ALLAH. Jangan buat macam hak kita. Kita sama sama hamba,pendosa. Kalau tak silap aku dekat canada ada satu menteri diorang keturunan sikh. Tapi kita ni orang indon mai tumpang kerja kat negara kita,kita nak berlagak tuan pula. Berhati besarlah dan layan baik sesama insan.kan lagi best dapat berkenalan dan bertukar budaya.hidup dalam keadaan harmoni.sekali lagi minta maaf kalau ada yang terasa atau tak setuju dengan aku.peace :-)
– mat ewahh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit